7 Tempat OOTD Yang Menarik Di Selangor
Tempat OOTD yang wajib possing bila ke Selangor.
Outfit Of The Day atau Ootd kini menjadi suatu perkara yang mesti dilakukan jika bercuti tidak kira yang kecil, dewasa mahupun golongan berusia. Tidak sah kalau kita lupa nak berOOTD ni. Lagi-lagi kita boleh jadikan ianya sebagai kenangan.
Kebanyakan tempat OOTD di Selangor yang cantik dan memang Insta-worthy. Ada tempat yang berbayar dan ada juga yang percuma sahaja.
Pastikan telefon korang penuh bateri dan jangan lupa bawa power bank tau. Alang-alang nak bergaya tu, korang bagi penuh telefon korang dengan OOTD korang.
Kandungan
Tempat OOTD di Selangor
1- Laman Seni 7
Laman Seni 7 merupakan sebuah Street Art District ataupun dikenali sebagai seni jalanan. Laman Seni 7 bukan sahaja tempat untuk bergambar tetapi bagi menghargai bakat-bakat pelukis jalanan.
Setiap dinding bangunan tercoret empat mural berlainan iaitu lukisan 3D, pemasangan 3D, perabot jalanan dan On-Side Painting.
Laman Seni 7 dibuka setiap hari dan tiada sebarang tiket diperlukan untuk masuk.
Alamat: Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Baca juga tempat menarik di Selangor kat sini
2- Rainbow Bridge
Rainbow Bridge merupakan satu tarikan baru di Elmina City, Shah Alam. Di sana terdapat dua buah gegelung berbeza yang berwarna-warna.
Gegelung yang panjang dan besar sememangnya mampu memuatkan ramai orang dalam satu masa.
Masuk adalah percuma.
Alamat: Persiaran Elmina, 47000 Shah Alam, Selangor
3- Padihijau Homestay
Padihijau homestay adalah penginapan ala-ala kampung. Homestay yang berwarna-warni ini terletak dikelilingi sawah padi.
Nak rakam gambar dengan lebih bergaya?
Pakai pakaian ala kampung seperti Baju Kurung Kedah dengan kain batik. Mesti nampak anggun.
Alamat: Unnamed Road, Parit 7 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor.
4- Spacerubix
Jangan lepaskan peluang untuk OOTD di Spacerubix. Terletak di Puchong sahaja, anda boleh bergambar dengan latar bangunan berkonsepkan rubix.
Sebuah bangunan rubix terbesar di Malaysia dan hanya terdapat di Selangor. Instagrammable, rakam gambar korang dengan kreatif di sini dengan rubix yang berwarna-warni.
Alamat: Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
5- Kampung Pelangi
Terletak di Kuala Selangor, tempat OOTD Kampung Pelangi memang ceria suasananya seperti nama yang diberi. Hampir keseluruhan tempat termasuk bangunan dan jalan dicat berwarna-warni. Korang mesti akan suka untuk berOOTD di sini.
Bukan itu sahaja, korang juga boleh menginap di pelbagai jenis chalet dengan reka bentuk berlainan.
Tarikan lain adalah seperti Mini Zoo dengan bermacam jenis haiwan unik, tempat memancing, memanah dan aktiviti lain yang boleh korang lakukan sambil berOOTD.
Alamat: Kuala Selangor Rainbow Village Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kg. Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor
6- Nasi Ambeng D’rebung
Nak pergi Jepun? Tapi tak cukup duit lagi.
Apa kata korang pergi ke tempat insta-worthy ini yang berada di Selangor. Tempat ini dikelilingi pokok buluh yang seakan-akan berada di Jepun.
Nak makan sambil berootd pun boleh. Bezanya bukan sushi la ya. Kedai ini menawarkan masakan kampung dan menu istimewa adalah nasi ambeng, makanan orang jawa. Memang sedap dan harga sangat berpatutan.
Alamat: Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Selangor.
7- Eco Ardence – Tempat OOTD ni tak perlu bayar untuk masuk
Tempat yang cantik, bersih dan luas ini tidak memerlukan bayaran untuk masuk.
Di sini korang disajikan dengan pemandangan tasik yang cantik, kabin-kabin, taman permainan, kafe dan banyak lagi.
Boleh berbasikal dan berjogging sambil berootd di sini. Terdapat sebuah kafe berkonsepkan glasshouse iaitu Pola-Pola.
Alamat: Eco Ardence, Persiaran Setia Alam, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Sky Mirror – Tempat OOTD sangat menarik
Pantai yang sememangnya berbeza dari pantai yang lain. Terletak di Kuala Selangor, pantai ini diberi nama Sky Mirror kerana kejernihan laut yang memantul bayangan langit.
Kena naik bot selama 30 hingga 35 minit sebelum ke tempat ini tau. Berbaloi nak berootd di sini walaupun memakan sedikit masa korang.
Sebelum ke sini, korang perlu membuat tempahan terlebih dahulu dengan agent sebab hanya boleh ke sini ketika air surut.
Tiket untuk dewasa adalah RM80 seorang manakala kanak-kanak berumur 12-3 tahun adalah RM60 seorang.
Alamat: Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Sambil berootd tu korang jangan lupa untuk menghargai kecantikan dan keindahan yang terdapat di negeri Selangor ni. Tempat ootd di Selangor memang banyak dan sangat cantik.
Jika korang ada jumpa tempat OOTD lain yang best dan menarik, share lah di ruangan komen kat bawah ye.