Nak cari hotel berdekatan Pasar Payang, Kuala Terengganu? Jangan risau, Grand Puteri Hotel tempatnya! Hanya 5 minit berjalan kaki dari Terminal Bas Kuala Terengganu, korang akan sampai ke hotel yang penuh keselesaan ini. Ianya mempunyai bilik berhawa dingin dan kedap bunyi untuk pastikan korang dapat berehat dengan tenang.
Hotel Berdekatan Pasar Payang; Grand Puteri Hotel
Lokasinya terletak berdekatan banyak tempat-tempat menarik. Grand Puteri Hotel ini jauhnya cuma 5 minit dari Masjid Zainal Abidin dan Terminal Bas Kuala Terengganu.
Pasar Payang yang meriah pun boleh sampai dalam 10 minit berjalan kaki. Kalau datang dari lapangan terbang pula, hanya 25 minit menaiki kenderaan sahaja diperlukan untuk korang sampai ke sini.
Penginapan Selesa:
Bilik-bilik di hotel ini kesemuanya terikat dengan larangan merokok, so korang takyah risau bau asap rokok yang menganggu. Selain tu, semua kemudahan moden ada. Setiap bilik dilengkapi dengan TV satelit skrin rata, minibar, dan internet percuma. Jadi, kalau nak layan movie atau nak update socmed, senang je!
Bilik mandi peribadi juga memang lengkap. Ada pengering rambut kalau korang nak buat styling rambut, pancuran untuk mandi yang menyegarkan, dan yang paling best, barang mandian disediakan secara percuma. Jadi, tak perlu risau kalau tertinggal benda-benda kecil. Di hotel ini telah disediakan segalanya!
Bukan itu sahaja, Hotel Grand Puteri ini menyediakan pelbagai kemudahan yang lain juga untuk memudahkan tetamu. Kaunter hadapan hotel dibuka 24 jam, so kalau ada apa-apa, bantuan sentiasa ada.
Incase korang perlukan emergency laundry, tak payah kalut nak cari dobi di luar. Di sini pun ada perkhidmatan dobi, tapi korang kena bersedia untuk caj tambahanlah. Untuk yang suka berbarbeku kecil-kecilan, takde masalah, sebab kemudahan barbeku pun ada. Memang hotel ni faham betul apa yang tetamu perlukan!
Menginap di sini, korang boleh mulakan hari dengan santapan lazat di Puteri Coffee House. Chef di sini memang pakar dalam masakan tempatan. Menu yang tersedia di restoran ni pasti boleh memuaskan tekak korang.
Sama ada korang nak menjelajah tempat menarik sekitar atau cuma nak berehat di tepi kolam renang, hotel berdekatan Pasar Payang iaitu Grand Puteri Hotel ini adalah tempat yang cozy untuk korang. Nikmati gabungan yang sempurna antara keselesaan, kemudahan, dan keramahan tempatan semasa menginap. Enjoy!