Menara Kuantan 188 diiktiraf sebagai menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Ianya terletak di ibu negeri Pahang dan merupakan tarikan terbaru negeri Pantai Timur tersebut.
Ibu negeri iaitu Kuantan ini sebenarnya memiliki banyak lokasi menarik. Banyak juga aktiviti pelancongan yang ada dan mempunyai daya tarik tersendiri.
Kandungan
Tentang Menara Kuantan 188
Nadi baru kepada bandaraya Kuantan ini mempunyai ketinggian 188 meter. Untuk pengetahuan korang, ianya siap pada 3 September 2019 dan baru sangat dirasmikan pada 20 Februari 2022 yang lalu.
Bukan sahaja merupakan yang kedua tertinggi di Malaysia, menara ini juga memegang sijil keahlian World Federation of Great Towers. Hebat, kan?
Lokasi
Dengar nama pun korang dah boleh tahu lokasi menara ini kan? Satu-satunya menara yang ada di Kuantan ibu negeri Pahang Darul Makmur. Ianya mempunyai ketinggian setinggi 188 meter.
Konsep dan Reka Bentuk
Terletak di dalam perkarangan Laman Teruntum dan merupakan sebahagian daripada projek Kuantan Waterfront.
Jika korang datang melawat ke sini, korang boleh menikmati pemandangan seluruh Bandar Kuantan dan panorama Sungai Kuantan dari aras 92.0 meter hingga 104 meter.
Kalau korang perasan, konsep reka bentuk Kuantan 188 yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing.
Ianya macam yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur. Reka bentuk Anjung Menara pula berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok Teruntum Putih.
Sebenarnya setiap elemen dan reka bentuk menara ini mempunyai maksud tertentu.
Sebagai contoh, Anjung Menara melambangkan rakyat Kuantan & penduduk Pahang yang pelbagai.
5 tiang besi yang disusun menjulang dan bersatu pula menunjukkan 5 teras Rukun Negara. Dengan 5 teras ini setiap lapisan rakyat bersatu. 5 tiang besi ini juga melambangkan keteguhan 5 Rukun Islam.
Puncak Menara yang bewarna keemasan melambangkan kedaulatan Sultan. Kedaulatan Sultan ini menyatukan rakyat dan menguatkan agama di bawah naungan KDYMM Tuanku.
Begitulah serba sedikit konsep yang boleh korang ketahui dari segi reka bentuk menara ini.
Aktiviti Di Menara 188
Apa agaknya aktiviti yang korang boleh lakukan di sini? Bukan sekadar melawat tau, korang juga boleh beraktiviti di sini, antaranya :
1- Panorama 360 Darjah
Korang boleh menerokai panorama bandar dan sungai Kuantan melalui anjung tinjau 360 darjah yang terletak di bahagian kepala menara.
2- Sky Walk, Drop Zone & Anthena Climb
Aktiviti yang paling popular di sini tentulah Sky Walk. Ramai yang datang ke sini untuk merasai pengalaman berjalan di atas awan.
Sudah pasti elemen keselamatan dititik beratkan. Jadi korang tak perlu bimbang.
Selain itu korang juga boleh melakukan aktiviti Drop Zone dan Anthena Climb sama seperti yang terdapat di Menara Macau dan Taipei 101.
3- Makan Malam Romantik
Korang mahukan pengalaman yang menarik untuk makan malam romantik? Mungkin korang boleh dapatkan pakej yang disediakan pihak restoran menara 188 ini.
Ini adalah antara tarikan terbaru yang diinisiatifkan bagi menambahkan keunikan menara ini.
4- Sambutan Hari Jadi/Ulangtahun
Hari jadi orang tersayang dah dekat? Apa kata korang buat kelainan tahun ini. Sambut hari jadi atau ulangtahun di atas menara sambil menikmati panorama bandar Kuantan yang indah.
Kemudahan di Menara Kuantan 188
Bukan sahaja unik dari konsep dan reka bentuk. Kemudahan asas di menara ini juga lengkap. Jadi korang tak perlu risau jika datang berkunjung ke sini.
Antara kemudahan yang ada termasuklah :
- Surau
- Tandas
- Lif
- Kiosk & ruang niaga
- Restoran
- Ruang Tinjau Terbuka (Green Roof / Decking)
- Anjung Tinjau Terbuka (maksimum 120 orang)
- Anjung Tinjau 360 darjah pemandangan Bandar Kuantan (maksimum 120 orang)
Waktu Operasi & Tiket Masuk
Menara 188 Kuantan ini boleh dikunjungi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Cumanya pada waktu hujung minggu, waktu lawatan dipanjangkan sehingga pukul 12 tengah malam.
Harga tiket pula mengikut pakej, peringkat umur dewasa dan kanak-kanak. dan juga taraf kewarganegaraan. Korang boleh refer sini ye :
Menarik juga kan tarikan terkini di bandar Kuantan ini. Korang boleh cuba dan rasai sendiri pengalaman melawat menara kedua tertinggi di Malaysia ini.