7 Tempat Menarik di Gopeng – Daerah Yang Kaya Dengan Tinggalan Sejarah

Gopeng merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kampar, Perak Darul Ridzuan. Pekan yang terletak di Mukim Teja ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik.

Pekan Gopeng yang terletak di sebelah barat Lebuhraya PLUS- Simpang Pulai. Pekan ini sangat menarik kerana ianya mempunya banyak tarikan alam semulajadi seperti hutan, sungai, air terjun, gunung, gua (Gua Tempurung), kolam dan kampung.

Ini menjadikan Gopeng sebagai destinasi pengembaraan yang hebat! Tiada masa untuk bosan!

Kandungan

Tempat Menarik di Gopeng

Banyak tempat menarik di Gopeng yang boleh korang kunjungi jika datang ke daerah Kampar ini. Selain kaya dengan tinggalan sejarah, tempat ini juga menempatkan banyak taman rekreasi yang boleh diterokai.

Tak rugi pun jika korang luangkan masa untuk datang bercuti dan melihat keindahan bumi Gopeng yang masih lagi kaya dengan alam semulajadinya.

1. Gua Tempurung Satu Pilihan Tempat Menarik Di Gopeng

Sumber : The Malaya Post

Gua Tempurung antara gua yang sangat terkenal di Perak. Gua batu kapur yang sangat menakjubkan ini berusia kira-kira 400 juta tahun.
Gua ini terdiri daripada lima kubah yang mengandungi pelbagai stalagmit dan stalaktit.

Jika korang bernasib baik dapat meneroka gua ini, korang mungkin dapat melihat beberapa grafiti zaman Komunis yang ditinggalkan oleh mereka semasa Darurat Tanah Melayu dari 1948 hingga 1960.0

2. Lembah Teh Gaharu

Sumber : Tripcate Asia

Salah satu kawasan agro-pelancongan yang sedang berkembang di bahagian utara Gopeng. Lembah Gaharu Teh ini dikelilingi tembok yang dikenali sebagai Tembok Besar Gopeng. Ia berupaya melindungi hampir 200,000 batang pokok dari ancaman penceroboh juga binatang liar.

Jika datang ke sini, korang juga boleh membeli anak pokok gaharu serta barangan lain yang berasaskan gaharu.

3.Taman Herba Negeri Perak

Sumber : Lokalocal

Satu lagi tempat menarik di Gopeng ialah Taman Herba Negeri Perak. Ianya terletak 15 minit sahaja jarak perjalanan dari tol Lebuhraya Utara Selatan Simpang Pulai.

Di taman ini, terdapat lebih 500 spesisi tumbuh-tumbuhan pelbagai jenis. Selain itu, beberapa kawasan pelombongan bijih timah yang terbiar telah membentuk tiga tasik yang indah sekali.

Antara tanaman yang boleh didapati di sini ialah pelbagai jenis herba warisan, herba terapeutik, tumbuh-tumbuhan wangi, ulam, dan kosmetik.

4. Gopeng Glamping Park

Sumber : tripadvisor

Aktiviti glamping yang semakin menjadi kegilaan ramai orang sekarang ini turut terdapat di Gopeng. Gopeng Glamping Park terletak di Kampung Chulek.

Perkhemahan mewah ini memberikan keselesaan yang optimum kepada tetamunya. Korang dapat menikmati keindahan alam sambil menginap di dalam khemah yang lengkap seperti di hotel. Begitulah konsep glamping yang mencuri perhatian ramai terutamanya anak-anak muda.

Persekitaran yang bersih dan banyak lokasi menarik yang mesra instagram menambah keseronokan mereka yang datang ke sini.

5. Natasya Riverside Resort

Sumber : Ben Ashari

Natasya Riverside Resort menyediakan penginapan yang bertemakan mesra alam semulajadi. Resort ini terletak di kawasan yang strategik dan mudakh untuk akses ke pelbagai tempat menarik yang lain.

Jika datang ke sini, korang boleh pilih untuk tinggal di kabin, chalet kayu atau caravan.

Ramai pengunjung yang gemar datang ke sini kerana keselesaan dan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak resort.

6. Tempat Menarik di Gopeng : Muzium Gopeng

Bagi mempromosi sejarah Pekan Gopeng, satu muzium khas dibina iaitu Muzium Gopeng.

Jika korang mahu dapatkan banyak maklumat terutamanya tentang sejarah bandar Gopeng, korang wajib datang ke muzium ini.

Lebih menarik, terdapat 300 barangan antik atau peninggalan yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu iaitu kira-kira 150 tahun yang lepas. Di muzium ini, korang boleh melihat barangan antik seperti radio, basikal, penimbang dan sebagainya.

7. Kuala Azila Adventure & Resort

Sumber : Rssing.com

Penginapan yang cukup terkenal di Gopeng ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kuala Razila Adventure And Resort ini adalah seperti berkhemah, menaiki rakit, jungle trekking dan tubing.

Aktiviti-aktiviti sebegini amat sesuai buat penggemar sukan dan aktiviti lasak.

Sangat menyeronokkan jika korang dapat datang ke sini.

Jika tak nak beraktiviti lasak, korang boleh menginap sahaja sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Comments (0)
Add Comment