Mantin Forest Art Farmstay – Terokai Khazanah Alam

Mantin Forest Art Farmstay terletak di sempadan antara dua buah negeri iaitu Selangor dan Negeri Sembilan.

Resort yang indah ini mempunya pemandangan yang menyenangkan dan menyediakan banyak aktiviti menarik untuk keluarga.

Sekitar tempat percutian ini dikelilingi dengan hutan dan bukit bukau.

Ditambah dengan indahnya sungai yang mengalir menjadikan suasananya cukup tenang.

Ia mampu membuatkan korang lupakan segala tekanan yang menganggu fikiran.

Kandungan

Menarik Tentang Mantin Forest Art Farmstay

Sumber : travelog

Farmstay persendirian ini di dekorasi bercirikan elemen gabungan tradisional Cina dan juga Barat.

Jika korang berhasrat untuk menghabiskan masa bercuti di sini, ini dia info menarik tentang Mantin Forest yang mungkin korang cari.

1- Jenis Bilik Penginapan

Sumber : naxysenna

Terdapat dua jenis penginapan iaitu Chalet Room dan juga Timber Room.

Chalet Room

Chalet Room boleh memuatkan 2 hingga 4 orang tetamu mengikut keluasan.

Untuk Chalet Room 1, mempunyai 8 buah unit yang sesuai untuk penginapan dua orang.

Manakala Chalet Room 2 pula sesuai bagi mereka yang ingin menginap 4 orang dalam satu bilik yang sama.

Chalet Room 2 juga mempunyai 8 unit bilik.

Timber Room

Timber Room pula berkeluasan lebih besar dan selesa untuk memuatkan 5 hingga 10 orang tetamu.

Sangat sesuai bagi yang datang dalam kumpulan yang besar.

Timber Room 1 mempunyai 11 unit. Ianya sesuai untuk maksima 5 orang dewasa.

Timber Room 2 pula mempunyai 2 unit dan boleh memuatkan 8 orang.

Akhir sekali, Timber Room 3 dengan 1 unit sahaja yang boleh menempatkan sehingga 10 orang tetamu dewasa.

Baca juga tentang resort koboi yang semakin mendapat perhatian orang Nogori di sini

Sumber : ammboi.my

Setiap jenis bilik mempunyai katil dengan bilangan yang sesuai.

Korang boleh menikmati pemandangan menghadap tasik melalui beranda bilik.

Kemudahan asas disediakan di setiap bilik seperti peralatan toiletries yang lengkap, pendingin hawa, water heater dan televisyen. Oh ya, televisyen hanya available di Chalet Room tau.

Untuk hair dryer pula, korang boleh request dari pihak resort.

Kemudahan lain yang disediakan di sini adalah wifi, taman rekreasi, kolam renang, dewan, galeri dan banyak lagi!

2- Aktiviti Menarik Di Mantin Forest Art Farmstay

Sumber : travelog

Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan ketika korang bercuti di sini sama ada santai mahupun lasak.

Untuk aktiviti lasak korang boleh cuba aktiviti meredah hutan sambil mendaki bukit, berkayak, menunggang kuda dan sebagainya.

Jika aktiviti santai pula, korang boleh juga melawat taman burung, memberi makan binatang, bermain ping pong, berkaraoke dan bermain permainan indoor yang lain.

Boleh juga memancing.

Ikan yang dapat korang perlu dilepaskan semula ke dalam kolam.

Kalau korang berhasrat nak simpan hasil tangkapan korang tu, korang akan dicaj mengikut berat ikan dan harga semasa.

Korang juga boleh request resort untuk masakkan khas untuk korang. Untuk ini, tiada kos tambahan yang akan dikenakan.

3- Info Tambahan

  • Jika korang nak buat tempahan bersama dengan makan tengahari, hanya perlu buat bayaran RM18 setiap pax. Untuk ini korang mesti request masa buat booking.
  • Tak boleh bawa binatang peliharaan ya.
  • Nak datang ke sini, memang korang kena buat booking terlebih dahulu. Kalau tak, korang mungkin tidak berpeluang nak menginap di sini.

Comments (0)
Add Comment