Serendah River Retreat – Percutian Tepi Sungai Yang Mendamaikan

Serendah River Retreat terletak di kawasan hutan hujan dan ladang buah yang berkeluasan 5 ekar. Tanah ini juga direntasi sungai semulajadi yang mengalirkan air dari Sungai Selaru.

Kalau korang mencari-cari tempat untuk melarikan diri dari kesibukan hutan konkrit yang tak jauh dari ibu kota, inilah tempatnya.

Hanya 40 minit sahaja pemanduan dari Kuala Lumpur, korang dah boleh sampai di satu port yang best untuk korang hilangkan tekanan dan berendam di dalam sungai.

Kandungan

Bagaimana Nak Ke Sini?

Tempat percutian ini boleh dikunjungi melalui jalan pinggir bandar di Serendah dan selepas 5 minit pemanduan melalui jalan kecil, korang akan temui homestay tersembunyi yang tenang dan mendamaikan.

Apa Yang Menarik Di Serendah River Retreat?

Penginapan

Terdapat dua jenis penginapan yang disediakan di sini iaitu Woodhouse dan juga Brickhouse.

Woodhouse

Sumber : airbnb.com

Dinamakan sebagai Woodhouse kerana rumah ini dibina berasaskan kayu yang kuat dan kukuh. Woodhouse mempunyai 4 bilik dengan setiap satunya lengkap berpenghawa dingin.

Ia pilihan yang sesuai untuk korang yang datang dalam kumpulan kecil antara 10 hingga 18 orang.

Sumber : airbnb.com

Bilik-bilik dihias cantik dengan dekorasi moden dan sedap mata memandang. Ditambah pula dengan ruang yang luas dan selesa dengan katil dan tilam yang empuk.

Sumber : Facebook

Setiap bilik tidur juga mempunyai bilik air dan pancuran air panas masing-masing. Bilik air juga bersih dan menyenangkan.

Memang tempat terbaik untuk lepaskan tekanan dan hilangkan lelah.

Tentang peralatan mandi, korang tak perlu risau semuanya serba lengkap.

Sumber : airbnb.com

Jika korang berhasrat hendak ke sungai, Woodhouse mempunyai laluan khas dan tersendiri untuk ke sungai.

Senang untuk berendam mandi manda dan bermain di sungai.

Untuk yang nak menikmati permandangan hijau dan suasana kampung, boleh datang ke sini

Sumber : airbnb.com

Semua kemudahan di rumah ini serba lengkap dan sempurna. Dapur dilengkapi peralatan memasak untuk yang gemar masak memasak.

Untuk pengunjung beragama Islam, korang tak perlu susah hati nak gunakan peralatan memasak yang disediakan di sini kerana salah satu house rules di sini ialah no pork allowed.

Jadi dari segi asasnya, peralatan di sini adalah selamat untuk digunakan.

Sepanjang percutian, kalau nak berBBQ pun boleh. Hanya perlu sediakan bahan-bahan masakan sahaja, peralatan telah lengkap tersedia.

Sumber : Facebook

Yang menariknya meskipun rumah ini tersorok di tengah hutan, ianya tetap dilengkapi televisyen 65″ smart tv sebagai pilihan bersantai. Tambah best, dapat akses untuk tengok Netflix dan Youtube juga tau.

Bukan itu sahaja, Unifi 800mbps juga turut disediakan bagi memudahkan korang untuk akses internet. Laju betul tu!

Brickhouse

Jika Woodhouse dibina berasaskan kayu, Brickhouse pula dibina dengan bata sebagai elemen utama binaan.

Sumber : Facebook

Rekabentuk Brickhouse lebih kepada menjurus kepada konsep industri. Ia mempunyai 6 buah bilik yang mampu memuatkan kira-kira 16-30 tetamu pada satu-satu masa.

Keenam-enam bilik Brickhouse dilengkapi dengan kipas dan penghawa dingin. Setiap bilik disambungkan dengan bilik air khas yang mempunyai pancuran air panas.

Sama seperti Woodhouse, peralatan dapur yang lengkap dan juga BBQ disediakan bagi memudahkan mereka yang ingin melakukan aktiviti masak memasak.

Laluan juga disediakan khas untuk penghuni Brickhouse memudahkan penghuni jika ingin turun ke sungai.

Selepas penat berendam dan bermain air sungai, korang boleh berehat santai layan Netflix atau Youtube di TV Pintar 65″ dengan slot USB & HDMI yang disediakan.

Wifi dengan kelajuan 800mbps juga amat membantu kelancaran internet walaupun rumah ini diselubungi hutan.

Bagi tetamu berkumpulan, jika ingin melakukan aktiviti berkumpulan terdapat ruang serbaguna yang boleh digunakan. Terletak di tingkat atas sekali rumah Brickhouse.

Fasiliti Dan Kemudahan

Selain dari kemudahan yang telah diceritakan sebelum ini, berikut adalah senarai fasiliti dan kemudahan yang memang disediakan oleh pemilik rumah penginapan SRR.

1. Peralatan Dapur Yang Sangat Lengkap

Periuk Steamboat, dapur gas, kuali, periuk sup, kutleri dan penyepit, cawan, pinggan, mangkuk, periuk nasi, ketuhar, pembakar roti, cerek, papan pemotong, pisau, pembuat telur separuh masak, mesin pembuat jus, peti sejuk, peti sejuk beku, dispenser air panas dan sejuk.

2. Kelengkapan Mandi

Tuala/pax, syampu mandi & syampu rambut. Ubat gigi, berus gigi, pencukup dan sebagainya tidak disediakan.

3. Penghalau Nyamuk dan Serangga

Gegelung ubat nyamuk dan pemetik api disediakan. Korang digalakkan untuk bawa krim penghalau nyamuk sendiri yang sesuai.


Sila bawa ubat nyamuk jenis pelekat macam ni untuk anak-anak. Senang. Tampal sahaja di baju anak-anak untuk halau nyamuk. Boleh terus klik link kat atas tu untuk details ye.

4. Tempat Letak Kereta

Tempat letak kereta yang luas tersedia untuk digunakan.

5. Bekalan Sarapan

Bekalan sarapan roti dengan mentega, jem dan oren untuk setiap pax. Teh dan kopi juga ada.

6. Kemudahan Katerer

Jika perlukan katerer luar untuk urusan memasak, korang boleh hubungi tuan rumah. Boleh juga bawa katerer pilihan korang jika mahu.

7. Air Terjun

Terdapat air terjun terpencil yang tidak jauh dari sini, hanya 1 jam berjalan kaki. Bolehlah beraktiviti meredah dan mendaki hutan.

Rumah ini boleh dikatakan lengkap tau untuk segala keperluan bercuti. Hanya perlu bawa baju dan juga bahan-bahan mentah untuk masakan.

Kalau nak beli barang mentah, terdapat pasaraya NSK Rawang yang terletak tidak jauh dari homestay tengah hutan ini.

Peraturan Menginap Di Sini

Sumber : Facebook

Memandangkan rumah ini sangat dekat dengan alam hutan yang tenang dan mendamaikan, pemilik homestay meletakkan beberapa peraturan supaya alam sekitar kekal terpelihara.

1. Pada waktu malam, sebarang bunyi yang menghasilkan gema kuat adalah dilarang.

Sekiranya ada aktiviti yang memerlukan penggunaan suara yang kuat, korang dinasihatkan menggunakan ruang serbaguna di tingkat atas dan tidak menggunakan sebarang pembesar suara.

2. Tidak dibenarkan merokok. Ini untuk memastikan keselesaan penghuni yang akan datang.

3. Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.

4. Selepas menggunakan peralatan dapur, jangan lupa bersihkannya tau.

5. Dilarang keras untuk korang bagi makan monyet-monyet yang ada di dalam hutan.

6. Korang tak dibenarkan bawa haiwan peliharaan di sini.

Kehidupan di bandar ada kala mendatangkan tekanan dan menyesakkan fikiran. Larilah sebentar dari kesibukan kota dan berehat di hutan pinggir bandar yang menenangkan ini.

Korang pasti dapat pulang ke kota dengan hati yang lapang.

Comments (0)
Add Comment