Chalet Tepi Pantai Di Johor – 5 Chalet Menarik Jadi Tumpuan

Korang ingin bercuti di pantai Johor? Tapi masih belum membuat keputusan untuk menginap dimana? Johor sangat terkenal dengan pantainya yang bersih dan kaya dengan pelbagai batu karang. Ada banyak chalet tepi pantai yang menarik di Johor.

Sebelum korang bercuti ke pulau-pulau yang terdapat di Johor, korang perlu membuat sedikit kajian terlebih dahulu supaya tak silap pilih. Jom tengok kat bawah,

Kandungan

5 chalet tepi pantai yang menarik di Johor

1- Tanjung Sepang Beach Resort

Tanjung Sepang Beach Resort terletak di Kota Tinggi. Tanjung Sepang Resort merupakan salah sebuah tempat yang terkenal di Johor. 

Memiliki pantai yang putih dan bersih sememangnya dapat memberi kita ketenangan. Chaletnya juga terletak di tepi pantai pasti korang akan terdengar deruan ombaknya.

Terdapat lebih kurang 37 buah chalet yang berkonsepkan resort.

Chalet ini dilengkapi kolam mandi, penghawa dingin, televisyen dan pemanas air. Resort ini juga sangat sesuai untuk hari keluarga, trip bersama kawan-kawan mahupun trip syarikat.

Menariknya disini korang juga dapat melihat matahari terbit diikuti kicauan burung.

Nak tahu tentang pulau yang menarik dan cantik di Johor boleh refer sini

2- Tunjuk Laut Beach Resort‍‍‍‍‍‍

Tunjuk Laut Beach Resort terletak 72 km dari Mersing. Korang pastinya akan tertarik untuk menginap di sini. Resort ini menyajikan tempat yang selesa dan udaranya yang mendamaikan pasti membuat korang merasa tenang di sini. 

Tunjuk Laut Beach Resort menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan yang akan membuatkan korang segar dan santai. 

Resort ini terletak di antara landskap tropika dan Laut China Selatan yang berkilauan, menampilkan tempat untuk BBQ, pelbagai sukan yang menakjubkan dan aktiviti yang menyeronokkan seperti bola tampar pantai, bola sepak pantai, tapak perkhemahan, memancing, memanjat batu dan berbasikal.

Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah kafe, tandas awam dan ruang tempat meletak kereta yang luas.

Sumber: Tripadvisor.com

3- Shaz Resort Pulau Tinggi

Terletak di Pulau Tinggi, resort ini menarik kerana kedudukannya menghadap pantai sepanjang 800 meter. Korang mesti kagum dengan pasir halus dan kebiruan lautnya. Perjalanan ke resort ini mengambil masa selama 30 minit dari Jeti Tanjung Leman, Mersing.

Sumber: Facebook

Di samping itu, korang juga dapat bermandi mandi di kolam renang sambil menikmati pemandangan dan terdapat juga taman permainan kanak-kanak yang menghadap pantai.

Chalet di resort ini mempunyai beranda yang korang boleh bersantai sambil berehat di depan chalet.‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍Chalet ini turut menyediakan pakej snorkeling dan island hoping dan korang boleh buat bbq.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍4- Chalet Arked D’Punggai Beach Resort

Chalet D’Punggai merupakan destinasi percutian keluarga di tepi pantai yang menjanjikan suasana santai dan nyaman seperti di kampung halaman.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

5- Tanjung Genting Chalet & Camp Site

Jika korang ke Mersing dan ingin menyewa chalet yang menghadap laut, Tanjung Genting Chalet Campsite merupakan salah satu daripadanya. Pemandangan sekitarnya sangat tenang dan mendamaikan.

Ianya terletak di persisiran pantai Kampung Tanjung Genting, Mersing. Chalet ini mempunyai 8 bilik kecil, 2 bilik sederhana dan 2 dorm. Terdapat juga ruang lapang bagi mereka yang ingin mendirikan khemah. 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Semoga dengan perkongsian chalet yang menarik di Johor ini dapat membantu korang merancang percutian korang sekeluarga.

Comments (0)
Add Comment