8 Pulau dan Resort di Malaysia ala-ala di Maldives

Malaysia terkenal dengan pulau dan resort ala-ala Maldives, tapi masih ramai lagi yang tau…

Sebut sahaja Maldives, korang mesti terbayangkan sebuah pulau dengan resort atas air yang mewah, pantai berpasir putih bagaikan kapas, laut biru dan jernih bak kristal hinggakan ikan-ikan comel, terumbu karang dan hidupan laut lain hanya boleh digapai dengan tangan.

Sumber: thesmartlocal

Tapi adakah korang tahu, korang tak perlu ke Maldives untuk menikmati percutian idaman ini sebab Malaysia pun ada destinasi percutian yang setanding dengan Maldives tau! Ala-ala Maldives gitu.

Kandungan

8 pulau dan resort ala-ala Maldives di Malaysia.

1. Berjaya Langkawi Resort, Langkawi, Kedah

Sumber: langkawi.com

Resort ini bertapak di atas daratan dan lautan. Berjaya Langkawi Resort terkenal sebagai resort yang dikeliling elemen alam semulajadi iaitu pantai, hutan hujan tropika, paya bakau, flora dan fauna. Korang yang nature lover mesti suka kalau menginap kat sini. Korang boleh cover aktiviti laut dan aktiviti di hutan.

2. The Ritz-Carlton, Langkawi, Kedah

Sumber: tripadvisor

Satu lagi destinasi ala-ala Maldives di Langkawi ialah The Ritz-Carlton. Resort ini berada di kedudukan nombor 7 di dalam Conde Nast Traveller Reader’s Choice Award. Juga mempunyai unit penginapan yang terapung di atas laut malah dilengkapi dengan kolam renang private di Villa Mutiara.

3. Gayana Marine Resort, Pulau Gaya, Sabah

Sumber: gayana-eco-resort

Resort bertaraf dunia ini dibina dipinggir hutan Pulau Gaya. Gayana Marine Resort menawarkan villa atas air yang luas dengan hiasan dalaman kayu. Unit-unit penginapan di Ocean Villa mempunyai balkoni persendirian yang membawa pemandangan menakjubkan dan mendamaikan terus ke Laut China Selatan.

4. Lankayan Island Dive Resort, Lankayan, Sabah

Sumber: lankayanresort

Lagi satu syurga dunia terletak di Sabah ialah Lankayan Island Dive Resort. Bercirikan ala-ala Maldives, resort ini mempunyai 23 buah chalet kayu yang korang boleh pilih. Pulau Lankayan memang tak ramai orang, jadi memang sesuai sangat untuk privacy dan berbulan madu.

5. The St. Regis Langkawi, Langkawi, Kedah

Sumber: architonic

Resort ini pula menawarkan suite dan chalet atas air dengan rekabentuk moden dan artistik. Hutan hujan berusia ribuan tahun yang mengelilingi The St. Regis Langkawi serta pemandangan mengagumkan dari laut Andaman yang berwarna biru torquise akan memberikan pengalaman terbaik di tepi pantai.

6. Nusakuya Resort, Semporna, Sabah

Sumber: gosemporna

Semporna sangat terkenal dengan jolokan Maldives of Malaysia. Nusakuya Resort yang terletak di Pulau Bum Bum merupakan sebuah resort terapung yang bercirikan rustik tetapi sangat menawan. Keunikan utama Nusakuya Resort ialah setiap bilik mempunyai tangga persendirian untuk terus turun ke laut.

Baca – Pesediaan Ke Pulau

7. Ombak Villa, Langkawi, Kedah

Sumber: foursquare

Tidak seperti ciri-ciri tipikal resort atas air yang hanya 1 tingkat, keunikan di Ombak Villa pula ialah chaletnya dibina 3 tingkat. Korang akan merasai pengalaman berbeza dan pemandangan yang laut yang istimewa dari kedudukan tinggi.

8. Pangkor Laut Resort, Perak

Sumber: pangkorlautresort

Pangkor Laut Resort dibina di atas sebuah private island, ia tidak sama dengan Pulau Pangkor. Resort ini merupakan destinasi popular kerana dikenali diseluruh dunia. Resort ini pernah dinobatkan sebagai One of the Top Resort in Asia 2017.

Memang tidak dinafikan Malaysia juga mempunyai resort ala-ala Maldives yang mirip malah ada yang lebih unik lagi. Marilah kita hargai anugerah keunikan yang ada di Malaysia dan tak perlu berbelanja besar ke Maldives sedangkan ianya terbentang di depan mata.

Pakai gel sejuk berangin ini 2 kali sehari dan gosok secara membulat. Lagi cepat berkesan pakai seluar dalam yang sampai atas pusat selepas pakai gel. Dapatkan di sini.

Comments (0)
Add Comment