Let’s travel together.
you can look here xxxbest.net playful student. chica mexicana se deja seducir. https://moonlightsex.pro arab old man fuck anything to help the poor. cuckold love jerking off.www.letmefap.net some product testing company ought to hire katy ca.

7 Tempat Diving Di Malaysia Yang Mempesonakan

0 576

Tempat diving di Malaysia terkenal di kalangan pelancong yang gemarkan aktiviti menyelam sambil menikmati keindahan dan kecantikan di dalam laut.

Malaysia negara yang bertuah kerana mempunyai banyak tempat yang terbaik untuk aktiviti scuba diving ini. Banyak lokasi menyelam yang menarik terdapat di sini.

Dari Tanah Semenanjung hinggalah ke Kepulauan Borneo, cantik-cantik belaka semuanya! Jika korang tinggal di Semenanjung, banyak port menyelam yang terbaik terutamanya di sekitar Pantai Timur.

Tapi, korang juga perlu ingat yang pantai timur Semenanjung biasanya terdedah kepada musim monsun tahunan sekitar Oktober hingga Mac. So, korang perlu pilih masa yang sesuai jika hendak ke sana.

Okay, tanpa celoteh lebih panjang, jom kita tengok 7 tempat terbaik berdasarkan dasar laut dan daya tarikan dalam laut untuk aktiviti scuba diving.

Sebelum ke pulau make sure korang bersedia dan jangan sampai tertinggal benda-benda penting ini.

Kandungan

7 Tempat Diving Di Malaysia

1. Pulau Sembilan

Untuk ke Pulau ini, korang perlu melalui perjalanan hampir 30 minit dari tanah besar Lumut, Perak. Dikatakan lokasi ini amat sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia diving.

Airnya mungkin tidak sejernih air-air di kepulauan yang lain, namun korang tak perlu risau sebab di sini korang masih berpeluang untuk temui hidupan akuatik yang unik seperti nudibrances, turtle, leopard sharks, lesser barracudas, trigger fish dan juga paling menarik ialah pygmee seahorse.

Untuk permulaan pengalaman menyelam yang unik, Pulau Sembilan ini mungkin antara yang terbaik. Ianya juga tidak terjejas dengan perubahan angin monsun. Jadi, korang boleh buat aktiviti menyelam di pulau ini bila-bila masa sahaja di sepanjang tahun. Terbaik kan!

2. Pulau Payar

Sumber : kasbah

Terletak di negeri Kedah Darul Aman. Pulau Payar ini merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang sesuai untuk aktiviti scuba diving.

Pemandangan pulau di persisiran laut Selat Melaka ini memang asli cantiknya. Airnya sangat elok dan jernih, pasirnya putih bersih dan susunan bongkah batu di pinggir pantai menaikkan lagi seri pulau ini.

Di sini, korang boleh diving sambil melihat pelbagai spesis ikan yang unik dengan bentuk dan warna berbeza. Ada ikan yang bewarna merah, biru, hijau dan juga pink! Korang juga berpeluang untuk kenal ikan bayan, sejenis ikan yang mempunyai warna seperti burung bayan.

3. Pulau Rawa

Sumber : outsiderview

Keunikan Pulau Rawa ini terletak pada pasir pantainya yang putih bersih. Airnya jernih dan membiru. Pulau yang terletak di daerah Mersing, Johor ini dihiasi banyak terumbu karang yang cantik.

Jika datang ke sini, korang boleh menikmati pengalaman diving dan snokerling yang menakjubkan. Pelbagai spesis ikan dan hidupan laut yang unik dan indah menanti untuk diterokai.

Jika bimbang tak mahir nak berscuba diving, korang tak perlu risau kerana korang akan dibimbing oleh penyelam yang mahir dengan dunia diving ini. Malahan terdapat sebuah pusat scuba diving PADI bertaraf 5 bintang yang menawarkan kursus PADI daripada Orca Scuba. Yang berhasrat nak menguasai kemahiran menyelam dengan baik, di sini korang ada pilihan untuk mendaftar kursus berkenaan.

Sedikit tips dari mereka yang berpengalaman di sini, jika ingin datang ke Pulau Rawa elakkan berkunjung antara bulan Mei dan Jun. Ini kerana keadaan laut ketika itu agak bergelora. Jadi aktiviti menyelam mungkin tidak sesuai dilakukan pada waktu itu.

4. Pulau Perhentian

Sumber : jomjalan

Terengganu sangat terkenal dengan deretan pulau-pulau yang indah dan bersih. Salah satunya ialah Pulau Perhentian. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua gugusan pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan juga Pulau Perhentian Kecil.

Kalau korang mencari port diving yang cantik, gugusan pulau-pulau ini adalah tempatnya. Ramai mengiktiraf lokasi diving di Pulau Perhentian ini yang terletak di Laut China Selatan ini sebagai yang tercantik.

Jika berkunjung ke sini, banyak aktiviti yang korang boleh lakukan selain diving. Antaranya snokerling dan juga berenang. Sepertimana di Pulau Rawa, terdapat beberapa operator pelancongan yang menyediakan kursus penuh sijil PADI di sini.

Untuk korang yang mahu menyelam ke kawasan lebih dalam dan meneroka kawasan laut yang luas, wajib untuk korang ada sijil PADI ini terlebih dahulu. Barulah korang dibenarkan untuk aktiviti diving yang lebih mencabar.

5. Pulau Kapas

Sumber : kkday

Selain Pulau Perhentian, Pulau Kapas juga merupakan salah satu pulau yang terdapat di negeri Terengganu. Pulau Kapas sangat terkenal di kalangan para penyelam kerana bentuk dasar lautannya yang agak landai menjadikannya lokasi popular untuk aktiviti menyelam di waktu malam.

Jika bertuah, para penyelam juga berpeluang melihat jerung paus migrasi di habitat semula jadinya. Bukan itu sahaja, jika menyelam di Turtle Point para penyelam boleh melihat penyu dan habitatnya. Turtle Point terkenal sebagai lubuk penyu di kawasan Pulau Kapas ini.

Untuk aktiviti yang lebih menarik jika menyelam di sini, korang juga boleh meninjau bangkai kapal Jepun yang telah karam di perairan ini iaitu Japanese Landing Craft Wreck.

6. Pulau Tioman

Pernah tersenarai sebagai antara pulau tercantik di dunia oleh majalah Times sekitar tahun 1970-an dahulu dan keindahan pulau ini masih diteruskan sehingga kini.

Pulau yang agak jauh dan terpencil ini sangat ideal bagi para penyelam yang sukakan aktiviti meyelam sambil menikmati keindahan terumbu karang yang hidup subur di laut Pulau Tioman ini.

Terdapat lebih 25 port diving yang menyediakan peluang untuk para penyelam melakukan aktiviti menyelam sama ada di waktu siang atau malam. Jika di Pulau Kapas terdapat kapal karam dari Jepun, di sini juga tak kurang menariknya.

Korang boleh meninjau kapal karam yang dikenali sebagai Soyak Wreck. Kehidupan bawah laut di sekitar pulau ini juga amat menarik. Penyu, pari dan reef shark antara yang boleh dilihat di sini. Jika bertuah, korang mungkin boleh bertemu dengan Whale Shark!

7. Pulau Mabul

Sumber : mabul

Pulau Mabul yang terletak di Kepulauan Borneo ini sangat indah dan terkenal di kalangan penyelam. Alam semula jadinya menarik perhatian para penyelam untuk datang ke pulau ini.

Pelbagai spesis hidupan laut seperti ribbon eels, cuttlefish, sea moths, baby lionfishes, mandarinfish, udang dalam pelbagai bentuk dan saiz, ketam penghias, nudibranchs galore, kuda laut kerdil, ikan katak dan lain-lain lagi yang ada di sini.

Lebih menarik tentang diving di Pulau Mabul ialah ianya menjadi tumpuan para penyelam untuk aktiviti muck diving dan fotografi makro bawah laut.

Amacam, menarik bukan senarai tempat diving di Malaysia yang boleh dikunjungi dan diberi perhatian. Korang boleh bercuti menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam bawah laut yang cukup segar dan menyenangkan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

go to these guys https://chicasenred.me
www.sextophd.net