Untuk korang yang mencari tempat percutian dan penginapan yang unik, The Kabin Jeram adalah jawapannya.
Tempat bercuti ini cukup unik sekali kerana konsep penginapan di dalam kontena yang disediakan untuk tetamu yang berkunjung. Lokasinya terletak di Jeram, Kuala Selangor dan bersebelahan dengan Pantai Remis.
Idea dan konsep yang ditonjolkan di The Kabin ini ialah penginapan berkonsepkan kontena. Kebanyakan kontena yang digunakan untuk dijadikan tempat penginapan ini diambil daripada kontena perkapalan kitar semula. Ianya kemudian dijelmakan semula menjadi unit penginapan yang cantik, mewah dan selesa.
Nak tahu lebih lagi tentang The Kabin? Jom teruskan baca artikel kami kali ini!
Penginapan di The Kabin Jeram
Terdapat beberapa jenis bilik penginapan dengan design yang agak menarik dan cantik. Korang boleh pilih bilik yang sesuai dengan kriteria dan keselesaan korang. Untuk pengetahuan korang, setiap bilik di sini diletakkan dalam keadaan berjarak antara satu sama lain. So, privasi di sini agak terjaga.
Harga-harga yang ditawarkan juga amat berbaloi, sesuai sangatlah dengan kemudahan yang tersedia di dalam The Kabin ini.
Setiap jenis bilik mempunyai pemandangannya yang tersendiri. Ada bilik dengan pemandangan kolam dan ada juga bilik dengan pemandangan taman.
Jenis-jenis Penginapan
Bilik Durban ditawarkan pada harga yang paling rendah sekali iaitu RM190. Bilik ini boleh memuatkan hanya 2 orang sahaja dan dilengkapi dengan katil queen.
Kemudahan di dalam bilik Durban juga agak lengkap dengan pemandangan kolam renang dari bilik tersebut.
Tengok juga chalet menarik tepi pantai di Selangor kat sini
Untuk bilik dengan pemandangan taman, korang boleh memilih untuk menginap di bilik jenis Antwerp, Felixtowe, Hamburg, Shanghai, Singapore, Sharjah atau Busan, Keihin, Kelang, Ho Chi Minh, Colombo atau Melbourne dengan harga antara RM200 – RM360.
Kemudahan
Kalau bercerita tentang kemudahan pula, korang tak perlu risau kerana The Kabin Jeram ini menyediakan pelbagai kemudahan mencukupi, yang disediakan khas untuk para pengunjung.
Kemudahan seperti kolam renang yang ada cukup besar sekali. Sesuai untuk korang bermandi-manda tidak kiralah dewasa atau kanak-kanak.
Kolam renang ini letaknya berdekatan dengan bilik. Di pinggir kolam juga terdapat tempat berehat. So korang boleh lah berehat-rehat di tepi kolam sambil memantau anak-anak yang mandi di kolam.
Lepas berenang mungkin perut pun dah mula berbunyi, kan? Tak perlu risau tentang lapar sebab berhampiran kolam renang disediakan pilihan makanan di kafe The Kabin.
Terdapat juga kemudahan taman permainan mini yang menyediakan buaian, jongkang-jongkit, gelongsor dan lain-lain. Kanak-kanak riang dan aktif pasti gembira sepanjang berada di sini.
Selain itu juga, pihak The Kabin ada menyediakan sebuah surau yang cantik dan berkonsepkan Morocco. Surau ini dihiasi dengan dekorasi dalaman yang sememangnya menawan dan selesa.
Bagi korang yang ingin mengadakan majlis-majlis kecil seperti bengkel dan seminar atau majlis-majlis peribadi seperti sambutan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan,
The Kabin turut menyediakan kemudahan dewan-dewan khas yang boleh digunakan oleh pengunjung dengan kadar sewa yang berpatutan.
Untuk keselamatan kenderaan korang pula disediakan parkir yang luas dilengkapi dengan sistem keselamatan yang baik iaitu CCTV dan pintu pagar.
Lagi best, WiFi percuma turut disediakan tau!
Nak Buat Aktiviti Apa di The Kabin?
Korang mungkin tertanya-tanya, nak buat aktiviti apa ya kalau di sini?
Tentang aktiviti, sebenarnya banyak yang korang boleh lakukan sewaktu di The Kabin.
Percutian korang di sini dijamin tidak akan membosankan dengan pelbagai pilihan aktiviti yang menarik sekali.
Antaranya ialah The Rides. The Rides menyediakan aktiviti menunggang kenderaan seperti ATV, skuter elektrik dan basikal. Rate harga yang dikenakan antara RM8 hingga RM30 sahaja.
Untuk aktiviti bersukan yang lain, terdapat gelanggang serbaguna yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti bermain futsal, bola tampar, bola keranjang atau badminton.
Gelanggang ini juga boleh digunakan untuk aktiviti sukaneka tau.
Nak buat aktiviti outdoor pun boleh ya di sini. Korang boleh berkaraoke bersama keluarga atau kawan-kawan di tempat karaoke dengan bayaran RM50 untuk satu jam.
Pada sebelah malam pula, korang boleh adakan aktiviti barbeku. Ruang barbeku yang disediakan pihak The Kabin ini boleh disewa dengan harga yang berbaloi.
Bercuti di The Kabin Jeram ini bukan sahaja dapat merehatkan tubuh dan minda, tetapi inilah masanya untuk korang meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan pelbagai aktiviti yang cukup menarik dan menyeronokkan.
Kesimpulan
The Kabin Jeram memang sesuai sekali sebagai destinasi untuk percutian keluarga.
Memandangkan The Kabin sering dipenuhi dengan pengunjung, lakukan tempahan penginapan dengan segera agar korang turut dapat merasai keriangan di sini pada masa yang diinginkan.
Selamat bercuti!