Korang masih tercari-cari pantai cantik dan menarik di Malaysia?
Korang janganlah risau. Malaysia masih kaya dengan alam semula jadinya dan keindahannya. Oleh sebab itulah korang tak dapat nak buat keputusan untuk bercuti dimana.
Jom kita lihat beberapa pantai yang menarik dan cantik di Malaysia yang korang boleh letak dalam senarai percutian korang.
Kandungan
Pantai Cantik Dan Menarik Di Malaysia
1- Pantai Juara Pulau Tioman, Pahang – Pantai cantik dan menarik
Pantai Kg. Juara Pulau Tioman ini pernah tersenarai daripada 100 pantai cantik di dunia oleh CNN.
Kg Juara merupakan satu-satunya kampung yang berada di belakang Pulau Tioman dimana semua kampung lain menghadap tanah besar semenanjung tetapi Kampung Juara menghadap Sarawak.
Ianya terkenal dikalangan peminat sukan menyelam.
Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar.
Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
2- Pantai Panjang (Long Beach) Pulau Perhentian Kecil, Terengganu – pantai cantik dan mendamaikan
Long Beach di Perhentian Kecil ini merupakan antara pantai yang tercantik di Malaysia dan masih lagi dipelihara alam semula jadinya.
Yang menariknya, korang dapat melihat matahari terbenam jika ke sini.
Pasirnya yang putih dan halus ditambah lagi dengan kawasannya yang luas dan panjang menjadikannya ‘port’ yang sangat menarik untuk lepak sama ada waktu siang mahupun malam.
3- Pantai Pulau Manukan, Sabah
Pulau Manukan merupakan sebuah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu.
Pulau ini memiliki beberapa kawasan pantai yang terbentang cantik di kawasan pantai selatan.
Pulau Manukan mempunyai terumbu karang yang sangat cantik di luar pesisir pantai dan selalu menjadi tumpuan para penyelam.
Merupakan yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman Malaysia serta turut diktiraf sebagai taman laut negara.
4- Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
Pantai menarik di Malaysia seterusnya adalah Pantai Teluk Kemang. Kawasan ini terletak di batu 7 dan 8, Teluk Kemang yang merupakan kawasan pantai yang terbesar dan popular di Port Dickson.
Kawasan pantai ini sentiasa dipenuhi pengunjung kerana dilengkapi semua kemudahan dalam satu tempat.
Dilengkapi gazebo, kedai-kedai makan, parkir kereta yang luas, tandas awam, kedai cenderamata, kedai aksesori mandi, permainan jet ski, banana bot dan sebagainya.
Penginapan yang anda disediakan berhampiran pantai adalah Ancasa Allsuites Resort, Cozzi Hotel, Thistle PD, Pearl Villa Hotel & Resort Port Dickson.
Nak Bercuti Di Musim Covid 19? Baca Ini Dahulu!
5- Pantai Teluk Senangi, Lumut, Perak
Pantai ini terletak berhampiran Resort Swiss Garden Damai Laut di Lumut Perak.
Pantai ini tidak sesak dengan pengunjung dan merupakan lokasi sesuai untuk berpiknik.
Malah, jika korang seorang yang gemar mengambil gambar, Teluk Senangin menawarkan pemandangan yang indah dan menarik khususnya di waktu senja ketika matahari terbenam.
Penginapan yang berada di sekitar pantai seperti Teluk Senangin Chalet.
6- Pantai Cherating, Kuantan, Pahang
Pantai yang gah dan menjadi bulan di kalangan pelancong tempatan dan luar negara kerana lokasinya yang strategik untuk pelbagai aktiviti termasuk luncur ombak.
Sepanjang Pantai Cherating ini juga terdapat banyak chalet dan resort yang anda boleh menginap dengan harga berpatutan.
7- Pantai Balok, Kuantan, Pahang
Korang dan keluarga jenis sukakan cabaran?
Jom ke Pantai Balok kerana pantai ini cukup terkenal dengan aktiviti luncur angin.
Sambil berpiknik, boleh belajar pelbagai aktiviti yang disediakan disini. Kawasan pantai ini juga dipenuhi dengan kedai makan dan deretan hotel bajet, sederhana dan mewah.
8- Pantai Beserah, Kuantan, Pahang
Pantai Beserah merupakan destinasi pantai yang menarik di Malaysia. Ianya ibarat sebuah perkampungan nelayan di tepi pantai.
Korang boleh melihat bagaimana kerja-kerja mengasingkan, menyiang dan menjemur ikan-ikan kering di sini.
Pendek kata, korang juga boleh kunjungi kilang batik dan bengkel cenderamata yang terletak berhampiran Pantai Beserah.
9- Pantai Desaru, Johor
Pantai dengan pasir yang putih bersih sepanjang 25KM. Pantai Desaru merupakan pantai yang paling popular di Johor. Ia merupakan kawasan tumpuan pelancong, khususnya yang datang bersama keluarga untuk bercuti.
Desaru juga sesuai untuk korang yang mempunyai bajet lebih dan mahu tidur di resort yang selesa.
Setakat ini sahaja perkongsian untuk korang rujuk sebelum korang ke pantai yang menarik di Malaysia.
Selamat bercuti semua!