3 Tempat Menarik Di Terengganu – Jom Bercuti Ke Pantai Timur

Negeri pantai timur nan satu ini memang terkenal dengan destinasi pelancongan yang cukup lengkap pakejnya.

Pulau dan pantai yang indah dan cantik, keunikan senibina, makanan yang sedap, seni batik yang mengagumkan, dan bermacam lagi.

Terengganu juga kaya dengan warisan tradisional yang sememangnya di jaga dengan rapi dan menjadi tumpuan pelancong.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri segala kesan peninggalan sejarah di sini.

Untuk memudahkan anda menjelajah Terengganu yang penuh dengan daya tarikan ini, saya senaraikan tempat-tempat menarik bersama dengan lokasi.

Cipta lebih banyak kenangan di tempat menarik di Terengganu bersama keluarga tersayang untuk tatapan nanti.

3. Masjid Kristal

Di bina dari besi keluli dan kaca, masjid yang penuh dengan senibina unik ini ternyata sangat berbeza dari kebiasaan masjid yang ada.

Terletak secara strategik di atas perairan dan mengadap ke muara sungai, ia menerbitkan rasa kagum kepada setiap pengunjungnya.

Masjid kebanggaan Terengganu ini terletak di Pulau Wan Man dan menelan belanja sekitar RM23 juta.

Apabila ke sini, jangan lepaskan peluang untuk tangkap gambar pada waktu matahari terbenam kerana pantulan cahaya membuatkan sekeliling masjid ini bertambah cantik.

Masukkan masjid ini sebagai tempat menarik di Terengganu yang wajib anda dan family lawati nanti.

Sumber gambar : beautifulterengganu.com

2. Warung Pak Nong

Penggemar lauk goreng tepung memang wajib berkunjung ke warung ini bila dah sampai di Terengganu.

Warung yang dah berusia 20 tahun ini terkenal dengan menu sotong goreng tepung, udang goreng tepung dan banyak lagi!

Kerangupan dan kesegaran lauk yang disajikan membuatkan warung ini sentiasa penuh dengan pelanggan dan ada yang sudah menunggu walau warung belum dibuka. Menarik kan!

Pelanggan datang dari merata tempat dan mengujakan ada yang datang dari jauh semata-mata untuk menikmati sajian lauk goreng tepung yang diperkatakan ramai dari warung Pak Nong ini.

Sumber gambar : escapytravel.com

1. Pantai Pandak / Pantai Chendering

Pantai Pandak atau nama lainnya Pantai Chendering ini terletak di jalan utama Marang- Terengganu. Ini merupakan tempat menarik di Terengganu yang wajib anda lawati.

Di sini juga merupakan lokasi kejadian kerang terdampar yang berlaku setiap tahun pada musim tengkujuh di Terengganu.

Mengujakan dan sangat seronok! Ada yang dapat kutip sampai dapat berkilo-kilo kerang.

Suasana pantai dengan permukaan berbatu-batu membuatkan ia bertambah cantik, especially untuk yang suka bergambar. Gambar kelihatan lebih menarik ala-ala macam luar negara pula,

Berikan lebih perhatian pada anak-anak jika ke sini, kerana pusaran air agak kuat dan tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda.

Sumber gambar : terengganu-info.com

Semoga percutian anda di Kuala Terengganu memberikan satu kepuasan. Tak cukup masa untuk lawat kesemua tempat menarik di Terengganu, boleh buat trip sekali lagi.

Comments (0)
Add Comment