Chalet Tepi Pantai Di Bachok – Bayu Melawi Chalet

Jika korang mencari chalet tepi pantai di Bachok, Bayu Melawi Chalet adalah tempatnya. Chalet yang terletak di sepanjang pantai berpasir di Pantai Melawi ini amat sesuai sebagai lokasi berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pemandangan d sekitar chalet ini sangat cantik dan memukau pandangan. Kedudukannya yang terletak betul-betul di tepi pantai. Pantainya pula bersih dan indah. Dikelilingi dengan hijau pokok-pokok kelapa menjadikan kawasan ini sangat selesa untuk korang berehat dan melapangkan fikiran.

Kandungan

Tentang Chalet Tepi Pantai Di Bachok

Apa agaknya yang menarik tentang chalet tepi pantai di Bachok ini?

Jom sama-sama baca artikel yang kami kongsikan kali ini. Pasti korang akan tertarik untuk bercuti di sini nanti. Jom!

1- Lokasi Bayu Melawi Chalet

Sumber : trip.com

Pantai Melawi merupakan antara pantai yang tercantik di negeri Kelantan Darul Naim. Jauhnya 28km dari bandar Kota Bharu.

Jika korang menaiki kapal terbang untuk sampai ke Kota Bharu, jaraknya pula kira-kira 24.3 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Boleh dikatakan jarak chalet ini dari bandar utama di negeri Cik Siti Wan Kembang ini tidaklah terlalu jauh untuk dicapai.

2- Bilik Penginapan

Sumber : Jelajah Maya

Bayu Melawi Chalet mempunyai 20 buah bilik bersaiz sama yang dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi. Pelbagai kemudahan tambahan seperti seperti TV LCD, seterika, hair dryer dan air cond disediakan bagi memudahkan korang yang datang bercuti di sini.

Sumber : tripadvisor

Saiz biliknya juga cukup luas dan selesa. Disediakan bersama sebuah katil bersaiz queen dan sebuah lagi katil bersaiz single. Memang cukup untuk memuatkan 3 orang dewasa dalam satu bilik yang sama.

Ada beberapa bilik yang berdekatan dengan kolam. Jika korang suka untuk dapat bilik yang berdekatan kolam, korang boleh request dari pihak chalet. Atau jika korang rasa tak berapa selesa dengan bilik berdekatan kolam, boleh juga request dari pihak chalet. Terpulang pada kekosongan bilik waktu korang berkunjung ke sini lah.

Dah sampai di Kelantan, jangan lupa OOTD kat sini tau…

3- Kemudahan & Fasiliti

Dapur

Beberapa kemudahan lain disediakan bagi menambahkan lagi keselesaan tetamu yang berkunjung ke sini. Antaranya ialah dapur yang menggunakan konsep ‘shared kitchen’.

Di dapur ini, ada juga freezer dan peti sejuk bagi memudahkan korang menyimpan bahan mentah untuk kerja memasak dan BBQ.

So, jika korang bercadang nak masak-masak sepanjang percutian, korang boleh lah menggunakan dapur di chalet ini.

Ruang BBQ

Kalau bercuti di pantai dan tak buat aktiviti BBQ, rasanya percutian seakan tidak lengkap, betul tak? Ruang BBQ yang terdapat di chalet ini bakal menjadikan percutian korang lengkap dengan acara masak-masak dan berbarbeku.

Jika nak buat aktiviti barbeku, korang boleh maklumkan pada pekerja chalet. Mereka akan bantu sediakan pit BBQ untuk korang. Menarik tau berbarbeku di tepi pantai sambil mendengar bunyi deruan ombak. Best sangat!

Kolam

Sumber : Jelajah Maya

Menariknya tentang chalet ini, terdapat dua buah kolam renang disediakan bertentangan dengan pemandangan laut yang membiru. Satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. Jika korang tak dapat mandi di laut, berendam di dalam kolam pun tak kurang seronoknya. Kan!

Parking

Jika datang ke sini menggunakan kenderaan sendiri atau sewa, korang tak perlu bimbang tentang di mana nak park kereta korang. Di chalet ini, korang boleh park kereta berdekatan dengan chalet yang disewa.

Kemudahan Intenet

Wifi percuma pun ada disediakan untuk kegunaan tetamu yang menginap di sini. Mudah untuk korang nak terus update dengan isu-isu semasa sewaktu bercuti.

Harga Penginapan Chalet Tepi Pantai Di Bachok

Dengan rate RM140 untuk satu malam, penginapan di Bayu Melawi Chalet ini amatlah berbaloi dan murah. Bayangkan dengan harga sebegini, korang boleh menikmati keindahan pantai dan pemandangan laut yang mendamaikan.

Buka sahaja pintu bilik, korang boleh dengar deruan ombak dan melangkah terus di atas pasir pantai yang putih bersih. Damai sekali.

Jika merancang mahu menginap di sini, jangan lupa buat tempahan awal. Bilik yang ada agak terhad, so untuk pastikan korang dapat menginap di sini, lebih baik bertindak cepat.

Aktiviti di Bayu Melawi Chalet

Persekitaran chalet yang mendamaikan ini amat sesuai untuk aktiviti yang pelbagai. Korang boleh bersuka ria di pantai dan berehat santai.

Aktiviti mandi manda di laut sekitar pantai ini sebenarnya adalah tidak digalakkan. Terdapat papan amaran yang dipasang melarang pengunjung untuk mandi di sini. Tapi korang tak perlu risau, ianya tak mengurangkan keseronokan bermalam di chalet ini.

Jika datang untuk gathering atau family day, boleh plan pelbagai aktiviti menarik yang menyeronokkan seperti bermain ATV dan bersukaneka di pantai. Pasti akan jadi kenangan yang menyeronokkan!

Comments (0)
Add Comment