Melaka terkenal dengan banyak tempat pelancongan yang bersejarah. Tapi korang tau tak di Melaka juga ada tempat menarik yang korang dapat bercuti bersama keluarga iaitu A’ Famosa Water Park.
A’ Famosa Water World adalah sebuah taman tema air berkeluasan 20 ekar yang terletak di dalam Kawasan A’ Famosa Resort.
Untuk pengetahuan korang taman tema air ini telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Melaka .
Jom saya tunjukkan apa yang menarik di sini .
Kandungan
Apa Yang Menarik Di A’ Famosa Water Park ?
A’ Famosa Water World ini sangat terkenal dan sering menerima kunjungan dari pelancong tempatan dan pelancong luar disebabkan lokasinya yang agak strategik dan juga tidak jauh dari pusat bandar.
Selain itu, ia mempunyai pelbagai permainan air yang menarik untuk orang dewasa dan juga permainan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Korang yang nak datang berseronok dengan kawan-kawan ke keluarga ke boleh lah datang ke sini.
Saya jamin korang tidak akan menyesal datang ke sini .
Aktiviti Menarik Di A’ Famosa Water Park.
1. Sandy Beach
Kawasan berpasir putih yang bagaikan di tepi pantai.
Sambil itu korang boleh berjalan dan bersantai di kerusi tepi pantai buatan sambil melihat anak-anak kecil bermain air .
2. Lazy River
Bagi korang yang tak berminat dengan aktiviti lasak , korang boleh cuba dengan menaiki pelampung yang menyusuri Lazy River sambil melihat sekitar kawasan taman tema air ini .
3. Waze Pool
Kolam ini akan berombak besar apabila siren berbunyi. Setiap kali siren berbunyi, gelombang ombak akan menghempas ke arah pantai.
Kalau korang nak merasa deruan ombak korang boleh lah try aktiviti ini.
4. Inner Tube Slides
Permainan ini mempunyai 4 tiub bersebelahan sesame sendiri, dua daripadanya dalam keadaan tertutup dan gelap di dalamnya manakala dua yang lain adalah dalam keadaan terbuka.
Permainan ini amat menyeronokkan kerana ia akan memberi pengalaman kepada korang untuk meluncur dalam suasana yang gelap.
5. Kids Adventure Pool – A’ Farmosa Water park
Kids Adventure Play Pool adalah kawasan kolam permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak kerana ia dilengkapi dengan gelongsor mini,water spray dan taman permainan air.
6. Family Raft Ride
Permainan ini lebih menyeronokkan jika korang dapat melakukannya bersama kawan atau keluarga kerana ia adalah pelampung berbentuk cincin gergasi yang mampu menampung dengan 3 orang dewasa dan 2 kanak-kanak dengan berat 220 kg yang paling maksimum.
Gelongsor air ini telah menjadi kegemaran para pengunjung tidak kira peringkat umur .
7. Arabian Village
Arabian Village juga adalah kawasan permainan air untuk kanak-kanak tapi ia adalah kawasan yang bertemakan tema Arab.
Dekat mana lagi korang nak jumpa taman cantik seperti ini kalau bukan di A’Famosa Water World!
Ada banyak lagi tempat menarik di Melaka. Boleh baca di sini
8. High-Speed Slides
Gelongsor air yang berketinggian tujuh tingkat ini adalah permainan air yang paling mencabar dan mendebarkan.
Ia amatlah menarik bagi korang yang sukakan cabaran !
9. Body Slide
Aktiviti ini hampir sama dengan Inner Tube Slide tetapi kali ini korang meluncur ke bawah tanpa tiub .
10. Big Ice Cream
Big Ice Cream ialah salah satu Ice Cream yang tertinggi dan terpanjang di Asia Tenggara dengan ketinggian 20.8 meter, panjang diameter 18.3 meter dan panjang keseluruhan Ice Cream adalah 108 meter.
Ia juga merupakan salah satu tarikan utama di A’ Famosa Water Theme Park.
Kemudahan Yang Ada Di A’ Famosa Water World.
Kalau korang terlupa bawak apa-apa barang korang boleh je beli dekat sini sebab ada banyak kedai di sini seperti kedai pakaian renang, kedai barangan cenderamata dan lain lagi.
A’ Famosa Water World juga menyediakan bilik persalinan dan surau khas untuk kelengkapan dan keselesaan para pengunjung.
Tambahan lagi A’ Famosa Water World juga menyediakan sewaan cabana untuk korang berehat dan bersantai di sana
Jika korang penat dan lapar ,ada banyak restoran dan café di sini yang korang boleh kunjungi seperti Side Walk Café, Medan selera, Bistro, Fast Food Pavilions dan sebagainya.
Info tentang A’ Famosa Water World.
1. Butiran Kawasan
Alamat : A’Famosa Water World, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Nombor Telefon : 06-552 0888
Facebook: Melaka Wonderland Theme Park & Resort
2. Kod Pakaian
Pengunjung hanya dibenarkan memakai T-Shirt dan pakaian yang menutup aurat di sini kecuali jeans dan pakaian berzip.
3. Waktu Operasi
- Isnin – Jumaat : 11 am – 7 pm
- Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Umum : 9 am – 7 pm
- Selasa : TUTUP Kecuali Cuti Sekolah & Cuti Umum
4. Harga Tiket
Harga tiket kemasukan ke A’ Famosa Water World ini adalah harga yang mampu milik.Di sini juga mereka menyediakan kemudahan untuk menyewa locker, tiub dan cabana. K
orang boleh membeli tiket secara online atau terus di kaunter tiket.
1. Water World
Hari biasa
- Dewasa – RM 33
- Kanak-kanak ( 3- 12 tahun ) – RM 26
Hari Minggu & Cuti Umum
- Dewasa – RM 36
- Kanak-kanak ( 3- 12 tahun ) – RM 32
Foreigners
- Dewasa – RM 45
- Kanak-kanak ( 3- 12 tahun ) – RM 37
2. Sewa Locker
- Locker Kecil – RM 6
- Locker Besar – RM 18
3. Sewa Tiub
- Double Tube – RM 15 ( Sewa ) + RM 15 ( Deposit )
- Single Tube – RM 10 ( Sewa ) + RM 10 ( Deposit )
4. Sewa Cabana
- Isnin – Jumaat : RM 95 ( Sewa ) + RM 50 ( Deposit )
- Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Umum : RM 160 ( Sewa ) + RM 50 ( Deposit )
View Di A’ Famosa Water World
Haa cantikkan view dia, sangat tenang dan menyeronokkan.
Korang jangan lupa untuk datang bercuti di A’ Famosa Water World ni tau !