Resort depan sungai di Perak ini dikenali sebagai Teratak Bernam Riverview. Ianya betul-betul terletak berhadapan dengan Sungai Bernam.
Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu, Sungai Bernam berada di sempadan negeri Perak dan Selangor.
Menarik Tentang Resort Depan Sungai di Perak
Uniknya tentang resort ini ialah ianya dipisahkan dengan sebatang sungai yang menjadi sempadan antara negeri Selangor dan negeri Perak.
Jadi sebahagian resort ini terletak di Perak, manakala sebahagian lagi terletak di Selangor.
Kedua-dua bahagian resort di kedua-dua negeri ini disambungkan dengan sebuah titi gantung.
So, korang boleh bercuti di duah buah negeri berbeza dekat satu resort yang sama. Ha, amacam menarik bunyinya kan?
Untuk sampai ke dalam resort ini, korang perlu melalui satu jalan yang agak sempit dan boleh dilalui oleh sebuah kenderaan sahaja.
So, andai kata korang berselisih dengan kenderaan lain semasa melalui jalan ini, pandai-pandailah korang bertolak ansur sesama pemandu yang lain. Untuk keselamatan bersama.
Kemudahan & Penginapan di Resort
Memandangkan resort ini biasanya menjadi tumpuan untuk pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, team building dan gathering, pemilik resort ini berusaha menyediakan kemudahan yang agak lengkap untuk kegunaan pengunjung yang datang.
Kemudahan seperti chalet, tempat berkhemah dan dom asrama disediakan untuk keselesaan pengguna. Ditambah pula dengan kemudahan lain seperti surau, dewan makan, tempat BBQ, tandas dan sebagainya.
Untuk aktiviti memasak, korang boleh gunakan tempat BBQ yang disediakan. Bahan masakan korang perlu bawa sendiri ya sebab ianya tidak disediakan.
Ada banyak lagi chalet tepi sungai yang menarik di Perak, boleh tengok di sini
Dari segi kebersihan, tempat ini memang dijaga rapi oleh pihak pemilik. Memang selesa dan sangat menyenangkan bagi para tetamu yang datang ke sini.
Ramai yang suka datang ke sini untuk aktiviti-aktiviti anjuran sekolah-sekolah, organisasi syarikat mahupun kerajaan. Kemudahan dan suasana persekitaran resort ini amat sesuai untuk aktiviti kem motivasi dan kepimpinan.
Jika korang berhasrat untuk menginap di sini, korang boleh pertimbangkan untuk tinggal di chalet atau bilik yang boleh disewa dengan kadar harga yang berpatutan. Terdapat bilik yang disediakan bersama dengan bilik air. Terdapat juga bilik yang disediakan dengan bilik air berasingan.
Korang juga bebas memilih untuk tinggal di bilik dengan air cond atau bilik dengan kipas sahaja. Terpulang kepada keselesaan dan bajet korang.
So, apa lagi bagi penggemar suasana dan aktiviti bersama alam semulajadi, korang wajib masukkan resort Teratak Riverview ini dalam list wajib singgah korang. Pasti tak menyesal punya!