Bukit Jugra – Port Aktiviti Lasak

Bukit Jugra, Selangor merupakan bukit yang berketinggian 400 kaki dan menawarkan pemandangan yang begitu indah mengasyikkan jiwa.

Bukit ini mula dibuka pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad sekitar tahun 1859-1898 dan pernah berperanan sebagai lokasi penting dalam sejarah pemerintahan negeri Selangor.

Kandungan

Tentang Bukit Jugra

Sumber : jomjalan

Lokasi

Lokasinya yang berhampiran dengan laut dan menghadap perairan Selat Melaka menjadikan bukit ini berada di kedudukan yang agak strategik untuk mengawal laluan laut sekitar Selat Melaka.

Dari atas puncak bukit ini juga korang dapat melihat pertemuan antara Lautan Selat Melaka dengan Sungai Langat.

Aktiviti Lasak di Bukit Jugra

Sumber : saljuieyana

Sejak 15 tahun lalu, Bukit Jugra di Selangor ini dibuka untuk aktiviti riadah orang awam.

Ianya sering dipenuhi pengunjung yang menghabiskan masa hujung minggu mereka dengan aktiviti riadah bersama keluarga, rakan dan sebagainya.

Antara aktiviti yang digemari ramai pengunjung ke Bukit Jugra ini ialah aktiviti sukan lasak.

Ini kerana bentuk muka bumi dan pemandangan indah di sekitar bukit ini yang cukup sesuai bagi peminat aktiviti sukan lasak.

Aktiviti seperti ini semakin digemari ramai kerana ianya dapat mengekalkan stamina, menguatkan mental dan fizikal serta menjadikan kehidupan seseorang individu itu lebih aktif dan produktif.

1- Paragliding Sebagai Tarikan Utama

Sumber : Berita Harian

Kalau korang nak tahu, antara tarikan utama ramai pengunjung ke Bukit Jugra ini adalah aktiviti paragliding. Ini kerana angin dari kawasan bukit ini bertiup dengan agak kuat.

Bagi yang mahukan satu pengalaman mencabar dan berbeza dari kebiasaan, aktiviti ini memang menjadi pilihan.

Pengalaman terapung di udara sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan udaranya yang segar menjadi satu pengalaman yang cukup unik dan berharga.

Percaya atau tidak, untuk korang yang takut gayat, aktiviti terapung di udara seperti paragliding ini boleh menghilangkan rasa gayat korang tu.

Bukan sekadar terapung di udara, korang juga akan diajar melakukan pendaratan yang kemas dan selamat.

Jadi tak perlu terlalu bimbang jika korang berhasrat ingin mencuba aktiviti ini.

Bagi yang suka pantai, ada banyak chalet tepi pantai di Selangor

Untuk aktiviti paragliding ini memang memerlukan keberanian yang tinggi.

Tak semua orang berani untuk mencubanya tetapi sekali korang dah cuba, pasti korang akan ketagih mahu mencuba lagi.

Di Bukit Jugra, aktiviti ini dikendalikan oleh Paragliders Malaysia dan Prosky Adventure. Kos sukan ini juga amat berpatutan.

Kualiti keselamatan diutamankan

Dengan langkah keselamatan yang betul, korang akan dibawa menikmati aktiviti terbang di udara ini untuk jangka masa kira-kira 10-15 minit.

Selama di udara, korang berpeluang menikmati keindahan pemandangan yang menakjubkan.

Bagi memastikan kualiti keselamatan sentiasa terjaga, sebelum mula terbang setiap peserta paragliding akan diberikan taklimat dan peraturan oleh pakar tentang yang perlu dipatuhi ketika berada di ruang udara.

Penting untuk korang patuh dan ikut setiap arahan yang diarahkan.

Ini bagi memastikan keselamatan setiap peserta sentiasa terjaga dan diutamakan. Juga bagi mengelakkan perkara yang membahayakan keselamatan peserta terjadi.

Untuk pengetahuan korang, aktiviti paragliding atau sukan luncur udara ini dikira sebagai aktiviti sukan ekstrem yang memerlukan lesen dan kebenaran khas dari pihak berwajib.

So, ianya bukanlah sejenis sukan yang boleh dilakukan tanpa pengawasan yang betul.

Di Bukit Jugra ini, ianya dipantau dan dikawal oleh mereka yang mahir dalam bidang ini.

Risiko untuk berlakunya perkara yang berbahaya ketika terbang di udara adalah agak minima.

Sumber : jomjalan

Sukan ini sesuai untuk golongan belia yang mahu mencuba sesuatu lebih mencabar ini ditawarkan dengan harga RM240 sahaja sekali penerbangan.

Korang akan diberikan juga video kenang-kenangan untuk pengalaman meluncur di udara ini.

Untuk membuat tempahan, korang hanya perlu meletakkan deposit RM40 sahaja.

Baki bagi bayaran keseluruhan korang boleh bayar secara tunai di lokasi penerbangan.

2- Mendaki & Meneroka Hutan Simpan

Sumber : ohsemnow

Sekiranya paragliding agak lasak untuk dicuba, korang juga boleh cuba aktiviti lain yang lebih ringan seperti mendaki bukit dan meneroka hutan simpan di bukit ini.

Satu aktiviti yang cukup untuk berikan korang pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.

Bagi yang suka bergambar dan berjiwa fotografi, peluang menikmati keunikan kawasan dan pemandangan yang ada di bukit ini pasti sesuatu yang tidak wajar dilepaskan.

Comments (0)
Add Comment