7 Tempat Menarik Di Kluang Yang Ramai Yang Tak Tau Lagi

Pernah tak korang terfikir nak bercuti menghabiskan masa di Kluang? Kalau nama Kluang tak pernah terlintas dan tersenarai dalam ‘jom cuti-cuti’ korang, maka eloklah letakkan Kluang dalam keutamaan terbaru jalan-jalan korang. Ada banyak tempat menarik di Kluang.

Sumber: sweetieyee80

Sebelum itu, kita berkenalan dulu dengan bandar Kluang. Kluang terletak di negeri Johor. Dahulu ianya adalah sebuah pekan rel lama dan sekarang semakin pesat membangun terutamanya dalam agrotourism dan ‘food-tourism’.

Sumber: foursquare

Kluang merupakan bandar ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas bandar metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru dan Batu Pahat. Sila klik di sini untuk lokasi Kluang.

Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 3 jam melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Kenapa Kluang sangat disyorkan? Jom kita lihat dan buka mata membaca informasi 7 tempat menarik di Kluang untuk dilawati.

Kandungan

1. Kluang Rail Coffee

Sumber: Kluang Railcoffee

Kluang Rail Coffee ini mendapat namanya kerana kedai ini berada di sebelah di Stesyen Keretapi Kluang. Kedai kopi ini menjadi terkenal di pelusuk negara kerana keunikan rasa kopi dan dan menu-menu kopitiamnya seperti roti bakar kaya, roti telur separuh masak dan nasi lemak.

Jika tak sempat ke sini, boleh juga dapatkan kopi sedap Kluang kat sini

Sumber: Kluang Railcoffee

Suasana dan dekorasi kedai kopi zaman 60-an benar-benar menggamit nostalgia lampau. Jika kebiasaan pelanggan kedai mahukan suasana senyap dan damai semasa menjamu selera, tetapi di kedai kopi ini terbalik pula, pelanggan nak dengar bunyi bingit keretapi, barulah ‘feel’.

Sumber: johorkluang

Klik sini untuk lokasi Kluang Rail Coffee.

2. Galeri Terompah Mastor

Tempat seterusnya disyorkan untuk dilawati ialah Galeri Terompah Mastor. Galeri ini terletak di Kg. Parit Hassan, Simpang Renggam, Kluang.

Sumber: tourismjohor

Anak-anak muda tak kenal terompah ni. Terompah ialah sejenis kasut kayu yang dijadikan kasut harian dan terutamanya kaum wanita di zaman dahulu kala. Pemilik Galeri Terompah Mastor ini nekad mengekalkan tinggalan seni reka terompah yang semakin ditelan zaman.

Sumber: terompahmastor

Di galeri ini, korang boleh melihat koleksi terompah dengan pelbagai rekabentuk seni dan corak tradisional serta moden. Selain itu, korang dapat melihat proses pembuatan terompah mastor.

Sebelum pulang, jangan lupa beli dan bawa pulang terompah ini di untuk buah tangan kawan-kawan dan sanak saudara dirumah.

3. Kluang Street Art

Destinasi berikutnya ialah Kluang Street Art yang terletak di Jalan Merdeka, Kampung Masjid Lama di belakang sebuah lorong kecil sepanjang 150 meter. Sila klik di sini untuk lokasi.

Sumber: says.com

Walaupun lorong ini pendek sahaja, ia memadatkan pelbagai karya seni lukisan mural di atas dinding, jalan malah di pasu bunga juga.

Sumber: google

Ada banyak lukisan 3D dan trick art yang mesti korang berfoto bersama untuk kenangan balik dari bercuti nanti. Terdapat juga beberapa kafe kecil di sepanjang lorong, supaya korang boleh duduk dan berehat.

Sumber: iv-plus.com

Satu lagi lorong yang menampilkan seni lukisan mural yang sama ialah di Laman Kreatif Kluang yang hanya 700 meter jaraknya dengan Kluang Street Art.

4. UK Farm Agro Resort

Selain berjalan-jalan di sekitar bandar, apa kata korang pergi pula ke ladang ternakan kambing dan biri-biri di UK Farm Agro Resort. Ladang ternakan yang terbesar di Malaysia seluas 100 ekar ini terletak di Jalan Amsyar, Pulau Kampung Batu Jalan Kluang, Kluang. Sila klik di sini untuk lokasi.

Sumber: agoda.com

UK Farm Agro Resort dibuka kepada orang ramai untuk merasai sendiri suasana kampung, ladang-ladang dan korang juga berpeluang melihat haiwan ternakan. Oleh kerana kawasannya sangat luas, beberapa bas mini digunakan untuk membawa korang melawat ke semua tempat menarik di sini.

Sumber: ukfarm.com.my

Di sini, korang dapat memegang dan membelai haiwan-haiwan ternakan, mencuba menggembala kambing dan juga menunggang kuda.

Di ladang ini juga ada aktiviti lain seperti penanaman hidroponik, perkhemahan unggun api, Kong Ming Lantern, Do-It-Yourself Activity, Kembara Malam dan memproses jus markisa.

Sumber: ukfarm.com.my

Kalau korang nak mencuba aktiviti, elok la korang tidur semalam dua di ladang ini. Penginapan selesa berupa chalet dan dormitri yang setaraf resort ada disedikan dan memang selasa untuk beristirehat.

5. Hutan Rekreasi Gunung Lambak

Gunung Lambak berada hanya kira-kira 7.3km dari Bandar Kluang. Sila klik di sini untuk tunjuk arah lokasi. Kepada yang gemarkan aktiviti lasak seperti hiking, di sini dikatakan pendakian yang agak mencabar stamina korang.

Sumber: tripadvisor

Tinggi gunung ini ialah 510 meter dari atas paras laut. Aktiviti hiking boleh mengambil masa selama 4-8 jam untuk mendaki dan menurun mengikut kemampuan korang masing-masing.

Sumber: cloudsnano

Disepanjang pendakian korang akan berjumpa dengan kolam air, air pancut, taman herba dan taman bunga. Korang juga mungkin akan terserempak dengan warung teh, tapi ia kelihatan sudah tidak terjaga, tapi boleh dijadikan tempat korang melepaskan lelah sekejap.

Sumber: gojohor

Di kaki Gunung Lambak ada tempat rekreasi dan sungai kecil untuk anak-anak bermandi manda. Kalau korang datang sebelah pagi, korang boleh melihat dan turut serta dengan apek-apek dan nyonya-nyonya yang sedang bertai-chi.

Masa operasi tempat rekreasi ialah dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Harga tiket hanyalah RM5 untuk orang dewasa, RM3 untuk kanak-kanak dan percuma untuk warga OKU dan warga emas.

6. Zenxin Organic Park

Sumber: malaysianfoodie

Zenxin Organic Park terletak kira-kira 15km dari Bandar Kluang. Klik di sini untuk lokasi. Namapun organik park, tempat ini merupakan kebun terbesar di Malaysia yang menanam sayur-sayuran dan buah-buahan secara organik.

Sumber: johornow.com

Rasanya tak ramai di kalangan kita yang biasa makan sayur dan buah organik kan? Ini kerana harganya agak mahal dan tak semua pasaraya menjualnya.

Apa kata korang singgah di sini dan rasai pengalaman memetik terus dari pokoknya. Rasalah buah dan sayur segar tanpa tercemar dengan bahan-bahan kimia berbahaya.

Sumber: zenxin.com

Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Zenxin Organic Park yang mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan.

Sumber: zenxin.com

Antaranya lawatan ke ladang organik dengan pelbagai aktiviti termasuk dihidangkan dengan minuman sambutan selamat datang, bengkel menanam pokok herba organik dan memetik sayur serta buah.

Bayaran yang dikenakan ialah RM38 seorang dan korang perlu menempah seawal 3 hari sebelum datang ke sini.

7. La Dairy Goat Farm

Lagi satu ladang ternakan haiwan yang terkenal di kalangan pengunjung ialah La Dairy Goat Farm. Ia terletak hanya 3km dari Bandar Kluang. Sila klik di sini untuk arah jalan.

Sumber: rileklah.com

Bukan hanya ada ternakan kambing, di sini turut ada kandang binatang mini ternakan lembu, rusa, kambing, kerbau, kuda, merak, burung merak, kura-kura, beberapa jenis ikan arapaima, arowana, guppy, koi dan lain-lain.

Sumber: mapsus.net

Yang minat susu kambing tu, korang boleh beli susu kambing yang segar di sini dengan harga hanya RM5 untuk 250ml.

Sumber: Ladairygoatfarm

Demikianlah 7 tempat menarik di Kluang. Banyak lagi tempat-tempat menarik wajib korang lawati di sini seperti beriadah di Taman Tasik MPK Kluang, menginap di hotel unik di Kluang Container Hotel dan bersantap Nasi Gulai Kawah & Asam Pedas Hj Ishak.

Selamat datang ke Kluang!

Comments (0)
Add Comment