Chalet Su & Spa – Chalet Selesa Tepi Pantai yang Sangat Cantik
Yang mana dah lama nak bercuti tepi pantai dengan suasana ala-ala Bali gitu, korang boleh cari dan pergi try dekat Chalet Su & Spa ni. Serius korang tak kan menyesal punya.
Yang rindu dengan bunyi deruan ombak di tepian pantai, sambil menghayati matahari terbenam di senja hari. Inilah tempatnya
Untuk yang dah berkeluarga ada anak-anak kecik tu, boleh lah bawa mereka sekali bercuti sambil mandi pantai di sini.
Mungkin inilah satu-satunya tempat percutian yang terletak di Terengganu yang menawarkan pakej penginapan paling rumah setakat ini.
Dengan suasana tepi pantai yang sangat cantik, di tambah lagi dengan chalet yang selesa. Boleh hilang kejap dari semua masalah yang ada dekat dunia ni.
Lokasi chalet ni pulak tak jauh dari bandar raya Kuala Terengganu. Sesuai sangat lah untuk korang yang rushing nak bercuti dua tiga hari pada hujung minggu.
Chalet disini pun murah-murah. Boleh dapatkan tempat penginapan dengan harga bilik serendah RM65.00
Selain chalet su, dekat sini jugak ada sebuah homestay. Kesemua 24 chalet dan homestay ni ada yang menghadap laut. Pergh memang boleh lena di siang hari macam ni.
Kena lagi dengan tiupan angin sepoi-sepoi Bahasa gitu. Memang syaduh. Kalau korang tak tahu, lokasi Chalet su ni menjadi antara tempat percutian yang dulunya sering mendapat pujian dari pelancong luar negara.
Kalau tak silap, tempat ni jugak selalu di jadikan lokasi untuk artis shoot drama.
Cuma buat masa ni, pelancong luar negara masi belum boleh untuk memasuki negara kita untuk tujuan melancong di atas sebab-sebab keadaan kesihatan.
Sekitar lokasi Chalet su ni jugak, amat terlepihara dari segi kebersihanya. Sebab tu tak hairan, mengapa pelancong luar suka bercuti ke sini.
Chalet Su juga membuat proses sanitasi bilik-bilik dilakukan setiap hari ketika house-keeping. Tahap kebersihan & keselamatan amat titik beratkan bagi selesaan tetamu yang menginap. Jadi korang tak perlu ragu-ragu untuk datang menginap di sini
Manakala landskap dan taman yang terdapat di Chalet Sue jugak menginspirasikan pantai Bali Indonesia
Sebab tu, korang boleh lihat pada satu dinding yang terdapat di taman Chalet Sue terukir tulisan bertajuk “The Little Bali”.
Bagi yang mempunyai jiwa sentimental pencita alam gitu, korang berpeluang untuk menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam. Selain melihat bulan mengambang penuh jika cuaca baik dan mengizinkan.
Bagi pasangan suami isteri yang asyik sibuk dengan urusan seharian pula, sesuai sangat untuk ke sini bagi menghidupkan semula perasan suasana romantik pada malam hari sambil melihat keindahan suasana malam di tepian pantai, dibawah sinaran rembulan gitu.
Walaupun Chalet Su, terletak di tepian pantai, banyak jugak kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh pemilik chalet ni untuk kemudahan dan kegunaan pengunjungnya.
Ada pondok rehat, parking yang luas dan juga pantry. Untuk yang nak buat aktiviti BBQ, ada 7 port yang disediakan. 6 berhampiran pantai dan satu dekat parking. Korang boleh pilih mana-mana port yang kosong masa korang nak ber BBQ tu.
Cuma sebaiknya korang pilih yang dekat dengan chalet atau homestay yang korang menginap. Supaya privacy korang dan pengunjung yang lain pun tak terganggu.
Bagi korang yang jenis suka ke pulau-pulau.pula,korang boleh isi masa cuti korang dengan menginap di sini dan boleh ke Pulau Kapas yang jaraknya hanya 10 minit dengan menaiki bot. Pasal urusan nak ke Pulau dan bot tu, diorang boleh tolong uruskan untuk korang.
Sebelum korang datang ke chalet ini jugak, saya nak ingatkan korang, agar hubungi terlebih dahulu pihak chalet untuk tempahan awal bagi menggelakkan full house semasa korang nak datang.
Di bawah ni, kami kongsikan untuk korang alamat lokasi tempat percutian yang di maksudkan
Alamat: Chalet Su, A1545, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu
Semoga sedikit perkongsian ini, dapat memberikan gambaran lokasi percutian di Chalet Sue & Spa