Melaka memang terkenal sebagai negeri yang bersejarah. Jika korang bercuti bersama keluarga terutamanya anak-anak, apa kata korang bawa mereka ke tempat-tempat bersejarah di Melaka.
Pasti percutian akan jadi lebih menarik dan terisi. Sambil anak-anak bercuti sambil belajar tentang sejarah negara tercinta. Menarik kan?
Jom kita tengok senarai tempat yang menarik di negeri Hang Tuah ini.
Kandungan
Senarai Tempat Bersejarah di Melaka
1. Perigi Hang Tuah
Perigi Hang Tuah di Kampung Duyong, Melaka ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pahlawan Melayu yang terkemuka iaitu Hang Tuah.
Jadi tak hairanlah kan kenapa nama perigi ini dinamakan sempena nama beliau. Hang Tuah yang katanya dilahirkan di Kampung Duyong ini telah menggali sendiri perigi tersebut untuk kegunaan hariannya. Dalam perigi ini kira-kira 6 meter dalamnya.
Selain perigi, terdapat rumah tradisional Melaka yang dihias dengan barang barang antik & permandangan yang cantik.
2. Muzium Senibina Malaysia
Bercirikan seni bina ilham dari Belanda, muzium ini mempamerkan pelbagai bahan seni bina, model bangunan dan konsep dari Belanda, China dan Portugal.
Korang boleh ke sini untuk melawat dan melihat sendiri tinggalan Belanda yang masih ada di Melaka. Masuknya juga adalah percuma.
Muzium ini telah dibuka pada tahun 2004 & telah melalui pelbagai fasa dalam hayatnya.
3. Muzium Sejarah dan Etnografi
Muzium sejarah & Etnografi ini terletak di dalam bangunan Stadthuys. Untuk masuk ke dalam ini ada harga tiket yang dikenakan. Harga tiketnya juga agak murah.
Menariknya tentang muzium ini ianya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :
- Bahagian sejarah : Memaparkan sejarah Melaka dari penubuhannya pada 1400 hingga 1957, tahun Malaya memperoleh kemerdekaan.
- Bahagian etnografi : Memaparkan gaya hidup & budaya pelbagai komuniti dan sub-komuniti di Melaka.
4. Windmill Dutch Square Melaka
Menarik tentang bangunan ini ialah strukturnya yang berbentuk senibina Belanda dan berwarna merah menawan hati.
Windmill Dutch ini menjadi tarikan pelancong yang gemar bergambar dan berOOTD disini.
Yang mana nak makan ikan bakar sedap di Melaka, boleh refer di sini ye.
5. The Orang Utan House
The Orang Utan House meruakan sebuah studio peribadi pelukis tempatan yang berbakat, Charles Cham.
Hasil lukisan beliau dipamerkan di rumah ini dan menjadi tarikan bagi penggemar dan pencinta seni.
6. Queen Victoria’s Fountain (Air Pancut Permaisuri Victoria)
Dikatakan air pancut yang mempunyai senibina british ini telah dibina pada tahun 1901 oleh penjajah British. Wujudnya pancur air ini membuktikan kehadiran penjajah British di tanah bersejarah ini. Ianya dinamakan sempena nama Ratu England, Queen Victoria, yang merupakan ratu era itu.
7. The Stadthuys
The Stadthuys bermaksud balai bandar dalam bahasa Belanda. Ianya merupakan bangunan dengan struktur bersejarah yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka, ibu kota pentadbiran negeri Melaka.
Bangunan yang dibina pada tahun 1650 ini pada asalnya merupakan ibu pejabat Gabenor & Timbalan Belanda. Dipercayai ianya merupakan bangunan kerajaan Belanda yang tertua di Asia Tenggara.
8. Muzium Islam Melaka
Muzium ini dibuka pada tahun 2006. Reka bentuknya menunjukkan campuran seni Islam tradisional dengan gabungan seni bina tempatan dan antarabangsa.
Terdapat 8 kawasan pameran utama yang tersusun mengikut kronologi & perspektif sejarah pengenalan Islam ke Melaka dan penyebarannya ke seluruh Malaysia.
9. Muzium Maritim
Muzium ini dibina pada tahun 1990 an dibuka pada tahun 1994. Fasa kedua muzium ini kemudiannya dilengkapkan pada Mei 1998.
Untuk pengetahuan korang, muzium ini menerima purata pengunjung yang agak ramai iaitu kira-kira 20,000 pengunjung dari dalam dan luar negara setiap bulan.
Di muzium ini, korang akan dipersembahkan dengan pameran berkaitan tentera maritim. Yang menarik lagi, terdapat juga pameran artifak & dokumen dari zaman keemasan Melaka.
10. Muzium Kesultanan Melayu Melaka.
Muzium Istana Kesultanan Melaka terletak di Bandar Melaka. Kompleks muzium ini telah dibuka pada tahun 1984 dan asalnya merupakan istana Kesultanan Melaka yang dibina semula.
Dibangunkan semula dengan keadaan dan reka letak muzium ini yang seakan-akan memberi gambaran kehidupan harian penghuni istana di Kesultanan Melayu Melaka.
11. Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia
Kalau dah namanya Muzium TLDM, tentulah muzium ini mempamerkan sejarah, organisasi & peralatan yang berkaitan dengan tentera laut dan lain lain. Banyak alatan ketenteraan sebenar yang dipamerkan di muzium ini.
Pada asalnya, muzium ini letaknya di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak & kemudian ianya dipindahkan ke Melaka kerana jumlah pelancong tempatan dan luar negara yang ramai berkunjung ke negeri itu.
12. Kota A Famosa
Kota A Famosa atau Pintu Gerbang Santiago ini merupakan tempat bersejarah di Melaka yang paling popular dan sering menjadi ikon pelancongan negeri Melaka.
Korang mesti biasa kan ternampak gambar Kota A Famosa ini di gambar-gambar mereka yang melancong ke Melaka. Ianya dibina kra-kira 500 tahun yang lalu. Di hadapan pintu gerbang ini juga terdapat juga sebuah replika meriam dan statu patung St. Francis Xavier di atas bukit yang menempatkan Gereja St Paul.
13. Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
Taman kebudayaan ini menempatkan rumah tradisional dari dalam Malaysia dan juga dari negara-negara Asean yang lain.
Setiap rumah dibina pada skala yang asal dan dihiasi dengan perabut bertemakan budaya negeri dan negara masing-masing. Menarik sekali kalau datang ke sini!