Korang tau tak di Negeri Sembilan ada sebuah bandar yang terkenal dengan tempat-tempat makan dan seni kulinari yang istimewa.
Bandar itu dikenali dengan nama bandar nilai
Jom saya tunjukkan kedai makan apa yang menarik di Nilai.
Kandungan
Kedai Makan Sedap Di Nilai.
1. Cendol Sagu Rumbia
Cendol merupakan salah satu makanan yang famous di Malaysia. Dimana-mana negeri pun korang tetap akan jumpa orang yang menjual cendol ni.
Cendol ini enak dimakan tak kira dalam cuaca apa sekali pun. Tapi lebih enak kalau korang makan cendol sambal menikmati suasana perkampungan yang aman damai .
Tambahan lagi suasana di sini ala ala perkampungan gitu dengan warungnya yang kecil comel .
Di bandar Nilai ini terletak sebuah kedai Cendol iaitu Cendol Sagu Rumbia yang menjual beraneka makanan seperti kuih muih, sup, laksa, cendol dan banyak lagi.
Menu utama di sini mestilah cendol dan yang paling istimewanya ialah cendol sagu rumbia. Korang patut cuba rasa tau cendol sagu rumbia ni haa baru korang tahu rasa dia macam mana.
Waktu Operasi: Buka pada pukul 10am-7pm (Sabtu & Ahad sahaja buka )
Alamat: Kampung Pulau, 71900 Labu, Negeri Sembilan
2. Restoran Chunburi Seafood
Untuk korang yang suka makan seafood ni, saya syorkan korang datang ke Restoran Chunburi Seafood ini .
Hidangan makanan di sini berinspirasikan dari masakan Thai. Semestinya makanannya sedap antaranya tomyam, siakap masak stim dan yang paling korang kena try ialah ketam masak sambal atau salted egg.
Korang mesti akan berpuas hati selepas korang try makanan di restoran ini.
Waktu Operasi: Buka setiap hari pada pukul 3pm-12am .
Alamat: 10065, Jalan BBN 1/3l, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
3. Dubai Tower Restaurant
Dubai Tower Restaurant ini merupakan salah satu kedai yang menyediakan makanan Arab. Kalau korang teringin nak makan nasi arab boleh lah datang ke sini. Ianya terletak di Desa Palm.
Makanan disini disediakan dengan portion yang cukup besar dan ianya sesuai dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Antara hidangan nasi Arab ialah seperti nasi Mandi, nasi Kabsah dan banyak lagi. Untuk hidangan grilled pula korang boleh cuba kebab, shish tawook dan sebagainya.
Selain itu ada juga masakan timur tengah lain seperti salona, aqdha dan shakshouka. Jadi korang kena datang cuba makanan di sini !
Waktu Operasi : Buka setiap hari pada 12pm-12am
Alamat: A1 G03 Block A , DesaPalma, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
4. Roti Paung Che Wan
Roti paung, agak pelik kan nama roti ini, mesti korang tak pernah dengar kan nama roti seperti ini.
Roti paung ini ialah sejenis roti yang dibakar secara berdekatan jadi hasilnya akan kelihatan seperti melekat antara satu sama lain.
Kedai ini selalu dipenuhi orang ramai yang beratur panjang untuk membeli roti paung ini
Mesti korang tertanya-tanyakan apa rasa roti ini. Roti ini dilengkapi dengan inti seperti coklat dan kacang merah.
Lagi sedap bila dimakan bersama teh atau kopi panas, ianya juga sangat sedap dan digemari oleh orang ramai.
Waktu Operasi: 1.30pm-6pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)
Alamat: Unnamed Road, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
5. Gastro Hub Nilai
Gastro Hub Nilai adalah sebuah kedai yang cantik dan memounyai hiasan dan rekaan menarik untuk korang bergambar. Bagi korang yang suka bergambar tu boleh datang singgah ke sini
Mereka menyediakan masakan asia, western dan fusion. Antaranya ialah hidangan Kam Heong Chicken, Salted Egg Chicken, chicken chop, aneka jenis burger, bermacam jenis pasta dan macam-macam lagi.
Yang penting makanan sedap dan tempat bergambar pun cantik ! Korang kalau datang ke nilai, jangan lupa singgah sini tau .
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin ( 3pm-10.30pm )
Alamat: Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
6. Mama Gourmet
Mama Gourmet ini terkenal dengan keenakkan dessert mereka. Untuk korang yang suka dessert korang patut cuba datang ke sini.
Ia terletak di dalam mall jadi korang tak perlu risau tentang kemudahan atau tempat parking, semestinya semuanya disediakan.
Belgian Chocolate waffles, Chocolate Fettuccine Crepe, Chocolate Lava Cake adalah merupakan dessert yang selalu pelanggan order dan khas untuk penggemar coklat juga.
Hidangan western juga disediakan disini seperti burger, pizza, pasta dan banyak lagi .
Waktu Operasi: Buka setiap hari ( 11am-11pm )
Alamat: 9 Avenue, Lot A-31, Giant, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
7. Gulai Omak Den
Korang kalau datang Negeri Sembilan tapi tak ke sini memang sangatlah rugi ! Gulai kuah lemak cili api mereka sangat best, memang jarang lah kalau orang tak ramai di sini .
Kedai ini korang nampak je simple tetapi ia sangatlah rapi dan kemas.
Antara makanan yang laris disini ialah gulai, antaranya gulai daging salai, ayam kampung dan ikan keli salai.
Lagi enak dimakan bersama nasi panas dan lauk sampingan seperti sotong sambal, sambal terung, pucuk paku goreng dan banyak lagi
Jangan lupa singgah sini tau korang !
Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat ( 11am-5pm )
Alamat: Kampung Felda Lbj, 71350 Labu, Negeri Sembilan