Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan adalah sebuah bangunan ikonik yang terletak di daerah Teluk Intan, Perak.

Bangunan ini juga dikenali sebagai Menara Jam Teluk Intan kerana terdapat padanya terdapat jam besar yang dipasang di bahagian atasnya.

Sumber : orangperak.com

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang menara yang terkenal di negeri Perak ini, jom baca artikel kami kali ini!

Menurut sejarah, menara ini dibina pada tahun 1885 oleh seorang arkitek dan jurutera bernama Leong Choon Chong.

Pada asalnya ianya merupakan tempat takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong.

Sumber : wikipedia.org

Bagi menambah keunikan pada menara ini, pada tahun 1897, jam besar pertama kali dipasang di menara ini sebagai pengingat waktu bagi masyarakat Teluk Intan. Wah, menarik kan?

Agaknya bagaimana menara ini mendapat namanya ya? Tak lain tak bukan kerana reka bentuknya yang unik dan condong ke satu sisi.

Disebabkan bentuknya yang unik inilah menara ini sering disebut sebagai Menara Condong Teluk Intan.

Sumber : libur.com

Diceritakan pada awalnya menara ini tidaklah condong sebagaimana sekarang.

Leong Choon Cheong atau Ah Cheong mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China.

Setelah 10 tahun dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam.

Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.

Baca juga tentang resort depan sungai di Perak kat sini

Sumber : masam manis

Keunikan bentuknya ini membuat Menara Condong Teluk Intan menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di Malaysia khasnya bagi pengunjung negeri Perak Darul Ridzuan.

Untuk pengetahuan korang, menara ini memiliki empat tingkat dan ianya dibina berasaskan dari bahan bata merah. Pada setiap tingkat, terdapat ruangan yang digunakan untuk kegiatan pengawasan dan tinjauan.

Nak rehat-rehat bersama family sambil menikmati deruan pantai? Boleh terus ke sini

Sumber : Utusan Malaysia

Sekarang, Menara Condong Teluk Intan masih digunakan sebagai menara jam dan juga sebagai muzium sejarah yang menampilkan koleksi-koleksi dari masa lalu tentang Teluk Intan.

Selain itu, jika korang berkunjung ke menara ini korang juga akan dapat menaiki tangga di dalam menara untuk menikmati pemandangan kota Teluk Intan dari atas menara.

Comments (0)
Add Comment