Ingin bercuti di chalet tepi sungai di Perak? Tapi korang belum tahu lagi tempat yang menarik nak pergi?
Perak terkenal dengan tapak-tapak arkeologi. Bukan itu sahaja, Perak juga mempunyai kawasan sungai yang menarik dan dijaga dengan rapi.
Chalet tepi sungai merupakan tempat yang menarik untuk korang meluangkan masa bersama keluarga korang.
Kandungan
Chalet tepi sungai yang menarik di Perak.
1- Chalet Latip D’Ayer Itam
Chalet Latip D’Ayer Itam menyediakan penginapan konsep warna-warni yang terletak di kawasan Batu Kurau yang terkenal dengan dusun durian.
Jadi, tidak hairanlah kalau korang nampak banyak gerai durian disepanjang perjalanan menuju ke sini. Chalet tepi sungai ini akan membuatkan korang berasa tenang dengan deruan airnya dan udaranya yang menyegarkan.
Harga penginapan di sini juga berpatutan, satu cottage juga boleh memuatkan lima hingga tujuh orang. Jimat bukan?
Alamat: Lot 6836A, Jalan Buah Manggis, Kg Air Hitam, 34500 Batu Kurau, Perak
Baca tempat menarik di Perak di sini
2- Chalet Atuk Dollah
Chalet Atuk Dollah menawarkan chalet tepi sungai yang menarik korang untuk datang ke sini iaitu kawasan yang dikelilingi dengan alam semulajadi.
Chalet Atuk Dollah tidak jauh dari pekan Kampar hanya mengambil masa dalam 10-15 minit sahaja jika menaiki kenderaan, malahan kemudahan yang disediakan amat terbaik dan menyediakan penginapan dengan harga berpatutan.
Aktiviti yang ditawarkan adalah jungle trekking, bagi ikan makan, memasang bubu dan sebagainya.
Alamat: Jalan Batu Berangkai, Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak
3- Chalet Sungai Bil Cool Spring
Korang harus datang ke Chalet Sungai Bil Cool Spring. Aktiviti yang korang boleh lakukan di sini termasuklah jungle trekking, karaoke, belajar menumpat, sukan rakyat, brainstorming dan banyak lagi.
Sepanjang laluan hendak ke sini, korang akan melihat basikal yang digantung. Memang unik hiasannya.
Buka sahaja pintu chalet, anda akan dapat melihat sungai yang mengalir perlahan, hening dan juga sejuk.
Bolehlah anda mandi dan rendam-rendam kaki di situ. BBQ pula di tepi sungai, pasti bukan satu pengalaman yang anda akan dapat jika menginap di kawasan bandar.
Alamat: Kampung Sungai Bil, 35900 Tanjung Malim, Perak
4- Rumah Sungai
Percutian yang santai dan dikelilingi dengan alam semulajadi, apa kata anda datang ke Rumah Sungai, Lenggong mampu memenuhi cita rasa korang.
Pada waktu malam suasana sangat cantik dan sejuk tanpa menggunakan penghawa dingin.
Itulah antara lokasi chalet yang menarik berada tepi sungai di Perak menjadi tumpuan percutian orang ramai.
Alamat: Kg Lata Papan, Kampung Kuak, 33400 Lenggong, Perak
5- Ulu River Lodge
Ulu River lodge merupakan satu penginapan chalet unik kerana konsepnya yang berdekatan dengan sungai, dapat melihat flora dan fauna, malahan bagi korang yang merindui suasana kampung, korang seharusnya datang ke sini.
Pelbagai aktiviti yang ditawarkan untuk dilakukan bersama keluarga tersayang seperti memancing, bbq dan berkhemah.
Alamat: 19, Jln Kampung Rawa, Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak
6- Lenggong Longhouse Campsite
Penginapan yang dinamakan Lenggong Longhouse Campsite menawarkan konsep perkampungan di mana pondok yang menggunakan daun nipah sebagai atap rumah ala-ala klasik serta santai.
Korang dapat mendengar kicauan burung dan bunyi-bunyian unggas ketika berada di sini. Bagi korang yang inginkan ketenangan, korang boleh cuba untuk menginap di sini.
Alamat: Kampung Lenggong, 33400 Lenggong, Perak
7- Chalet Pos Yum
Chalet Pos Yum terletak di perkampungan suku orang asli di Sungai Siput,Perak. Chalet ini menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti ruang memasak, bbq, tandas dan ruang tempat makan yang diperbuat daripada buluh.
Menariknya di sini, mereka menawarkan tempat kebudayaan untuk melihat persembahan daripada Suku orang asli dan sekaligus mengenali budaya mereka.
Alamat: Jalan Bawong Lasah Perak, Perak.