Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang kewujudan chalet tepi sungai di Raub yang dikenali sebagai Kompac Chalet Homestay.
Pusat penginapan desa yang terletak di dalam kawasan hutan ini juga turut dikenali sebagai Kompleks Pelancongan Homestay Pulau Chekas.
Agaknya apa yang best sangat tentang chalet ini? Jom kami bongkarkan keseronokan chalet homestay yang menarik ini.
Kandungan
Menarik Tentang Chalet Tepi Sungai di Raub
Menginap di tempat yang tenang dan dikelilingi keindahan alam semulajadi sememangnya merupakan impian kebanyakan kita.
Setelah berhempas pulas mencari rezeki, bergelumang dengan tekanan dan stress, kembali ke alam merupakan satu terapi yang sangat dinanti-nanti.
Itulah yang disediakan oleh Kompac Chalet Homestay. Penginapan dengan suasana perkampungan yang kaya dengan khazanah alam semulajadi.
Deruan air mengalir dari sungai dan kehijauan pohon-pohon di rimba menjadikan suasana persekitaran amat mendamaikan.
Lokasi
Tempat penginapan ini terletak begitu hampir dengan Pulau Chekas dan Lata Jarum.
Kedua-dua tempat rekreasi ini dikenali sebagai tempat terbaik melarikan diri dari hiruk pikuk bandar.
Untuk sampai ke sini, korang perlu menuju ke Pusat Rekreasi Pulau Chekas Raub Pahang.
Lebih tepat lagi ianya beralamat di Kg Peruas, Ulu Dong 27600 Raub, Pahang.
Baca juga tentang kedai makan yang sedap di Raub kat sini
Alam Semulajadi Yang Mendamaikan
Pusat Rekreasi Pulau Chekas ini sebenarnya terkenal sebagai antara yang terbaik di negeri Pahang. Kebersihan sungai dan kualiti airnya mendapat pengiktirafan dari JPS Malaysia dan dianugerahi dengan Anugerah Khas Sumber Air Negara tahun 2018.
Pemandangan dan suasana di sekitar pusat rekreasi ini juga sangat mendamaikan.
Dengan landskap semulajadinya yang menarik, pasti korang rasa sangat tenang dan relaks bercuti di sini.
Penginapan Chalet Tepi Sungai di Raub
Pusat rekreasi ini dibuka kepada orang ramai dengan pilihan untuk datang berekreasi sahaja di siang hari atau pun boleh juga bermalam di sini jika mahu.
Untuk yang datang bermalam, terdapat 19 buah chalet yang tersedia. Korang boleh pilih untuk menginap di chalet yang berkipas atau chalet yang berpenghawa dingin.
Setiap bilik menempatkan sebuah katil queen dan juga bilik air. Jika nak menginap lebih dari dua orang dalam satu bilik, korang boleh stand by bawa bersama toto dan bantal. TV dan peti ais mini juga ada disediakan bagi memudahkan tetamu yang menginap.
Jika datang bersama keluarga dan nak buat aktiviti makan-makan, korang boleh lah menyewa tempat makan dan juga pit BBQ dengan harga RM 80 sahaja.
Homestay dan cabin
Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat pilihan homestay dan cabin.
Menariknya di sini jika korang memilih untuk menginap di homestay, korang boleh turut sama menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, aktiviti sukan, mandi air terjun, air sungai, buggy car untuk kemudahan membawa ke kawasan sekitar termasuk melihat rafflesia dan lain-lain lagi.
Harga Penginapan Chalet
Berikut merupakan harga yang dikenakan sekiranya korang ingin menginap di chalet :
Chalet Berkipas | RM60 |
Chalet dengan Penghawa Dingin | RM120 |
Bercuti di sini bersama keluarga pasti akan menjadi satu pengalaman yang cukup manis untuk dikenang. Korang pasti gembira dengan pilihan datang menginap di perkampungan yang cukup mendamaikan ini.