Resort Atas Air Di Semporna

Yang mana sedang cari resort atas air di Semporna, korang kena baca ni…

Semporna adalah destinasi yang terkenal dengan keindahan alam bawah laut, terutama pulau-pulau yang mengelilingi wilayah tersebut.

Antara pulau yang terkenal di sini ialah Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Pulau Mataking dan Pulau Bohey Dulang

Semporna menawarkan pengalaman alam yang luar biasa dan keindahan laut yang menakjubkan bagi para pengunjungnya terutamanya resort atas air.

Antara resort atas air yang terkenal di sini ialah Egang-Egang Resort Semporna. Apa yang menarik di Egang-Egang Resort? banyak sangat yang menarik sebenarnya!

Korang pasti akan terpegun dengan keindahan pulau negeri Sabah serta pilihan resort yang kami bawakan kali ini.

Jom kita teroka bersama!

Para pencinta alam sekitar pasti jatuh hati dengan pemandangan laut sekitar Egang-Egang Resort ini. Lautnya yang kebiru-biruan sangat cantik sekali dipandang.

Lokasinya yang terletak di perairan Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. Dari jeti untuk sampai ke resort ini mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit sahaja dengan menaiki bot.

Suasana dan persekitaran resort juga amat memukau mata yang memandang. Korang kalau ke sini pasti terpegun laksana dipukau!

Menariknya lagi tentang resort ini ialah harga yang ditawarkan juga amat berpatutan. Resort kayu yang dibina di atas air laut yang jernih telah menjadi tumpuan banyak pengunjung untuk bercuti dengan mewah dan lebih privasi.

Penginapan

Terdapat empat jenis chalet iaitu Chalet Dua Bilik Tidur dengan 1 katil bersaiz queen, Chalet Satu Bilik Tidur dengan 1 katil bersaiz queen dan 1 katil dua tingkat, Chalet Satu Bilik Tidur dengan 1 katil dua tingkat dan yang terakhir adalah Chalet dengan 1 katil queen dan 1 katil dua tingkat.

Konsep resort ini menekankan konsep tradisional yang menggunakan kayu sepenuhnya. Walaupun menggunakan kayu sebagai bahan utama dalam pembinaannya, chalet ini tetap terlihat cantik dan eksklusif.

Bagi memuaskan lagi hati pengunjung, di setiap chalet terseia balkoni khas yang mempunyai tangga untuk menuruni ke laut yang berwarna kehijauan. Korang boleh terus terjun sahaja ke dalam laut yang jernih.

Kemudahan dan Perkhidmatan

Kemudahan yang tersedia di resort ini amat baik sekali. Termasuklah pakej makan dan minum. Jika datang bercuti di sini, korang digalakkan untuk ambil sekali pakej yang menyediakan sarapan, makan malam dan makan tengahari.

Harga yang dikenakan bergantung kepada pakej percutian yang korang ambil.

Menu makanan yang dihidangkan juga amat menyelerakan sekali. Ada menu makanan laut yang banyak dan sedap seperti sotong goreng celup tepung, ikan yang pelbagai, ketam serta udang yang segar dari nelayan di sana. Pasti makanan lautnya segar sekali!

Andai kata korang nak cuba masakan lain, korang boleh dapatkan di tempat-tempat makan yang ada di sekitar resort ini.

Aktiviti-aktiviti Menarik di Egang-Egang Resort

Sumber : booking.com

Untuk aktiviti-aktiviti yang korang boleh lakukan di tempat percutian di atas air ini, korang ada beberapa pilihan yang boleh dilakukan.

Antaranya adalah korang boleh melawat sambil meneroka tentang budaya setempat iaitu kehidupan para nelayan dan masyarakat atas air.

Bukan setakat itu sahaja, korang juga boleh beraktiviti snorkeling, menyelam dan juga memancing. Best kan?

Dengan aktiviti snorkeling dan menyelam, korang boleh melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti terumbu karang, rumpai laut, obor-obor, ikan dan penyu.

Untuk korang yang tak pandai berenang, jangan risau. Korang boleh gunakan baju pelampung dan terdapat penjaga yang akan memantau keselamatan korang sewaktu di sana. Andai kata korang takut jugak nak masuk ke dalam air, korang masih boleh menikmati keindahan hidupan laut dengan jelas oleh kerana air lautnya yang sangat jernih.

Sumber : booking.com

Kalau nak aktiviti yang lebih mencabar, mungkin korang boleh cuba menaiki banana boat atau parasailing. Tentunya boleh mencabar kekuatan fizikal korang dengan aktiviti sebegini.

Jika inginkan kelainan, korang juga boleh mendaki Bohey Dulang yang berada bertentangan resort. Biasanya ada pemndau arah yang akan membantu perjalanan dan pendakian korang di sini.

Jomlah datang bercuti ke resort atas air yang menarik ini. Ianya penuh dengan ketenangan dan mendamaikan. Pasti akan jadi pengalaman yang sukar dilupakan dalam hidup korang!

Untuk yang nak ke sini korang boleh tengok harga dan terus buat booking kat sini ye

Comments (0)
Add Comment