Wow!!! Itulah reaksi spontan apabila menjejakkan kaki ke halaman Nouri Glass Villa ini.
Itu belum lagi tatkala melangkah masuk ke dalam villa, ber wow-wow lah kita agaknya. Begitulah betapa menariknya destinasi staycation mewah kali ini.
Sesuai dengan namanya, Nouri Glass Villa, banglo satu tingkat ini dibina berdindingkan gelas kaca dan dikelilingi oleh hutan rimba nan hijau.
Lokasi rumah yang terpencil ini akan membuatkan korang berasa ekslusif tiada gangguan dunia luar. Seluruh villa ini untuk korang sahaja.
Nouri Glass Villa terletak Kampung Padang, Hulu Langat, Selangor iaitu kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur viral dengan Jambatan Saloma – tempat OOTD tumpuan ramai. Boleh tengok di sini
Kandungan
Rekabentuk dan Dekorasi
Dinding dan tingkap yang berkaca membenarkan pandangan korang menembusinya supaya dapat menikmati kehijauan pokok-pokok di luar tanpa sebarangan halangan seperti langsir.
Ye tiada langsir di villa ini kecuali di bilik-bilik sahaja untuk privacy.
Cahaya matahari yang lolos ke dalam ruang villa benar-benar mencantikkan villa ini secara semulajadi.
Hiasan dalaman villa ini ringkas tetapi functional. Susun atur yang kemas, perabutnya bercirikan sleek design dan cat dindingnya berwarna lembut.
Faktor-faktor ini yang membuatkan villa ini mewah seperti rumah selebriti.
Villa ini sangat luas hingga boleh menempatkan 20 orang sekeluarga dengan sangat selesa.
Pernah dilaporkan sehingga 50 orang pernah menginap di sini termasuk kanak-kanak dan ia masih selesa.
Villa ini direkabentuk mesra-kerusi-roda.
Jadi, tiada masalah untuk membawa ahli keluarga korang yang berkerusi roda.
Bilik-bilik
Villa ini mempunyai 7 bilik.
6 daripadanya sesuai untuk yang sudah berkahwin atau berkeluarga dan 1 bilik lagi sesuai untuk yang masih bujang kerana katil di bilik ini adalah jenis 2 tingkat.
Terdapat 8 bilik air di mana setiap bilik mempunyai bilik airnya tersendiri manakala 1 bilik air kongsi.
Dapur
Bercuti 2-3 hari di sini tentulah korang nak memasak kan?
Rugilah juga kalau dah membayar mahal tapi tak gunakan kemudahan dapur di sini. Dapur yang mewah pula tu, bila lagi nak merasa.
Dapur villa ini dilengkapi dengan peti sejuk, microwave, oven, pembakar roti, periuk nasi, sandwich maker, cerek elektrik dan dapur memasak siap dengan hood.
Dapur pula terbahagi kepada dapur kering dan dapur basah.
Peralatan memasak disediakan daripada A-Z dengan segala pinggan mangkuk sudah disusun siap-siap dalam kabinet dapur.
Tak perlulah korang nak angkut segala periuk belanga daripada rumah macam nak pindah, cuma korang perlu bawa makanan sendiri je.
Barbeque
Kemudahan BBQ juga ada disediakan untuk acara bakar-membakar sebelah malam pula.
Ruang makan pula terdapat di 2 bahagian iaitu di dalam dengan meja makan yang panjang dan di luar untuk korang yang nak menghirup udara segar sambil makan.
Kolam Renang dan Jakuzzi
Di zaman sekarang, setiap destinasi staycation wajib ada kemudahan kolam renang.
Kolam renang di Nouri Glass Villa bersaiz besar dan ada membahagikan kolam untuk dewasa dan kanak-kanak. Jacuzzi pun ada, tentu seronok berendam lama-lama sambil menyembang kan?
Ruang Menonton TV
Sebuah televisyen flat screen bersaiz besar disediakan di ruang menonton.
Ruang yang luas membuatkan korang selesa berlonggok beramai-ramai sambil menonton rancangan di Netflix.
Perkhidmatan WiFi juga disediakan di seluruh villa ini.
Ada lagi satu kemudahan yang tidak kurang pentingnya iaitu mesin membasuh pakaian.
Mesin basuh ini mungkin penting bagi korang yang bergelar ibu untuk membasuh pakaian anak-anak yang kotor dan memerlukan cucian segera.
Sebelum balik dapat membasuh baju pun lega juga, dapatlah kurangkan satu kerja pasca-bercuti bila balik rumah nanti kan?
Sepadan dengan konsep staycation, fasiliti yang disediakan di Nouri Glass Villa cukup untuk membuatkan korang tidak mencari hiburan dan aktivti di luar daripada villa ini.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai villa yang awesome ini, korang silalah layari Facebook dan Instagram Nouri Glass Villa.
Melihat perkongsian foto-foto mereka yang telah merasai kelainan villa ini pasti akan membuatkan korang dah tak sabar nak buat tempahan. Jom kita!
- Alamat: Lot 3488, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, Hulu Langat, Selangor
- Lokasi: sila klik di sini
- No. Telefon: 013-6356083