Pantai Morib
Untuk yang ada di sekitar Selangor dan Kuala lumpur, Pantai Morib adalah pantai yang selalu dikunjungi.
Penat bekerja?
Stress?
Nak cari tempat untuk bertenang?
Jom kita ke pantai yang berdekatan. Sambil menghirup udara segar, tiupan angin dingin pasti akan membuat korang tenang dan santai.
Kandungan
Pantai Morib – Tempat riadah yang mendamaikan.
Dimanakah Pantai Morib?
Pantai Morib terletak di dalam negeri Selangor. Pemanduan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Klang dan satu jam setengah dari Kuala Lumpur.
Terkenal sebagai kawasan rekreasi seisi keluarga kerana dilengkai dengan pelbagai aktiviti bermain pasir, layang-layang, bola tampar dan mengutip cengkerang.
Tugu di Pantai Morib
Sekiranya korang ke sini, dapat dilihat sebuah tugu kecil yang terletak di tengah sebuah bulatan kecil.
Tugu ini menjadi simbol tentera India dari Batalion ke-46 tentera marin British mendarat bagi mempertahan persisiran pantai dari kemaraan Jepun.
Sekaligus ia menandakan pengakhiran Perang Dunia Kedua di rantau ini.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pantai Morib
Bermain layang-layang
Korang boleh bawa sendiri layang-layang ataupun korang beli sahaja daripada peniaga-peniaga yang berada di situ. Anginya yang kuat pasti mampu melayangkan juga tekanan korang.
Jet Ski
Aqua x Watersport Village di Goldcoast Resort merupakan kampung sukan air pertama di Malaysia yang khusus dalam aktiviti sukan air.
Antara aktiviti sukan air yang dapat korang lakukan ialah jet ski, banana boat dan flying fish.
Tempat ini terbuka kepada semua orang sama ada penginap resort ataupun tidak.
Mereka menjual pakej yang membolehkan anda unutk bermain semua aktiviti air yang ada serta bermain ATV dan menyaksikan persembahan api pada waktu malam.
Nak cari seafood sedap di sekitar Pantai Morib? Boleh terus tengok di sini
Berkhemah dan berkhelah
Bagi korang yang tak nak berpanas, korang boleh bawa khemah dan pacak di persisiran pantai.
Jika penat, korang berehat sahaja dalam khemah korang. Nak simpan barang pun senang.
Bbq
Korang boleh je buat bakar-bakar di sini tetapi lepas bakar, korang kemas semula.
Sediakan plastik sampah yang besar agar korang tak lupa untuk mengutip segala sampah hasil perkelahan korang tau.
Mengutip cengkerang laut dan bermain pasir
Malah, korang boleh mengutip cengkerang atau ketam kecil yang ada di pantai ketika air surut.
Jangan lupa untuk bawa baju lebih terutamanya kalau korang bawa anak-anak kecil. Pasti akan kotor dan berlumuran pasir.
Kemudahan Sekitar
Pantai Morib juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk korang.
Korang tidak perlu berjalan jauh untuk menggunakan segala perkhidmatan yang telah disediakan. Antaranya,
- Food court
- Tandas dan bilik mandi
- Taman permainan kanak-kanak
- Padang bola sepak pantai
- Padang tempat bermain layang-layang
- Surau
- Pusat informasi
- Pentas serbaguna
- Tempat bermain gasing
- Gazebo
Tempat Makan Menarik Di Sekitar
Alamak! Dah penat jalan dan layan pantai, perut dah rasa lapar pula.
Korang jangan risau.
Di sini, korong boleh isi perut korang dengan pelbagai hidangan yang terdapat di gerai-gerai di sekitar Pantai Morib.
Antaranya, air kelapa, kopi, nasi lemak, laksa, ikan bakar, sotong dan bermacam lagi makanan yang dihidangkan di kedai-kedai yang terdapat di tepi pantai.
Anuar Char kuey Teow
Wah! Menggiurkan tau. Korang boleh rasa char kuey teow yang superb berkuah. Rasanya pasti korang akan tambah lagi hidangan ni.
Waktu operasi : 5.00 petang hingga 12.00 malam
Sotong Bakar Morib
Pergh! Sotong besar-besar ni korang.
Korang makanlah sepuasnya. Banyak lagi hidangan laut yang disediakan.
Boleh pilih sahaja. Jangan membazir ye.
Tarikan Menarik Lain Yang Terletak Berdekatan
Selain Pantai Morib, terdapat banyak lagi tarikan lain yang terletak tidak jauh dari sini. Banyak tarikan yang ada bukan sahaja menawarkan keindahan panorama tapi juga menyimpan sejarah tersendiri.
Bukit Jugra
Berketinggian 400 kaki, pemandangan yang dapat disaksikan daripada puncak Bukit Jugra adalah sesuatu yang tidak patut dilepaskan.
Rumah Api
Gold Coast Morib Water Theme Park
Hujung minggu memang best kalau ke Pantai Morib dengan keluarga dan anak-anak buat BBQ di tepi pantai.
Jaga kebersihan pantai kita dan jaga keselamatan korang serta keluarga okay.
Selamat menikmati percutian korang ke Pantai Morib.