10 Tempat Menarik Di Langkawi – Wajib Singgah.

10 Tempat Menarik Di Langkawi – Wajib Singgah.

Langkawi, permata Kedah merupakan satu destinasi percutian wajib bagi seluruh rakyat Malaysia dan juga pelancong dari luar negara.

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik yang anda boleh lakukan di sepanjang berada di Langkawi termasuklah shopping, aktiviti lasak, melawat tempat bersejarah dan banyak lagi.

Sekiranya anda bercadang untuk ke Langkawi, boleh semak senarai tempat menarik di Langkawi yang telah saya sediakan ini.

Selamat bercuti.

Kandungan

10. Kereta Kabel Langkawi

Permandangan indah sepanjang di dalam kereta kabel ini boleh membuatkan anda lupa tentang gerun pada ketinggian.

Laluan kereta kabel ini adalah 2.2km. Tali kabel bersambung dari Oriental Village di Teluk Burau hinggalah ke puncak Gunung Mat Cincang.

Mendaki ketinggian hutan yang berusia hampir 550 juta tahun menggunakan kereta kabel yang terpanjang di dunia ini memberikan pengalaman yang sangat unik dan mendebarkan.

Masa yang diambil untuk ke puncak adalah sekitar 15 minit.

Sepanjang pendakian, anda satu keluarga akan berpeluang menikmati permandangan flora dari pandangan atas antara stesen tengah dan teratas.

Juga kelihatan air terjun yang di namakan Air Terjun Telaga Tujuh, lautan membiru dan juga kepulauan Thailand.

Permandangan yang indah dan mengujakan ini bukan saja boleh dinikmati dari tingkap kereta kebal, tapi juga dari lantai kaca. Kalau anda gayat, jangan tengok bawah.

Sumber gambar : panoramalangkawi.com

9. Sky Bridge

Sky Bridge yang merupakan jambatang tergantung sepanjang 125 meter yang di bina di atas Gunung Mat Cincang.

Sky bridge ini terletak di stesen terakhir kereta kabel. So untuk sampai ke sini, hanya ada satu jalan sahaja iaitu melalui kereta kabel.

Jambatan yang boleh menampung 200 orang dalam satu masa ini mempunyai ketinggian 100 meter dari tanah dan 2300 kaki dari paras aras laut.

Dari sini, anda boleh tengok keindahan sekitar Langkawi bagaikan saujana mata memandang. Di kelilingi kehijauan dan laut yang membiru.

Masukkan tempat ini dalam senarai tempat menarik di Langkawi yang wajib anda lawati ye.

Sumber gambar : panoramalangkawi.com

8. Langkawi Wildlife Park

Langkawi Wildlife Park adalah destinasi wajib masuk dalam list jika bawa anak-anak bersama.

Ia lebih kepada hadiah kepada anak-anak sebab ‘behave’ semasa mak ayah shopping.

Di sini, anda dan family berpeluang untuk berinteraksi dan bermain dengan haiwan yang ada. Boleh beri makan, sentuh dan pegang untk tujuan bergambar.

Arnab, beruang, rusa, ikan adalah antara haiwan yang boleh di beri makan setiap masa.

Ada juga haiwan yang hanya dibenarkan beri makan pada waktu tertentu sahaja seperti buaya, Love Birds dan Amazon Arapaima.

Jangan risau tentang panas atau hujan sepanjang berada di sini, kerana zoo ini lengkap dengan laluan berbumbung.

Sumber gambar : langkawiwildlifepark.com

7. Laman Padi

Laman Padi ini terletak di Pantai Cenang, telah dirasmikan pada 1999 sebagai laman rasmi untuk orang ramai mempelajari tentang proses penghasilan padi.

Ini sangat penting supaya kita semua tau tentang warisan nenek moyang kita ini.

Sepanjang di Laman Padi, anda akan berpeluang untuk mengetahui informasi menarik berkaitan penghasilan makanan asasi kita ini.

Di sini juga, anda semua berpeluang untuk melalui proses penanaman padi dengan bantuan petugas yang ada.

Di ingatkan supaya membawa pakaian lebih, kerana anda akan melalui satu pengalaman nyata nenek moyang kita mengusahakan padi dan bermain dengan selut dan lumpur serta berkwan dengan kerbau atau lembu.

Anda juga boleh melawat muzium yang ada untuk melihat segala tinggalan berkaitan dengan aktiviti penanaman padi ini. Pasti teruja melihat perubahan setiap alat mengikut musim dan perubahan tahun.

6. Underwater World

Underwater World mula beroperasi sejak 1995, merupakan salah satu aquaria yang terbesar di rantau Asia.

Ia mewakili banyak zon yang berbeza bersesuaian dengan pelbagai jenis habitat air yang wujud.

Antara zon yang ada ialah River Ecosystem, Temperate (South American Fur Seal dan African Penguin), Sub-Antarctic (Rockhopper Penguin), Hexagonal Tank (menempatkan ikan jerung), zon Venemous & Poisonous dan banyak lagi.

Underwater World merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang wajib lawati dan ia pasti jadi kenangan yang indah untuk anak-anak yang gemar melihat hidupan laut.

Sumber gambar : naturallylangkawi.my

5. Buffalo Park

Buffalo Park ini di buka pada tahun 2006. Permandangannya yang menghujau dan dikelilingi sawah padi dan pergunungan, menjadi tumpuan pengunjung.

Terdapat hampir 100 ekor kerbau yang menjadi sumber tenusu dan baja organik di sini.

Untuk penggemar keju mozarella, di sini anda berpeluang untuk melihat bagaimana keju ini dihasilkan.

Anda juga boleh memborong sebanyak mungkin keju segar dari kilang di sini. Susu dan yogurt segar pun ada di sini.

Jangan lepaskan peluang untuk aktiviti beri makan kerbau dan perah susu kerbau di sini.

Sumber gambar : dinohauz.com

4. Ayer Hangat Village Langkawi

Dah penat shopping dan berjalan di langkawi, bolehlah melepaskanberehat dan buat terapi diri di Air Hangat Hot Spring.

Ia merupakan telaga air panas tiga tingkat.

Telaga air panas ini berlainan dari kebiasaan yang ada di tempat lain. Kerana air panas kat sini air panas bergaram.

Ini adalah satu keadaan yang sangat jarnag berlaku. Dan dikhabarkan fenomena ini hanya ada di 3 buah negara sahaja.

Air panas bergaram, punya khasiat yang banyak untuk kesihatan. Dikatakan ia boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit dan sendi.

Sumber gambar : Facebook Ayer Hangat Village Langkawi

3. Kompleks Haji Ismail Group (HIG)

Haji Ismail Group atau lebih dikenali dengan Kompleks HIG merupakan destinasi wajib apabila ke Langkawi.

Apabila dah sampai ke kompleks ini, bersedialah untuk menghabiskan duit. Ini adalah antara tempat shopping di Langkawi yang jadi buruan para pengunjung.

Di sini ada bermacam-macam barangan yang dijual dengan harga yang akan membuatkan anda rasa rugi kalau tidak beli.

Rasa nak borong semuanya sebab harga terlalu murah.

Boleh dikatakan semua baranag yang digilai wanita ada di sini. Dari pinggan mangkuk, cadar, segala macam periuk, minyak dan macam-macam lagi.

Sumber gambar : Facebook Haji Ismail Group

2. Pantai Chenang

Pantai Cenang terletak 18.4 kilometer dari pekan Kuah. Ia merupakan lokasi paling ramai dikunjungi kerana segala kemudahan seperti restoran, hotel serta chalet bajet, pusat hiburan dan kedai cenderamata mudah ditemui di sepanjang lokasi ini.

Pantainya pula berpasir halus umpama kristal berkerlipan ketika disinari cahaya matahari dan dikelilingi oleh pokok kelapa.

Pantai Cenang juga terkenal dengan keindahan matahari terbenam dan di sebelah malamnya pula dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, selagi cahaya neon menyala selagi itulah pantai tersebut hidup dengan pelbagai gelagat pengunjung.

Ia memang jadi tempat menarik di Langkawi pada waktu malam.

Ia merupakan antara pantai yang terpanjang di Langkawi dan menerima kunjungan yang sangat ramai sepanjang Oktober hingga Mei.

Jika nak lebih privacy, rancang percutian anda dan datang ke sini di luar masa puncak.

Sumber gambar : langkawi-info.com

1. Idaman Suri

Selain dari Kompleks HIG, Idaman Suri juga merupakan tumpuan tempat membeli belas setiap pengunjung yang datang ke Langkawi.

Sejajar dengan namanya yang memang menjadi idaman setiap suri rumah, terdapat pelbagai jens pinggan mangkuk dan hiasan rumah ada di sini.

Kalau dah masuk ke sini, pasti rambang mata dibuatnya. Selagi tak penuh troli memang susah nak stop shopping dan keluar.

Sumber gambar : foursquare.com

Langkawilangkawi pantai cenangMahsuripantai cenangPulau Langkawi
Comments (0)
Add Comment