7 Aktiviti Menarik di Pulau Mabul

Pulau Mabul Sabah sangat terkenal dengan penginapan atas air.  Banyak aktiviti menarik di Pulau Mabul yang boleh kita explore.

Pulau ini juga  dikelilingi oleh terumbu cerun lembut dan air yang jernih.

Ia merupakan sebuah pulau kecil yang berbentuk bujur dan terletak di barat daya sebuah terumbu 200 hektar yang besar di perairan Laut Celebes di luar semenanjung Sabah.

Terkenal dengan pelbagai jenis mackro hidupan, menjadikannya lokasi impian bagi jurugambar bawah air untuk menangkap gambar spesies ekologi atau haiwan laut yang paling jarang ditemui.

Pulau mabul mendapat pengiktirafan sebagai salah satu tapak selaman muck yang terbaik di dunia .

Pemandangan di sini juga cantik dan indah.

Jom kita lihat apa aktiviti yang kita oleh buat di Pantai Mabul.

Kandungan

Aktiviti menarik di Pulau Mabul

1. Scuba Diving

Scuba diving adalah salah satu aktiviti dan tarikan paling utama di sini kerana korang dapat melihat hidupan semulajadi antaranya kuda laut, belut ular, ikan baji-baji, ikan hantu, ikan gobi, tapak sulaiman dan sebagainya.

Tambahan lagi korang dapat melihat keindahan pemandangan di bawah laut yang luar biasa.

Di sini juga korang boleh pilih untuk korang nak menyelam dimana-mana daripada 8 lokasi selaman yang berbezaa.

Untuk pengetahuan korang antara lokasi selaman itu setiap satunya mempunyai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Aktiviti menyelam skuba ini korang dapat melakukannya sepanjang tahun jadi korang tak perlu risau.

Menyelam di Pulau Mabul juga mudah kerana arusnya lembut dan dasarnya yang berpasir juga tidak keruh. Ini menjadikan selaman di Pulau Mabul ini lebih mudah daripada tapak selaman yang lain.

Nak tengok lebih banyak pantai yang cantik dan menarik? Boleh tengok kat sini

2. Kayak Lautan

Terdapat sewaan kayak yang tersedia sepanjang tahun di Perkampungan Air Sipadan, Sipadan Mabul Resort dan Sipadan-Kapalai Dive Resort yang terletak di Pulau Kapalai dengan harga RM 30 sejam.

Mereka juga menyediakan peralatan untuk disewa dan termasuk kayak biasa, kayak lutsinar Molokini dan juga pendayung.

Untuk pengetahuan korang, molokini adalah kayak lutsinar yang diperbuat daripada bahan sama seperti kaca kalis peluru dan kanopi jet pejuang.

Sekiranya korang belum pernah berkayak di laut sebelum ini, korang patut cuba untuk melakukannya sambil itu korang akan dapat menambah pengalaman baharu .

3. Snorkeling – Aktiviti menarik di Pulau Mabul

Snorkeling adalah aktiviti yang sangat terkenal jika pergi ke pulau.

Korang kalau pergi ke pulau tapi tidak melakukan aktiviti snorkeling memanglah tersangat rugi.

Ini adalah peluang korang untuk berkenalan dengan jenis hidupan marin istimewa yang korang tidak akan dapat lihat di tempat lain.

4. Melawat Perkampungan Bajau Laut

Sumber: mabul.com

Bajau Laut ialah etnik Bumiputera kedua terbesar di Sabah selepas Kadazan Dusun di perairan Sabah.

Mereka juga dikenali sebagai Gipsi Laut atau Nomad Laut yang menetap di tepi pantai, malah ada yang membina perahu untuk dijadikan tempat penginapan.

Gipsi laut ini sememangnya pakar lautan, kerana hidup di perairan Segi Tiga Terumbu di antara Malaysia, Filipina dan Indonesia selama turun temurun. 

Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan. K

orang tau tak orang Bajau Laut ni dikenali sebagai penyelam luar biasa kerana mereka boleh tahan nafas dalam air selama 5 minit.

Mereka juga banyak bergantung kepada laut sebagai sumber pendapatan utama.

Orang Bajau Laut memang bersifat mesra dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

5. Regatta Lepa

Sumber: mabul.com

Regatta Lepa merupakan pesta air yang memaparkan adat resam dan tradisi “ Gipsi Laut “.

Yang paling menarik ialah pesta terapung bot-bot lepa yang berwarna warni, perlumbaan bot lepa, tarik tali, bunga api dan pertandingan ratu cantik.

Kalau korang nak lihat pesta ini korang kena datang diantara pertengahan hingga akhir bulan April kerana ia hanya berlangsung selama 2-3 hari.

6. Melihat matahari terbit dan terbenam – Aktiviti menarik di Pulau Mabul

Sumber: flickr.com

Bila korang datang sini, janganlah lepas peluang melihat matahari terbit atau terbenam kerana ia adalah pemandangan yang sangat indah. Kena rancang awal supaya tak terlepas masa.

Matarhari akan terbit selalunya pada sekitar 5.45 pagi, jadi kalau korang nak melihat pemandangan seperti ini korang perlu bangun awal. T

Ini adalah satu pengalaman yang sangat seronok dan berbaloi .

7. Fotografi

Sumber: Facebook.com

Pulau Mabul merupakan lokasi fotografi makro yang terhebat di dunia.

Kalau korang nak tau lokasi fotografi ini terletak di perairan jernih Laut Sulawesi yang dikelilingi terumbu karang.

Ia terkenal dengan kecantikkan pemandangan pulau yang sangat indah.

Jadi tak pelik kalau korang lihat banyak kumpulan fotografi yang datang.

Korang tau tak, dekat sini juga ada kanak-kanak Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah.

Kalau korang nak bergambar dengan mereka korang disyorkan untuk membawa gula-gula atau snek untuk diberi. Mereka pasti suka.

Comments (0)
Add Comment