Aunty Aini’s Garden Cafe – Kafe dalam taman

Mesti korang pernah dengar kan pasal Aunty Aini’s Garden Cafe ni kan?

Aunty Aini’s Garden Cafe ni terletak dalam kawasan perkampungan.

Jadi vibes dekat sana ala ala desa dengan pokok- pokok yang menghiasi kawasan ini . Sangat best dan relax je bila suasana macam ni.

Kandungan

Siapakah Aunty Aini?

Aunty Aini ini adalah seorang selebriti chef. Beliau pernah disiarkan dalam rancangan masak antarabangsa oleh chef selebriti Anthony Bourdein dan Gordon Ramsay.

Chef terkemuka iaitu Gordon Ramsay juga pernah datang ke sini semata-mata untuk menuntut ilmu memasak rendang dari Aunty Aini.

Apa Yang Menarik Di Sini ?

Kafe Aunty Aini ini berkonsepkan desa. Ia juga dikelilingi pokok-pokok yang kehijauan di sekitar cafe.

Yang paling menariknya pintu masuknya mempunyai nilai estetika Kampung Melayu tau korang !

Ruang makan utama di kafe ini ialah sebuah rumah kayu yang cukup cantik. Selain itu ada juga tempat seperti taman atau kebun.

Terdapat beberapa tumbuhan yang ditanam disana akan digunakan untuk dimasak atau dimakan.

Ada juga kemudahan seperti surau dan tandas.

Menu Sedap di Aunty Aini’s Garden Cafe

Masakan disini didatangkan dengan nasi putih dan lebih 10 jenis pilihan lauk dari ayam salai, itik salai, udang galah, ayam salai dan bermacam lagi.

Menu yang paling popular ialah gulai lemak cili api dan gulai lemak tempoyak.


Selain itu, ada juga masakan lain seperti asam pedas, sambal tumis petai, goreng kunyit , western dan banyak lagi.

Aunty Aini terkenal dengan masakan rendang. Jadi korang perlu mencuba rendangnya, ada rendang aysm, daging dan itik salai

Kuih-muih, dodol dan kuih bakar juga ada dijual

View Cantik Di Aunty Aini’s Garden Cafe

Waktu operasi : Buka setiap hari kecuali Isnin

11.30 pagi – 2.30 petang | 5.30 petang sampai 11 malam.

Alamat: Batu 16, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Comments (0)
Add Comment