Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis taman tema menarik yang korang boleh jadikan senarai percutian korang. Setiap tempat mempunyai keunikan tersendiri dan kelainan tersendiri.
Harga setiap taman tema juga berlainan. Ada taman tema yang turut menyediakan penginapan, ada yang sekadar untuk datang dan pergi.
Jom, lihat beberapa taman tema menarik di Malaysia yang pasti akan buat korang tertarik untuk datang.
Kandungan
Taman Tema Menarik Di Malaysia
1- Sunway Lagoon Water Theme Park Di Selangor
Tarikan Menarik :
Taman tema yang berkonsepkan ‘bermain air’. Pelbagai aktiviti dan permainan yang membabitkan permainan air.
Dengan gelombang dan siraman (splashing) air di pelbagai sudut dari kategori biasa sahaja sehinggalah kepada ekstrim.
Nikmati 90 rides dan tarikan taman tema yang popular seperti Vuvuzela, Monsoon 360, Jungle Fury, Pirates Revenge dan banyak lagi.
Terdapat Wildlife Park yang menempatkan lebih 150 spesis hidupan dengan pelbagai habitat.
Alamat:
3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa bermula jam 10 a.m sehingga 6 p.m
Beli Tiket : Sunway Lagoon Ticket in Malaysia
2- Sunway Lost World of Tambun Waterpark Di Perak
Tarikan Menarik
Lost World Amusement Park menjanjikan ‘rides’ yang terbaik untuk korang yang sukakan aktiviti lasak dan cabaran.
Rasai nikmat rendaman suam dan menyegarkan dengan panorama alam semulajadi di Lost World Hot Springs.
Alamat
1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat: 11 a.m sehingga 11p.m , ditutup setiap Selasa kecuali cuti sekolah dan hujung minggu.
Hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum: 10:00am sehingga 11:00pm
Beli Tiket : Sunway Lost World of Tambun Waterpark Ticket in Ipoh
3- Adventure Waterpark Desaru Coast
Tarikan Menarik
‘Wave Pool’ yang terbesar di dunia terletak disini.
Alamat
No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
Waktu Operasi : Khamis – Ahad :10 am hingga 6 pm (cuti sekolah, cuti umum dibuka setiap hari)
Beli Tiket : [Klook Exclusive] Adventure Waterpark Desaru Coast Ticket in Johor
4- Bangi Wonderland Theme Park & Resort | Selangor
Bangi Wonderland Theme Park adalah sebuah taman tema yang begitu padat dengan permainan air yang sangat mengujakan.
Permainan air seperti Body Slide, Spiralax, The Fall, Insane Racer, Anaconda Tail, Wonderloop, Boomeriang, Magic Funnel dan bermacam lagi.
Alamat: No. 2 Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat Kecuali Selasa (10.00am – 6.30pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am – 6.00pm) | Selasa Tutup
5- A’Famosa Di Melaka
Santai dan ceria dengan percikan air di kawasan permaian air yang ada.
Memiliki 11 ‘rides’ dan tarikan permainan yang menarik untuk di cuba. Contohnya, permainan kolam, water slides dan banyak lagi!
Jangan lepaskan untuk terapung, gelungsur dan berenang kesemuanya.
Lawati haiwan haiwan exotic yang jarang dilihat seperti flamingo atau zirafah di A’Famosa’s Safari Wonderland.
Pengunjung diberikan pengalaman memberikan makan dan membelai haiwan haiwan eksotik yang ada dengan pelbagai jenis hidupan.
Naiki ‘cruise’ melawat kawasan sekitar ditengah tengah tasik dan jangan lupa lawati Monkey Island untuk melihat pelbagai jenis monyet yang unik.
Alamat
Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari bermula operasi pada jam 9 a.m hingga 7 p.m
Beli Tiket : A’Famosa Ticket in Melaka
6- Melaka Wonderland Water Theme Park Di Melaka
Terletak di dalam kawasan Taman Botanikal Melaka.
11 tarikan water splashing yang menanti pengunjung yang cukup popular di Melaka.
Tarikan yang ada adalah antaranya Tornado Chaser, Kamikaze Racer, 1 Big Wave Pool, Adventure Island dan banyak lagi.
Sempurna untuk pelbagai tahap umur keluarga, kanak-kanak, dan remaja serta dewasa.
Lebih menarik adalah kombinasi 8 slides dalam satu taman permainan air yang luas.
Alamat : Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh
Waktu Operasi : Selasa – Jumaat : 10 am hingga 6 pm , tutup setiap Isnin kecuali cuti sekolah dan cuti umum.
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Umum : 10 am hingga 6 pm
Beli Tiket : Melaka Wonderland Water Theme Park Admission Ticket
7- Bayou Lagoon Water Park Di Melaka
Tarikan Menarik
Permainan air yang tidak kurang juga percikan airnya. Nampak sahaja minimalis namun tidak akan rugi jika inginkan tama tema air yang dikelilingi kesibukan bandar.
Towering slides antara permaian yang popular di sini selain wujudnya kiddie’s play area dengan teduhan untuk santai.
Terbaik untuk mereka yang inginkan pertemuan di taman tema air yang tidak ramai orang.
Apa yang pasti bermalam disini antara pilihan terbaik.
Alamat
Bayou Lagoon Water Park, 75450, Melaka
Waktu Operasi
Dibuka pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad bermula operasi dari 9 a.m sehingga 6 p.m
Harga Tiket – RM 16
Beli Tiket : Bayou Lagoon Water Park Ticket in Melaka
8- Wet World Water Park Shah Alam Di Selangor
Lokasi – Terletak di Taman Tasik Shah Alam berada di penjuru taman tasik. Boleh dikatakan berada di dalam bandar Shah Alam.
Taman tema air yang cukup ideal untuk majlis berkumpulan seperti karnival, parti, hari keluarga, lawatan sekolah atau acara keramaian untuk santai.
Dengan perbelanjaan yang murah dan berbaloi taman tema ini menjadi pilihan banyak keluarga dan kumpulan.
Alamat:
No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:
Cuti Sekolah – Dibuka setiap hari (Isnin – Ahad) dari jam 10 a.m hingga 6 p.m
Hari Biasa – Hujung minggu sahaja dari jam 10 a.m hingga 6 p.m
Cuti Umum – Dibuka dari jam 10 a.m hingga 6 p.m
Harga Tiket: RM 33
Beli Tiket : Wet World Water Park at Shah Alam Ticket
9- Berjaya Times Square Theme Park Di Kuala Lumpur
Lokasi- Terletak dalam mall Times Square Kuala Lumpur. Betul-betul indoor dengan disaksikan pengunjung mall.
Memegang rekod Malaysia’s largest indoor theme park dengan ukuran 133,000 kaki rugi jika tidak cuba ke sini.
Supersonic Odyssey ride dengan kelajuan 80km/j antara pengalaman menakjubkan di dalam mall.
Jangan lupa cuba juga Spinning Orb dengan putaran 10 pusingan dalam satu minit. Satu pengalaman indoor yang pasti meninggalkan kenangan.
Terdapat juga permainan interaktif untuk kanak-kanak seperti Oops Playhouse atau Cosmo Theatre.
Alamat: Berjaya Times Square, 5th and 7th Floor, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari bermula jam 12 p.m hingga 8 p.m
Harga Tiket: RM 44
Beli Tiket : Berjaya Times Square Theme Park Ticket in Kuala Lumpur
10- LEGOLAND® Malaysia Di Johor Bahru
Lokasi – Terletak di bandaraya Johor Bahru dan menjadi penanda hiburan yang berada di selatan semenanjung Malaysia.
Terlalu banyak tarikan yang ada dalam taman tema Legoland.
Pelbagai tema dan permainan yang ada dengan pelbagai jenis permainan dan aktiviti.
Berbaloi dengan harga tiket dan perbelanjaan yang besar untuk ke sini. Dengan lebih 40 persembahan yang dipertunjukan selain permainan.
Theme park di dalam Theme park!
Alamat : No 7, Persiaran Medini Utara 3, Bandar, 79250 Johor Bahru, Johor
11- Splash Out Langkawi Water Theme Park Di Kedah
Lokasi- Tidak jauh dari pekan Kuah Langkawi. Bersebelahan laut dengan panorama menarik.
Terdapat 12 tarikan permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan, contohnya, Wild Water, Sprinkle Island, Poseidon’s Revenge dan banyak lagi!
Diinspirasikan sebagai tempat singgahan dan rehat para pelayar yang menemui dunia baharu semestinya menjadi pengalaman baharu kepada pengunjung.
Santai dan mencari deruan adrenalin adalah tema taman tema menarik ini.
Alamat: 79, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu bermula jam 11 a.m sehingga 6 p.m
Harga Tiket: RM 45
Beli Tiket : Splash Out Langkawi Water Theme Park Ticket
12- KSL Theme Park – Dinosaur Alive | Johor
KSL Theme Park – Dinosaur Alive adalah taman tema yang terletak di tingkat 7 KSL Hotel & Resort Johor Bahru.
Ya, taman tema air ini bukanlah di dasar tanah seperti taman tema yang lain tapi terletak di bertingkat-tingkat atasnya.
Bukan sahaja lokasinya yang hebat tetapi seperti namanya, taman tema air ini dikelilingi oleh dinosaur animatronik yang kelihatan agak realistik.
Jangan terkejut pula kalau terlihat haiwan gergasi ini bergerak sedikit, macam dalam cerita Jurassic Park pula!
Tarikan lain yang ada di sini sepertimana di taman tema air yang lain adalah gelongsor air, timba air gergasi, pancuran air dan lain-lain lagi.
Di suatu sudut taman tema menarik ini juga terdapat sebuah trampoline gergasi, suruh anak anda melompat sepuas hati di sini ya, mana tahu kalau boleh tinggi?
Alamat: 7th floor KSL RESORT, 33 Jalan Seladang, Taman Abad, Johor Bahru 80250
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 7.00pm) | Sabtu & Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (9.00am – 7.00pm)
Bayaran: Dewasa RM85 | Kanak-kanak RM55
Dengan cuaca summertime sepanjang tahun di Malaysia ini, kunjungan ke taman tema air sentiasa menjadi tarikan.
Kesegaran yang dirasai apabila menenggelamkan badan di dalam air yang sejuk, ditambah lagi dengan thrill zero graviti yang dinikmati dari tarikan-tarikan yang terdapat di water park ini, pasti menjadi sebuah pengalaman percutian yang mustahil dapat dilupakan.