Pernahkah korang impikan percutian penuh asyik dengan deruan ombak di pesisiran pantai? Bunyi ombak yang menghempas pantai diiringi damai tiupan angin dari laut pasti mendamaikan, bukan?Apatah lagi kalau dapat menginap di salah sebuah hotel dekat pantai di Langkawi. Pasti sangat seronok!
Di Pulau Langkawi, terdapat pelbagai jenis penginapan menarik dengan pemandangan tepi laut dan pantai yang sangat mengasyikkan.
Berikut adalah 7 di antaranya:
Kandungan
1- The Danna Langkawi
Terletak di Pantai Kok, hotel mewah ini menawarkan akses mudah ke pantai yang indah serta pemandangan laut yang menakjubkan. Hotel ini dilengkapi pelbagai fasiliti seperti kolam renang, spa, restoran, dan banyak lagi.
Apa yang menariknya tentang hotel The Danna Langkawi ini ialah ianya terletal berdekatan dengan pelbagai tarikan terbaik di Langkawi. So, jika korang menginap di sini korang tak perlu risau tentang aktiviti yang korang boleh lakukan di pulau bebas cukai ini.
2- Meritus Pelangi Beach Resort & Spa
Terletak di Pantai Cenang, resort mewah ini didekorasi dengan hiasan dan senibina ala Inggeris. Ianya dilengkapi dengan kemudahan terbaik untuk pelancong yang datang bercuti di pulau ini.
Antara kemudahan yang ada di resort mewah ini ialah kemudahan WI-Fi percuma di setiap bilik, mini bar, pembancuh teh dan kopi serta banyak lagi.
Korang boleh memilih bilik yang menghadap pemandangan pantai, kolam renang atau pun bukit bukau.
3- The Andaman
Hotel mewah ini sering mendapat pujian dari para pengunjungnya. Letaknya sedikit ke dalam hutan hujan khatulistiwa, dalam kawasan Gunung Mat Cincang. Kedudukannya yang amat privasi ini menjanjikan ketenangan dan kedamaian buat para tetamu The Andaman, Langkawi.
Tengok juga tempat makan sedap di Langkawi kat sini
4- Berjaya Langkawi Resort
Resort mewah di tepi pantai yang terletak di tengah hutan hujan tropika ini berjarak 10 minit perjalanan berjalan kaki dari Cable Car Langkawi dan 4 km dari Taman Pelabuhan Petronas.
Dibina dengan senibina dan hiasan dalaman ala Melayu tradisional, ianya cukup menawan hati sekali.
Resort ini menawarkan bilik penginapan dengan balkono beserta pemandangan laut dan pantai. Lebih menarik, katanya pihak resort juga ada menyediakan pakej jungle trekking. Wah, best tu!
5- Casa del Mar
Hotel bertaraf 4 bintang ini menyediakan servis internet secara percuma di setiap bilik penghuninya. Lokasinya yang strategik terletak di Panat Cenang, Langkawi. So, kedudukan hotel ini boleh dikatakan amat mudah untuk diakses dengan pelbagai tarikan di Langkawi seperti Underwater World dan sebagainya.
6- The Westin Langkawi Resort & Spa
Resort ini terletak di Pantai Dato Syed Omar. Antara yang menarik perhatian tentang resort ini ialah ianya menyediakan 4 buah kolam renang luaran yang pastinya dapat memberikan kepuasan kepada pengunjung. So korang tak perlu risau tentang kapasiti kolam untuk bermandi manda.
Bilik-bilik yang elegan dilengkapi dengan bahagian dalaman yang moden dan tona-tona yang menenangkan. Setiap bilik boleh dikatakan sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti TV plasma, bar mini dan perkhidmatan bilik.
7- Four Seasons Resort Langkawi
Hotel dekat pantai seterusnya ialah Four Seasond Resort Langkawi yang terletak di Tanjung Rhu. Resort mewah ini menawarkan pemandangan pantai dan pulau-pulau kecil yang indah sekali!
Ha, apa kata percutian seterusnya nanti korang cuba bercuti di mana-mana hotel atau resort yang kami senaraikan kali ini. Pasti korang happy!