Hidden Gem di Johor yang bakal kami kongsikan kali ini mungkin akan membuatkan korang terbuka mata tentang Johor Darul Takzim.
Johor negeri selatan tanah air mempunyai tarikan yang tersendiri. Jika korang singgah ke Johor, ini merupakan 10 ‘hidden gem’ selatan yang sedang menunggu untuk diterokai.
Kandungan
10 Hidden Gem Di Johor
1. Pondok Irzaf
Kalau datang ke Muar, jangan lupa singgah ke Pondok Irzaf.
Pondok Irzaf merupakan homestay rumah kayu tradisional Muar dengan reka bentuk Limas Johor.
Homestay dengan tema kampung yang antik ini sangat unik dan benar-benar mengembalikan nostalgia zaman dulu-dulu.
Dengan persekitaran dusun, sejuk dan nyaman sekali. Ditambah pula semua bilik dan ruang tamu dilengkapi penghawa dingin, makin bertambah sejuk suasananya.
Dilengkapi dengan kemudahan 2 Bilik Tidur + 1 Ruang Tidur Tradisional, bilik air dan dapur. Sama seperti berada di rumah kampung sendiri rasanya.
Sesuai untuk korang yang mencari penginapan. Boleh buat jamuan dan juga aktiviti lain di sini. Bagi penerbit drama dan filem, rumah ini juga sesuai untuk aktiviti penggambaran.
Jangan lepaskan peluang membawa keluarga, saudara mara, sahabat handai korang menginap di sini. Boleh rasa suasana seperti zaman dahulu.
Alamat : Lot.1183 No.833-1 KM.7 Parit Amat, Jalan Abdul Rahman, 84000 Muar, Johor
2. Tasik Biru Kangkar Pulai
Tasik Biru Kangkar Pulai ini makin dikenali disebabkan keunikan tasiknya yang bewarna biru. Warnanya yang kebiruan cukup cantik dan menarik perhatian ramai untuk ke sini.
Warna biru ini sebenarnya terhasil dari reaksi kimia yang berlaku akibat dari aktiviti kuari yang terletak bersebelahan tasik ini
Difahamkan tasik yang terletak bersebelahan kuari adalah kawasan larangan namun menjadi tarikan bagi aktiviti mendaki.
Untuk yang sukakan pulau, boleh tengok pulau-pulau yang menarik di Johor kat sini
3. Zenxin Organic Park
Zenxin Organic Park ini merupakan ladang organik yang terbesar dan dibuka kepada umum. Ladang ini beroperasi sejak tahun 2009.
Korang boleh datang ke sini untuk lawatan sambil menikmati buah-buahan organik, beraktiviti sambil belajar bersama keluarga dan juga rakan.
Nak datang ke sini, korang perlu buat pra tempahan terlebih dahulu. Sebaiknya 3 hari sebelum lawatan. Waktu lawatan yang dibenarkan ialah pada hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum sahaja.
4. Noah’s Ark Animal Sanctuary
Pusat jagaan haiwan ini menempatkan haiwan-haiwan liar dan jalanan yang diselamatkan. Ada juga haiwan-haiwan ini yang telah dibuang oleh tuan mereka.
Noah’s Ark menyediakan perkhidmatan 24 jam 7 hari seminggu untuk setiap haiwan-haiwan di sini. Rawatan akan diberikan bila-bila masa sahaja jika perlu.
Korang boleh dapati di sini lebih 1000 binatang seperti anjing, kucing, kuda dan sebagainya. Tempat ini seakan-akan syurga bagi pencinta haiwan.
5. Salahuddin Bakery
Boleh dikatakan kedai roti ini antara yang tertua di Johor. Bermula pada tahun 1987, keunikan bakeri ini terletak pada cara roti-roti ini dibakar yang masih menggunakan cara tradisional.
Roti-roti di sini dibakar menggunakan dapur arang, sekaligus ini menjadikan rasanya cukup unik dan sedap sekali.
Kelembutan dan kesegaran rotinya menjadikan kedai ini sangat digemari ramai. Harganya juga amat murah. Jika datang ke sini korang patut cuba roti kacang merah dan roti inti kelapa. Sedap sangat!
6. Kopi 434
Sai Kee Coffee bermula dari sebuah rumah kayu dua tingkat yang terletak sangat dekat dengan sungai Muar, dan di seberang Stesen Bas Bentayan.
Amat sesuai untuk korang yang mencari kopi asli Muar. Antara yang menarik di sini ialah mereka menyediakan kopi asli seperti Kopi Gajah, Kopi O dan Kopi Musang (Luwak).
7. Muar Leather Craft (MLC)
Muar Leather Craft (MLC) ni sangat esklusif untuk peminat barangan kulit. Produk kraf berasaskan kulit kambing, lembu dan ikan pari ini semakin mendapat perhatian ramai.
Antara produk kulit yang dihasilkan dan dijual kepada pengunjung ialah beg tangan, tali pinggang, topi, sarung tangan, sarung kunci kenderaan dan beberapa lagi cenderahati.
Kalau korang ke sini, korang akan diberi penerangan oleh MLC tentang material kulit dan cara pembuatan untuk dijadikan kraf tangan berkualiti.
8. Tiram Sungai Muar
Penternakan tiram di dasar sungai merupakan warisan terkenal di muara Sungai Muar.
Di sini terdapat satu-satunya spesis tiram yang tidak mungkin korang jumpai di tempat lain iaitu tiram putih. Isinya berwarna putih krim serta berkualiti tinggi.
Selain datang untuk menikmati keenakan masakan tiram, ramai juga pelancong yang datang ke sini untuk melihat sendiri cara nelayan menyelam mencari tilam.
9. Songkok Masood Hussin
Jenama songkok “Masood Hussin sangat terkenal khasnya di bandar Muar. Ianya bermula sejak 75 tahun yang lepas. Korang boleh dapati pelbagai jenis songkok yang dijual di Butik Songkok Masood Hussin.
Songkok di sini dibuat dari pelbagai jenis baldu dan ketinggian. Dijual secara runcit dan juga borong. Korang boleh beli yang ready made atau tempah khas design dan ukuran yang korang mahu.
10. Labis Sunrise Farm
Labis Sunrise Farm merupakan ladang dengan homestay yang bakal memberikan korang pengalaman melancong yang berbeza dari biasa.
Di sini, korang juga berpeluang melihat matahari terbit di antara langit Labis dan Segamat. Di samping dapat menikmati keindahan pemandangan di Labis Sunrise Farm, korang juga boleh merasai buah-buahannya yang sedap sekali.
Tanah seluas 150 hektar ini amat subur dengan pelbagai spesis tumbuhan serta buah-buahan tropika yang sangat banyak dan pelbagai jenisnya.