6 Tempat Menarik Di Dabong Yang Ramai Tak Tahu

Tempat menarik di Dabong kali ini bakal memberikan pembaca satu perspektif baru tentang percutian ke salah satu daerah yang makin viral di kalangan rakyat Malaysia.

Dabong merupakan sebuah daerah dan pekan kecil yang terletak dalam jajahan Kuala Krai, Kelantan. Kedudukannya agak jauh dari lokasi ibu negeri Kelantan, Kota Bharu iaitu kira-kira 155 kilometer jauhnya. Alam semulajadi di kawasan ini juga cantik. Kawasannya dikelilingi bukit bukau dan gunung serta sungai.

Kini, Dabong semakin terkenal di kalangan pengunjung negeri Cik Siti Wan Kembang sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Kelantan.

Terdapat juga landasan keretapi melintasi kawasan Dabong dan berhenti di Stesen Keretapi Dabong.

Kandungan

6 Tempat Menarik Di Dabong

Korang mungkin tertanya-tanya apa agaknya yang menarik di bumi Dabong ini agaknya ya?

Memandangkan kedudukan Dabong terletak agak terpencil dari bandar-bandar besar, exposure tentang tempat-tempat best di sini tidaklah begitu meluas. Bentuk muka buminya pula yang penuh dengan hutan dan berbukit bukau ini seakan-akan menyembunyikan tarikan-tarikan yang ada di Dabong.

Namun yang sebenarnya di Dabong ini, terdapat banyak aktiviti-aktiviti best yang korang boleh buat sewaktu di sini.

Jom kita tengok apa agaknya aktiviti menarik yang mungkin sesuai dengan kegemaran korang.

1- Menginap di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park

Sumber : HikersBay

Kawasan rekreasi ini merupakan tarikan terbaharu di negeri Kelantan Darul Naim. Terletak di daerah Dabong, Kuala Krai dan ditubuhkan pada tahun 2018. Banyak aktiviti menarik yang ditawarkan oleh pihak resort.

Antaranya aktiviti sukan lasak dan mencabar seperti flying fox, paragliding, waterfall hiking dan lain-lain lagi. Kemudahan untuk aktiviti sukan lasak yang ada di sini menjadikan resort ini pilihan terbaik bagi kem kepimpinan dan jati diri serta team building.

Selain itu, ada juga yang datang ke sini untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga dan sahabat handai. Pemandangan yang cantik dan air terjunnya yang jernih menjadikan aktiviti beriadah di sini cukup damai dan menyeronokkan.

Harga untuk menginap di sini juga sangat berpatutan. Tak terbayar sebenarnya dengan pengalaman dekat dengan alam semulajadi yang ada di kawasan ini.

2- Makan Mee Udang Galah Che Da

Selain menginap apa lagi yang korang boleh buat di Dabong ini? Apa lagi kalau bukan makan lah kan! Jika dah datang ke Dabong, wajib untuk korang cuba makan mee udang galah Che Da.

Sumber : cari.com.my

Specialnya kedai ini sebab ianya menawarkan menu mee semata-mata. Menu juga tidak tetap setiap hari. Ada hari menunya ialah pelbagai variasi udang. ada hari menunya bertukar kepada menu ketam.

Lokasi Mee Udang Galah Che Da ini terletak berdekatan dengan Gua Ikan. So, lepas kenyang menjamu selera dengan mee, korang boleh lepak-lepak dekat dengan gua. Pasti pengalaman yang menarik untuk dicuba.

3- Taman Hutan Negeri Stong

Sumber : wikipedia.org

Antara daya tarikan yang terdapat di Taman Hutan Negeri Stong ini ialah air terjun Jelawang yang cantik. Ianya terletak berdekatan dengan Kampung Jelawang, dabong dalam daerah Kuala Krai.

Untuk pengetahuan korang, air terjun Jelawang ini merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 305 meter tingginya.

Selain air terjun, terdapat juga Kem Baha dan jeram yang menarik terletak bersebelahan punca air terjun.

Aktiviti-aktiviti di Taman Negeri ini diuruskan oleh Stong Hill Resort. Untuk segala urusan berkaitan dengan Taman Negeri, korang boleh rujuk kepada pejabat Stong Hill Resort yang terletak dekat je dengan pintu masuk taman rekreasi ini.

Di Taman Negeri ini, korang boleh bermandi manda, berkelah dan juga berehat di chalet-chalet yang ada. Nak lebih mencabar, korang boleh cuba mendaki. Terdapat tiga puncak utama yang boleh dilawati iaitu puncak Gunung Stong, Baha dan Ayam.

Kalau dah sampai Kelantan tu, kena rasai dan nikmati makanan sedap- sedap ini. Pasti teringat-ingat..

Sumber : https://nadzirahata.blogspot.com/

Fenomena yang sangat menarik di atas puncak gunung Stong – Awan karpet

Sekali pandang… rasa macam nak jalan je kat atas awan-awan yang emmutih bagaikan karpet gebu tu kan…

4- Gua Ikan : Tempat Menarik Dabong

Sumber : rileklah.com

Gua Ikan merupakan antara gua yang paling unik terdapat di negeri Kelantan. Ianya mendapat nama Gua Ikan dek kerana struktur batu kapur gua ini yang membentuk seperti ikan. Gua ini terhasil daripada kerangan laut zaman purba.

Tarikan rekreasi alam semulajadi yang terkenal di Kelantan ini amat menarik kerana selain Gua Ikan, terdapat beberapa lagi jenis gua lain yang direntangi oleh anak sungai yang jernih. Kompleks gua yang masih belum diterokai sepenuhnya ini cukup memukau para pengunjungnya.

Jika ke sini, korang boleh menikmati keindahan flora dan fauna sambil meneroka keindahan struktur gua dan dindingnya yang unik. Sangat menarik jika dapat bergambar di sini.

5- Kedai Umie Pokok Ceri

Satu-satunya restoran ala Thai yang terkenal di kalangan pengunjung Dabong. Banyak menu-menu sedap yang dijamu di gerai ini. Antara menu yang wajib dicuba bila ke sini ialah kerabu maggi dan nasi air siamnya.

Kedai makan ini berdekatan dengan simpang ke Gunung Stong. Selain kerabu maggi, mee udang special juga sangat sedap. Udang yang banyak dan segar serta hidangan mee udang yang menarik menjadikan menu ini sering menjadi pilihan para pelawat. Harga yang dikenakan juga amat berpatutan sekali.

6- Tempat Menarik Dabong : Stesen Keretapi Dabong

Sumber : Twitter

Stesen Dabong semakin terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Ini berikutan makin ramai yang gemar memilih untuk menaiki keretapi untuk sampai ke Dabong.

Stesen Dabong ini semakin mendapat perhatian mereka yang memilih untuk melancong dalam negeri dengan melawat lokasi eko pelancongan di sekitar Dabong.

Menariknya Stesen Dabong ini ianya diselubungi kabus yang sangat tebal pada awal pagi. Cuaca juga sangat sejuk. Memang pasti akan berikan pengalaman yang menarik untuk mereka yang berkunjung ke sini.

Memang banyak sangat aktiviti best boleh dibuat walaupun Dabong agak jauh daripada bandar-bandar besar. Kos untuk melancong ke sini boleh dikatakan amat murah dan berbaloi dengan pengalaman yang bakal diperolehi.

Cubalah datang bercuti ke Dabong. Pasti akan jadi pengalaman yang manis dan bermakna sekali.

Comments (0)
Add Comment