Hotel Renai Kota Bharu – Hotel Kontemporari Di Tengah Bandar
Kalau korang datang ke bandar Kota Bharu, apa kata korang cuba menginap di Hotel Renai Kota Bharu yang bertaraf 4 bintang ini. Nak tahu lebih lanjut tentang hotel ni, apa kata korang teruskan bacaan!
Di sini, korang bakal menikmati pengalaman budaya Melayu yang kaya dan asli. Ianya terletak dengan baik di tengah-tengah daerah komersial bandar Kota Bharu dan hanya 9.6 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Tentang Hotel Renai Kota Bharu
Renai Hotel Kota Bharu, sebelumnya dikenali sebagai The Grand Renai Hotel. Lokasinya yang terbaik menjadikan hotel ini pilihan utama untuk setiap pelawat. Ada yang berkunjung ke sini semata-mata mahu bercuti dan ada juga yang datang atas urusan perniagaan.
Ada pelbagai kemudahan di hotel ini. Antaranya ialah kolam renang luaran yang menyegarkan, gelanggang tenis untuk penggemar sukan dan tempat letak kenderaan percuma yang mudah diakses. Boleh dikatakan yang hotel ini menawarkan pengalaman penginapan cukup lengkap dan memuaskan.
Jika menginap di sini, korang boleh menikmati keselesaan bilik yang luas dan bersih. Bukan itu je, korang juga pasti gembira dengan layanan mesra daripada kakitangan hotel yang profesional.
Bilik-bilik moden kat hotel ni pula memang menyediakan keselesaan yang optimum! Korang boleh berhibur dengan menonton rancangan kegemaran korang di TV yang ada. Tak cukup dengan tu, ada juga alat untuk bancuh teh dan kopi, jadi korang boleh relax sambil minum kopi atau teh panas.
Setiap bilik mempunyai bilik air masing-masing. Antara kelengkapan yang disediakan ialah jubah mandi dan pengering rambut, so bolehlah korang feeling-feeling macam raja dan ratu kat hotel ni!
Selain daripada itu, di hotel ini ada pusat kecergasan tau. Ianya menawarkan pelbagai kemudahan untuk tetamu termasuk gimnasium, sauna, dan bilik wap bersama dengan tab mandi panas untuk bersantai. Sebagai tambahan, terdapat kemudahan ATM di lokasi disediakan bagi memudahkan urusan korang jika perlukan cash dengan segera. Manakala perkhidmatan dobi pula menyenangkan urusan korang nak cuci baju yang telah dipakai.
Bagi pencinta makanan, pilihan tempat makan di Renai Hotel Kota Bharu memang bermacam-macam. Korang boleh menikmati hidangan bufet antarabangsa dan hidangan a la carte di Palm Terrace Café, atau mencuba hidangan istimewa Cina di Dynasty Restaurant. Rezzo dan Lobby Lounge juga menawarkan pilihan makanan yang lazat.
Kesimpulan
Dengan lokasinya yang strategik, Renai Hotel Kota Bharu hanya kira-kira 9 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail menjadikannya pilihan yang mudah diakses untuk pelancong yang tiba dan berlepas. Dengan akses mudah kepada pusat-pusat beli-belah dan tarikan utama lain di sekitar bandar, Renai Hotel Kota Bharu adalah pilihan ideal untuk penginapan yang selesa dan santai di Kelantan.