9 Tempat Menarik Di Pulau Perhentian

Tempat menarik Di Pulau Perhentian – Jika dah sampai ke sini, wajib singgah.

Pulau Perhentian dikatakan antara pulau tercantik di dunia dan mendapat gelaran island paradise dan tropical paradise.

Kebanyakan kawasan di pulau ini masih terpelihara dan diliputi hutan tropika semulajadi.

Manakala kawasan perairan di sekitarnya telah diwartakan sebagai Taman Laut.

Faktor tersebut menjadikan Pulau Perhentian lokasi idaman percutian sesiapa sahaja samada keluarga, kumpulan atau individu. 

Pelancong boleh mengunjungi pulau ini secara pakej percutian atau merancang percutian bajet sendiri.

Kandungan

Tempat menarik di Pulau Perhentian

1-Pulau Perhentian Kecil

Tempat percutian menarik yang pertama, Pulau Perhentian Kecil. Korang boleh bercuti sambil mengambil udara yang mendamaikan.

Tenangkan fikiran korang dari kerja-kerja korang, dan lupakan segala masalah korang. Pasti korang akan rasa lebih tenang dan bebas.

2- Teluk Dalam

Teluk Dalam menyajikan keindahan yang cukup memukau untuk korang dan keluarga ketika bercuti di pulau ini.

Sumber : Maisinggah.com

Pemandangan waktu senjanya akan membuat korang rasa terpukau. Di sini juga korang boleh melakukan aktiviti seperti berkayak, snorkeling dan bermain pantai.

Lawati juga tempat menarik di Terengganu. Refer sini ye.

3- Turtle Bay – Tempat menarik di Pulau Perhentian

Turtle Beach terletak di Pulau Perhentian Besar. Selain pantainya yang cantik, Turtle Bay terkenal sebagai lokasi untuk melihat penyu. Ramai yang melakukan aktiviti snorkeling disini dengan harapan dapat melihat penyu berenang. 

Sumber : Tripjalan

Nak tahu kenapa banyak penyu di sini?

Sebabnya, kawasan dasar laut di sekitar Titik Penyu ini adalah tempat mereka mendapatkan sumber makanan.

Cara terbaik untuk melihat penyu-penyu ini adalah dengan bersnorkeling di perairan sekitar.

4- Pantai Panjang

Tempat ini dipanggil Pantai Panjang kerana pantainya yang panjang berbanding pantai yang lain yang ada di pulau ini.

Pantai Panjang mempunyai permukaan yang mendatar dan pasirnya yang halus dan putih, yang menjadikannya salah satu faktor tarikan kepada pelancong selain kemudahan sewaan bilik dengan kadar harian yang murah di kalangan chalet yang menjadikannya pilihan utama.

Sumber: Facebook

Kebanyakan rumah karang di sebelah kiri pantai merupakan tempat riadah snorkeling yang baik.

5- Teluk Pauh

Teluk Pauh adalah sebuah tarikan alam semula jadi di dalam Pulau Perhentian Besar yang terletak di bahagian barat laut. 

Sumber : Globetrove

Teluk Pauh ini ibarat sebuah kolam renang semula jadi yang sangat besar, yang menjadikan ianya sejuta kali menyeronokkan adalah kerana kejernihan airnya yang persis kristal.

Nak mandi sepuas hati?

Inilah lokasinya kerana dasar airnya juga tidak begitu dalam.

6- Pulau Tokong Burung

Pulau Tokong Burung terletak hanyalah dalam sekitar 40 minit dari pulau dengan menaiki bot-bot yang tersedia.

Sumber: wincharactersing

Pulau yang agak kecil merupakan sebuah tempat menarik dengan permukaan yang berbatu-batuan dan tidak begitu berpasir seperti pulau yang lain.

Untuk menikmati keindahan sebenar yang ditawarkan Pulau Tokong Burung ini korang boleh menaiki batuan besar yang terdapat di sini untuk menikmati pemandangan yang sangat memuaskan.

7- Kampung Pasir Hantu

Kampung Pasir Hantu adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Pulau Perhentian Kecil. 

Sumber : Maisinggah

Disebabkan kampung ini juga digelar sebagai perkampungan nelayan, banyaklah bot-bot yang terdampar di pesisir pantai dapat dilihat di sini. Kampung ini sangat bersih dan sangat terjaga kebersihan pantainya. 

8- Kincir Angin D’Lagoon

Kincir Angin D’Lagoon adalah sebuah tarikan unik yang terletak di bahagian puncak tertinggi di Pulau Perhentian Kecil.

Sumber : Maisinggah

Yang menjadikan ia sebuah lokasi yang wajib dilawati di sini adalah kerana Kincir Angin D’Lagoon adalah seperti ‘dek pemerhatian’ pulau ini. Dari puncak ini korang sekeluarga dapat menikmati pemandangan penuh 360 darjah sekitar pulau.

9- Tokong Laut – tempat menarik di Pulau Perhentian

Untuk korang yang sukakan aktiviti menyelam skuba, Tokong Laut adalah lokasi yang pertama yang harus korang kunjungi. 

Panorama yang terpapar di depan mata cukup memukau jiwa, kepelbagaian hidupan marinnya dari yang bersaiz kecil hinggalah yang besar, semuanya dapat anda dekati. Terasa seperti berada di dalam akuarium!

Sumber: Divebuddy.com

Lagi dalam korang berenang ke dasarnya, lagi banyak korang nampak panorama laut yang mengasyikkan. 

Korang dan nampak tempat menarik yang bakal korang kunjungi?

Sebelum korang merancang untuk bercuti ke pulau-pulau, korang semaklah dulu keadaan cuaca okay.

Barulah berbaloi percutian korang.

Selamat bercuti dan menikmati keindahan ciptaan Allah.

Comments (0)
Add Comment