Pantai Penarek Terengganu- Port OOTD yang cantik

Terengganu – Negeri yang cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik. Inilah antara kata-kata yang popular dan tepat sekali bila sebut sahaja tentang negeri Terengganu. Dan kalau korang nak tahu, di Terengganu ada satu tempat yang kian popular di kalangan pelancong iaitu Pantai Penarek.

Ramai yang tertarik dengan keunikan negeri di Pantai Timur Tanah Semenanjung ini. Dikelilingi perairan laut yang jernih, berpantaikan pasir halus nan memutih, kaya dengan deretan pulau-pulau yang cantik dan bersih serta alam semulajadi yang menawan.

Terengganu, selain dari mempunyai keindahan alam semulajadi ianya juga mewah dengan nilai budaya masyarakat Melayu dan Cina yang hidup aman bertoleransi.

Jika korang ke Terengganu untuk menikmati keindahan pantai dan alam semujadinya, korang wajib pergi ke Pantai Penarek.

Kandungan

Apa yang menarik di Pantai Penarek?

Salah satu pantai di Terengganu yang cukup cantik dan indah sekali. Ianya terletak di daerah Setiu, Kuala Terengganu. Lokasinya agak sedikit jauh dari bandar.

Namun sesuatu yang sukar dinafikan, pemandangan di pantai ini cukup cantik sekali khasnya untuk mereka yang suka bergambar dan berOOTD.

Sebelum menjadi tumpuan pelancong, kawasan ini lebih dikenali sebagai laluan alternatif jalan pantai untuk ke Kota Bharu selain melalui Permaisuri sebagai jalan utama.

Namun kini, keindahannya semakin menjadi tumpuan pilihan destinasi percutian pengunjung negeri Terengganu.

Nak tahu apa yang menariknya tentang Pantai Penarek ini? Jom kita terokai satu persatu.

1. Pantai dengan pemandangan pokok kelapa yang menyenangkan.

Sumber : Facebook

Beginilah pemandangan yang korang bakal nikmati apabila mengunjungi pantai ini.

Bergambar dengan bertemakan pemandangan pokok kelapa di tepian pantai, sudah pasti korang akan terpegun dengan gambar OOTD korang sendiri.

Dikatakan juga antara pantai yang mempunyai pemandangan yang cantik dan menarik. Pasirnya putih dan bersih, lautnya indah membiru. Cukup damai sekali memandang.

Beruntung sekali jika dapat OOTD di tepi pantai yang indah dan menenangkan seperti pantai ini.

2. Makanan Celup Tepung Viral di Pantai Penarek

Sumber : Facebook

Kawasan ini mula menjadi viral dan terkenal dengan ikan celup tepung yang berbaloi dan segar. Jika korang peminat makanan laut celup tepung, di sini merupakan port yang terbaik untuk korang.

Bayangkan korang sedang menikmati makanan kegemaran di persisir pantai yang tenang dan indah bertemankan bunyian ombak yang menderu. Aduh,asyik sekali!

3. Dekorasi Buaian dan Pangkin

Sumber : Facebook

Disebabkan makanan celup tepung merupakan tarikan yang menarik pelancong datang ke sini, maka pengusaha-pengusaha makanan celup tepung ini berusaha mencantikkan kedai-kedai mereka.

Tujuannya nak bagi kelainan dan pengalaman menarik kepada pelanggan mereka.

Di sini korang boleh lihat macam-macam dekorasi yang cantik dan unik seperti buaian dan juga pangkin. Dibina khas untuk pelanggan berOOTD sambil menikmati menu makanan di kedai mereka.

4. Pemandangan Laut dan Pulau

Sumber : Facebook

Nak pergi ke pulau-pulau popular di Terengganu, tapi korang tak berani sebab takut laut dan sebagainya?

Jangan risau, salah satu kelebihan pantai yang indah ini ialah kedudukannya yang sangat sesuai untuk melihat pemandangan pulau dari pantai.

Antara pulau-pulau yang boleh dilihat dari pantai ini ialah Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Lang Tengah dan Pulau Kapas.

Tak berani nak meredah lautan untuk ke pulau, OOTD dari jauh pun cukuplah!

5. Deretan Bot Nelayan Berlabuh di Pantai Penarek

Sumber : Facebook

Pernah tak korang lihat gambar pemandangan di tepian pantai bersama dengan bot-bot nelayan? Cantik, bukan?

Kalau korang ke sini dan bernasib baik, mungkin korang boleh bertemu dengan nelayan-nelayan yang sedang merehatkan bot-bot mereka di persisiran pantai.

Andai bertemu, pastikan korang tidak lepaskan peluang bergambar dengan berlatarbelakangkan bot-bot milik para nelayan.

Pantai Penarek seperti namanya cukup lengkap sebagai pakej yang mampu menarik pengunjung datang mengunjunginya.

Bagi korang yang belum pernah ke sini, pastikan pantai yang cantik ini tersenarai sebagai destinasi wajib dikunjungi apabila bertandang ke Terengganu. Percayalah, korang pasti akan jatuh cinta.

Comments (0)
Add Comment