Jika korang datang ke Pulau Pinang, korang pasti teruja melihat keindahan laut biru! Bayangkan merenung ombak sambil menikmati keselesaan hotel tepi pantai yang sungguh ‘chill’. Nak tak kami bawakan korang pilihan hotel tepi pantai di Pulau Pinang, satu destinasi yang mengasyikkan ini!
Kandungan
Hotel tepi pantai di Pulau Pinang
1- Codrington House – Boutique Apartments
Codrington House merupakan sebuah tempat hebat kat tengah Pulau Tikus, Georgetown, Pulau Pinang. Korang mungkin nak tahu, Codrington House ni best sangat, ada apartmen 3 bilik dan 1 bilik untuk korang pilih. Paling cool setiap tingkat cuma hanya ada satu apartmen. Ye, satu tingkat tu jadi milik korang sepenuhnya! Wow!
Korang bakal menikmati penginapan mewah dan peribadi. Bayangkanlah lif akan bawak korang terus ke lobi lif peribadi apartmen korang. Takde berkongsi, memang privasi. Dan yang lagi best, korang dapat bukan satu, tapi dua tempat letak kereta untuk setiap apartmen.
Bilik tidurnya pula dideko ala-ala hotel. Setiap bilik tidur ada bilik mandi sendiri. Tak payah nak berebut pagi-pagi. Codrington House ni bukan sekadar tempat tidur. Dengan setting unik dia and lokasi terbaik, memang perfect untuk yang suka feeling mewah dan eksklusif.
Jadi, kalau nak stay style kat Penang, Codrington House ni mungkin rahsia untuk vacation yang awesome. Enjoy habis-habisan!
2- Infinite Seaview with Penang Bridge Suite
Satu lagi tempat percutian yang serba wow – Infinite Seaview with Penang Bridge Suite! Kalau korang nak vacation yang sukar untuk dilupakan, tempat ini wajar untuk korang pertimbangkan.
Dengan kolam renang dan pemandangan laut yang mempesonakan, korang boleh relax sambil menikmati indahnya matahari terbit. Sangat sempurna untuk korang yang nak recharge tenaga!
Untuk info, salah satu suite yang seperti hotel tepi pantai di Pulau Pinang Suite ini baru sahaja direnovasi, so memang nampak segar dan cantik. Dihiasi dengan lantai kayu parquet membuatkan suasana di dalamnya lebih menarik.
Lokasinya pun strategik, dekat sangat dengan Hammer Bay Beach. Kalau korang nak jalan kaki ke pantai pun boleh tau.
Unit-unit dia sangat selesa, lengkap dengan penghawa dingin dan meja kerja. Mudah kalau korang nak buat kerja sikit. Ada jugak tempat letak kereta percuma, so tak ada isu tau tentang parking. Bukan setakat tu je, untuk korang yang nak bawa family atau tetamu yang kurang upaya, terdapat bilik dan kemudahan yang sesuai disediakan.
Bagi yang bawa anak-anak, ada permainan luar untuk anak-anak bermain. Sambil korang layan view cantik, anak-anak pun boleh enjoy bermain.
Untuk korang yang nak explore kawasan sekitar, korang boleh cuba aktiviti cycling. Cuma jika nak keluar jauh sikit, korang perlu drive sendiri atau pihak owner boleh aturkan kereta sewa.
Jadi, kalau korang nak vacation yang penuh dengan kecantikan laut, matahari terbit, dan penginapan yang superb, Infinite Seaview with Penang Bridge Suite ni jawapannya. Chill je, enjoy your stay!
3- Smell Rose Beach Garden
Smell Rose Beach Garden, homestay yang bukan saja dekat dengan Pantai Tanjung Bungah tapi juga penuh dengan keselesaan dan kehijauan!
Uniknya homestay ini kerana menawarkan tempat penginapan yang stylish dengan taman yang cantik. Ada teres dan dapur berkongsi yang boleh korang guna. Senang, kan?
Bila di sini korang tak payah risau pasal WiFi, sebab ianya disediakan secara percuma. Tempat letak kereta peribadi pun takde masalah, semua percuma!
Setiap unit terdapat bilik mandi peribadi dengan pancuran. Alat penyaman udara dah pasti ada, so takde isu kepanasan. Ada juga TV skrin rata dan microwave untuk keselesaan korang.
Tak kira apa jenis unit, semuanya ada ruang tempat duduk dan ruang makan. Jadi, kalau korang nak lepak atau makan bersama, confirm selesa.
Jadi, kalau korang nak stay dekat dengan pantai, dalam suasana yang hijau dan selesa, Smell Rose Beach Garden ni pilihan yang best! Enjoy your beach getaway!
4- F18 Beachfront Balcony Seaview
Wow, penginapan ini memang best seakan hotel tepi pantai di Pulau Pinang yang cantik dan mewah. Ianya dikenali sebagai Kondo Kerusi Urut F18 Beachfront Balcony Seaview yang terletak cuma beberapa langkah dari Pantai Tanjung Bungah!
Selesanya di sini korang boleh merasai kesejukan angin laut dengan penginapan berhawa dingin yang pastinya menyegarkan. Terdapat kolam renang peribadi, bayangkan korang boleh bersantai dalam suasana privasi sambil menikmati pemandangan laut.
Bila menginap di sini, korang boleh menikmati kemudahan WiFi secara percuma dan tempat letak kenderaan persendirian tanpa pening-pening nak risau pasal parking.
Satu benda yang korang perlu notice khasnya yang suka merokok, penginapan ini adalah bebas rokok, so korang kena pastikan udara sentiasa segar dan bersih.
Sesuatu yang menarik, ruang penginapan ini cukup besar dengan 5 bilik tidur, sangat sesuai untuk kumpulan besar atau keluarga.
Bukan itu sahaja, nak kan hiburan di hujung jari? Korang boleh menonton TV skrin rata. Nak masak simple-simple pun boleh sebab adanya dapur yang lengkap dengan microwave, peti sejuk, dan peralatan memasak.
Jadi, kalau korang nak nikmati keselesaan dan kemewahan pantai yang sejati, Kondo Kerusi Urut F18 Beachfront Balcony Seaview adalah pilihan yang sempurna. Jom buat perancangan untuk retreat yang tak terlupakan!
5- G&T’s Beach Front Villa
G&T’s Beach Front Villa ini merupakan sebuah tempat penginapan yang terletak hanya 1 km dari Pantai Tanjung Bungah. Menginap di sini pasti memberi korang satu pengalaman penginapan yang istimewa.
Ianya sangat dekat dengan Pantai Tanjung Bungah. Lokasinya yang strategik amat memudahkan untuk korang jalan-jalan ambil angin tepi pantai.
Jika menginap di sini, korang perlu bersedia berkongsi kemudahan. Terutamanya lounge dan dapur, namun ianya tetap selesa dan memudahkan tetamu yang bertandang. Yang lagi bestnya, ada taman di luar penginapan yang menambah keindahan dan ketenangan tempat ini.
G&T’s Beach Front Villa menggabungkan keselesaan tempat penginapan dengan kemudahan berkongsi yang membuatkan setiap tetamu berasa di rumah. Jadi, kalau korang nak rehat dan relax dekat pantai, tempat ini mungkin pilihan yang boleh dinilai.
6- Concordia @ Gurney
Okay, pilihan seterusnya jom kami bawakan korang ke destinasi penginapan yang menggabungkan kesederhanaan moden dengan keselesaan yang tak terkira – 3 Concordia @ Gurney! Kalau korang cari tempat yang bersih, selesa, dan strategik, inilah tempatnya!
Tempat ini menyajikan reka bentuk yang klasik dan kesederhanaan moden. Dari bilik besar sehingga ke ruang tamu, setiap inci tempat ni diatur dengan cantik. Ada TV bijak besar yang boleh buat layan movie atau Netflix session seronok.
Katil yang disediakan juga sangat selesa, gerenti korang tidur nyenyak malam-malam. Sofa pun selesa, perfect untuk bersantai dan lepak.
Pancuran mandian dan tandas berfungsi dengan baik, takde masalah. Penghawa dingin pula buat suasana dalam bilik sejuk bila korang kepanasan. Oh ya, dispenser air Coway terletak di tingkat bawah, memang tak payah risau dah pasal air minum!
Tempat ini dalam jarak berjalan kaki ke banyak tempat makan, so kalau korang malas nak masak, boleh je keluar cari makanan sedap-sedap.
Untuk tempat yang ada segalanya, dari keselesaan hingga ke lokasi yang strategik, 3 Concordia @ Gurney adalah jawapannya. Plan trip korang, dan pastikan tempat ni masuk dalam list penginapan!
7- Sri Sayang Resort Apartment
Sri Sayang Resort Apartment, destinasi yang menjanjikan keindahan pantai dan hiburan keluarga yang menyeronokkan di Batu Ferringhi. Kalau korang suka tempat yang santai tapi seronok, ni memang pilihan yang tepat!
Bayangkanlah kolam renang dengan pemandangan pantai yang indah. Di Sri Sayang, korang boleh merasai momen istimewa ini. Kolam renang dia bukan biasa-biasa, ada view pantai yang memukau!
Apartmen ini menawarkan ruangan yang luas dengan 2 bilik tidur dan kelengkapan moden. Ada TV skrin rata dengan saluran satelit, dapur yang lengkap dengan mesin pencuci pinggan dan oven, serta 2 bilik mandi yang mewah. Serba selesa!
Unit ini juga dilengkapi penghawa dingin, jadi korang tak perlu risau pasal panas. Ada juga bilik persalinan dan fireplace untuk tambah keselesaan.
Bagi keluarga dengan anak-anak, Sri Sayang Resort Apartment adalah tempat yang sesuai. Kolam kanak-kanak dan taman permainan pastikan anak-anak riang gembira. Keselamatan dijamin dengan pengawal keselamatan sepanjang hari.
Bagi peminat aktiviti luar, korang boleh cuba hiking di kawasan berdekatan atau sekadar berehat di taman yang cantik. Jika nak ke pantai, Pantai Batu Ferringhi hanya 600 meter dari penginapan ini, memudahkan korang untuk merendam kaki di pasir putih. Pantai Miami juga dekat, cuma 1.9 km je dari tempat ini.
Sepanjang di sini, korang boleh nikmati WiFi percuma sepanjang penginapan. Tempat letak kereta peribadi juga disediakan, memudahkan korang.
So, apa lagi? Jom lah datang bercuti di sini.
8- By The Sea Ground Floor
Kalau korang nak berehat di Batu Ferringhi, marilah singgah ke By The Sea Ground Floor with Pool Facing 3A. Unit penginapan ini ada kolam renang tanpa hujung tau! Boleh berendam sambil layan pemandangan laut yang memikat, macam tu!
Untuk pengetahuan korang, apartmen di sini sangat luas. Ada 2 bilik tidur, ruang tamu yang selesa, dapur lengkap dengan oven, microwave, semua ada! Juga ada balkoni dengan pemandangan laut yang cantik.
Bilik mandinya juga lengkap. Bila mandi pun korang boleh feeling macam kat resort.
Pendek kata, segala yang ada di sini sangat lengkap tau. Untuk pilihan vacation chill, korang tak payah pikir panjang. By The Sea 3A tempatnya!
So, amacam? Menarik kan pilihan penginapan ala hotel tepi pantai di Pulau Pinang yang kami bawakan kali ini? Pilih lah yang mana korang suka dan berkenan!