Kedai Makan Sedap Di Raub – 7 Kedai MESTI Singgah

Yang mencari kedai makan sedap di Raub, koran boleh refer sini ye

Daerah Raub terletak di antara pekan Bentong dan Kuala Lipis, Pahang. Ia merupakan sebuah pekan bernostalgiakan kolonial British dan dahulunya turut terkenal dengan lombong emas bawah tanah di Bukit Koman. Sekarang Raub terkenal dengan ladang terbesar raja segala buah iaitu durian musang king.

Sumber: akuanakpahang

Raub juga merupakan laluan alternatif yang popular di kalangan warga pantai timur kerana ia menghubungkan jalan ke Gua Musang, Kelantan. Jalan Raub – Kuala Lipis – Gua Musang akan menjadi sangat sibuk terutamanya semasa musim cuti sekolah dan cuti perayaan.

Sumber: screenshortfrom

Selain itu, Raub juga terkenal dengan destinasi percutian seperti Bukit Fraser dan tempat reakreasi seperti Lata Jarum, Lata Lembik, Gunung Benom Resort, Lembah Temir, Tanah Aina dan banyak lagi.

Lokasinya yang strategik menyebabkan Raub sering menjadi tempat persinggahan untuk mengisi perut yang lapar setelah lama dalam perjalanan dan juga para penggemar aktiviti ‘food hunting’.

Banyak kedai makan tumbuh di Raub. Untuk memudahkan korang mencari, mari kita lihat 7 kedai makan sedap di Raub yang mesti korang singgah.

Kandungan

Kedai makan sedap di Raub

1. Azmi Ikan Stim Tempoyak

Sumber: azmisteamfish

Pahang amat terkenal dengan ‘signature dish’ tempoyak patin. Menu ini merupakan hidangan utama di kedai Azmi Ikan Stim Tempoyak. Cara masakan ikan tempoyak di kedai ini cukup berbeza iaitu ikan patin dikukus bersama kuah tempoyak.

Sumber: foursquare

Selain itu, ikan sungai yang segar-bugar seperti ikan tipalia, kerai, kelah dan ikan tenggelan turut dijadikan sajian. Tempoyak yang digunakan dihasilkan sendiri dan sudah tentu rasa tempoyak itu sangat padu dan mewah.

Kedai ini turut menyediakan menu kampung lain yang jarang-jarang terdapat di restoran lain seperti sambal terung rembang, masak cili padi telur itik, ketam masak cili, sambal kentang crispy dan lain-lain lauk yang mantap rasanya.

Sumber: azmisteamfish
Sumber: azmisteamfish

Alamat : Lot 1001, Pusat Perniagaan Raub Jalan Tras, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : 11 pagi hingga 12 pagi (setiap hari) kecuali Jumaat dari jam 5 petang

2. Restoran Ratu Rasa

Sumber: Raub-Restoran-Ratu-Rasa-4R

Kalau korang nak merasa makanan singgahsana negeri Pahang, di sinilah tempatnya. Nama pun ‘ratu’ kan. Restoran Ratu Rasa ada menyediakan menu Diraja Pahang iaitu nasi keduli@kebuli, menu ini korang hanya akan jumpa di sini. Nama nasi keduli bermaksud nasi ‘kebawah duli’.

Penyediaan nasi kebuli sedikit rumit. Ayamnya diperap dengan kunyit dan ramuan awasnya yang tersendiri sebelum direbus dan digoreng. Air rebusan ini kemudiannya digunakan untuk menanak nasinya. Nasinya berwarna kuning melambangkan makanan istana.

Korang tengoklah gambar nasi keduli di bawah ni, nampak ringkas je kan… tapi serius sedap tau! ‘Less is more’ gitu. Mesti cuba!

Sumber: Raub-Restoran-Ratu-Rasa-4R

Sudah tentu restoran ini turut menyajikan masakan Pahang yang lain. Antaranya tempoyak patin, rendang opor, sambal hitam, mee sup dan mee kari serta menu makanan barat. Menu ringan seperti roti jala, pulut dengan rendang dan pencuci mulut puding Diraja pun patut korang cuba.

Sumber: Raub-Restoran-Ratu-Rasa-4R

Restoran ini turut buka diwaktu pagi dengan menyediakan juadah sarapan seperti nasi lemak, pelbagai versi roti canai seperti roti sardin, roti bom, roti telur, roti planta dan roti kahwin.

Alamat : 38, Bangunan UMNO, Jalan Dato’ Abdullah, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Rabu tutup

3. Satay Pak Harun Obama

Sumber: feldatersang3.pjk

Satay Pak Harun ini juga dikenali sebagai Satay Obama dan sudah lama tersohor di Raub selama 35 tahun lamanya.

Sumber: saji.my

Satay ini menjadi popular selepas ianya dihidangkan sebagai menu utama ‘Malaysia’s signature dish’ di jamuan makan malam bersama para deligasi ketua-ketua negara di Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan pada 21 November 2015 di mana Malaysia menjadi tuan rumah.

Sumber: tamanmutiara.pjk

Jamuan malam gala itu turut dihadiri oleh Presiden Barack Obama, maka daripada peristiwa inilah nama Satay Pak Harun turut dikenali sebagai Satay Obama.

Lokasi kedai Satay Pak Harun berada di hadapan Hospital Raub. Korang wajib cuba satay yang telah mempromosikan tanah air kita ini. Mestilah sangat sedap hingga dibawa ke persada antarabangsa!

Sumber: 劳勿魅力分享

Alamat : No. 4, Gerai Majlis, Jalan Tengku Abdul Samad, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.30 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Ahad tutup

4. Maat’am Nasi Arab

Sumber: bizzakat

Maat’am Nasi Arab adalah antara restoran yang begitu terkenal di Raub. Kalau nak tukar selera tekak Melayu ke selera masakan negara Timur Tengah, inilah tempat terbaik.

Sumber: Maatam-Nasi-Arab-Raub

Nasi arab di sini dihidangkan dengan pelbagai lauk seperti ayam yang juicy, kambing, udang galah dan daging lembu. Sup gear box pun ada untuk memenuhi selera citarasa orang Malaysia.

Sumber: Maatam-Nasi-Arab-Raub
Sumber: Maatam-Nasi-Arab-Raub

Daripada komentar penggemar nasi arab, nasi Arab di Maat’am adalah antara yang terbaik yang mereka pernah makan. Butiran nasinya panjang, cantik lerai sebiji-sebiji, lembut dan cukup rasa.

Alamat : Jalan Cheroh – Batu Malim, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang setiap kecuali Ahad tutup

5. Ayam Penyet 202

Sumber: ayampenyet202

Kedai Ayam Penyet 202 ni pun popular di Raub tau. Lokasinya terletak betul-betul di tengah bandar Raub dan senang dijumpai.

Dah namanya ayam penyet, maka semua hidangan menunya berkonsepkan penyet. Keenakan Nasi Ayam Penyet 202 ini terletak pada sambalnya yang padu teruk dan gorengan ayamnya yang garing di luar lembut di dalam bersama lebihan gorengan tepung yang berkriuk-kriuk bila dikunyah.

Sumber: ayampenyet202

Tipikal nasi ayam penyet, ia dihidangkan bersama nasi putih, sambal penyet, ulam kobis, timun, tauhu dan tempe goreng serta sup. Ayam penyet tu korang tukar dengan ikan keli, ikan kembung dan ikan tilapia. Kesemua set nasi pakej dengan minuman sirap atau teh o ais.

Sumber: ayampenyet202

Korang juga boleh order menu sampingan seperti pecel lele, bakso penyet, tempe dan tauhu goreng serta bakso goreng. Harganya memang mampu sesuai dengan saiz hidangannya. Masakannya pun disediakan panas-panas.

Alamat : 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari

6. Stall Dapur Western

Sumber: dapurwesternmadeinraub

Stall Dapur Western dikatakan yang terbaik dalam senarai kedai yang menghidangkan menu masakan barat di bandar Raub. Antara sebab kenapa kedai ini selalu ada ‘repeat customer’ ialah kerana mereka menjaga kualiti masakan.

Mengikut komentar daripada pelanggan, Beef steak nya begitu lembut, tak liat dan mudah dipotong. Masuk sahaja ke dalam mulut, terasa daging masih berjus. Harga pun taklah terlalu mahal.

Sumber: dapurwesternmadeinraub

Kalau korang tak tau nak makan apa, dicadangkan korang order menu-menu popular di sini seperti Grilled Chicken Chop, Lamb Chop, Beef Steak Grill, Nasi Goreng Chicken Chop, Lamb Chop, Pasta dan Spaghetti Seafood Aglio Olio.

Sumber: screenshortfrom

Menu sampingan pula ialah pelbagai jenis burger, meatball, kentang goreng dan wedges, nachos dan nugget. Untuk anak-anak korang pula jangan risau, pilihan menu untuk mereka pun ada bersama pakej minuman.

Kedai makan ni selesa sebab ia kedai tertutup berhawa dingin dan ada disediakan ruang solat. Tempat letak kereta pun agak luas.

Alamat : Taman Amalina Lestari, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari

Bila dah sampai ke Pahang, jangan lupa untuk stay di hotel tepi pantai yang siap ada waterpark ni. Anak-anak mesti suka.

7. Cendol Gemuk

Sumber: cendolgemuk

Daya tarikan utama kedai ini tentulah cendol. Mesti best kan bila hari panas terik dapat menikmatinya, lega betul rasa tekak tu. Kedai ini terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga menjadi tumpuan pengunjung dari luar Raub.

Sumber: cendolgemuk

Di kedai Cendol Gemuk, ada berbelas jenis cendol dijual. Paling popular tentulah cendol durian, dah Raub mewah dengan durian. Pilihan minuman lain ialah cendol pulut, cendol jagung, ais milo kepal dan air batu campur.

Sumber: makanlokal
Sumber: cendolgemuk

Datang ke sini tak kan la minum je kan? Korang boleh pesan menu-menu ringan seperti keropok lekor, kentang goreng, nugget, onion ring dan sosej. Nak makan berat sikit pun ada, seperti nasi goreng, paprik, gorengan tepung, tomyam, sup dan nasi lemak.

Sumber: screenshortfrom
Sumber: screeenshortfrom

Susanana dalam kedai boleh dikatakan hipster sebab rekabentuk rak, kerusi dan meja yang digunakan tidak pernah lagi kelihatan di kedai lain. Semua perabut dan peralatan di dalam kedai ini dihasilkan sendiri oleh pemiliknya.

Lokasi kedai Cendol Gemuk terletak agak jauh dari jalan besar. Suasananya nyaman dan jauh dari mendengar hiruk-pikuk bunyi kenderaan. Memang sesuai la nak bertenang-tenang di sini sambil bersembang.

Alamat: No.7, Dataran Bukit Idaman, 27600 Raub, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 4.00 pm – 11.00 pm

Comments (0)
Add Comment