Yang sedang cari penginapan di Genting Highland, korang boleh skodeng Windmill Upon Hills.
Bila sebut tentang Genting Highland sure terbayang suasana sejuk atas bukit dengan view yang sangat cantik.
Genting Highlands terkenal dengan resort di tanah tinggi, terletak di Pahang, Malaysia, sekitar 45 kilometer di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Ketinggian sekitar 1.800 meter di atas permukaan laut.
Kat sini ada banyak hotel-hotel dan resort mewah, antaranya adalah Windmill Upon Hills Genting Highland, yang mempunyai view yang sangat cantik dan mendamaikan.
Yang penting juga, bila stay kat sini sangat mudah untuk dapatkan keperluan harian dan makanan.
Tengok lah sekeliling ni, sejuk dan sangat mendamaikan. Jangan lupa bawa baju tebal sama ye kalau ke Genting Highland ni.
Boleh hilang sekejap segala rasa stress dengan kerja seharian bila nikmati suasana indah macam ni.
Windmill Upon Hills Genting Highland
Penginapan ni terletak di Genting Permai Avenue, dan ia sangat-sangat strategik kerana dekat dengan kedai-kedai dan restoran. So, korang tak peru risau tentang makanan dan keperluan sepanjang di sini. Just enjoy the momenat sahaja.
Kalau tengok pada namanya pun, windmill yang membawa maksud kincir angin. So, tak hairanlah kalau kita tengok, design tempat ni seakan kincir angin. Design setiap bangunan kat sini bercabang tiga dan kalau tengok dari sisi atas, ia seakan kincir angin. Menarik kan.
Korang akan dapat tengok permandangan dengan view yang berbeza dari setiap sudut. Memang cantik sangat.
Penginapan di Windmill Upon Hills Genting Highland
Penginapan di Windmill Upon Hills Genting Highland ni berkonsepkan apartment. So sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga.
Jaraknya hanya 4.5km sahaja cari centre of Genting Higlands.
Setiap unit apartment dilengkap dengan 1,2,atau 3 bilik yang serba lengkap dengan kelengkapan sebuah rumah mewah. Rasa macam lagi seronok stay sini compare rumah sendiri hehehe.
Apa yang menarik di Windmill Upon Hills Genting Highland
Apa taknya, complete dengan mesin basih, peti sejuk, tv dan free wifi. Yang buat lagi seronok dari ruamh sendiri tu sebab ada garden, gym, kolam renang, dan mountain view yang tak ada kat rumah kita.
Antara tarikan menarik kat sini
1- kolam kanak-kanak
2- Spa dan relaxing are
3- Beach chair
4- Jakuzi
5- Gym
6- Sauna
7- Garden
Yang menariknya, kat sini wheelchair friendly. Semua unit adalah wheelchair accessible. Dan semua level boleh akses dengan lif (elevator).
Untuk yang nak bercuti dan shopping ke Genting Highlands, korang boleh try stay kat sini. Sekali stay, pasti repeat lagi.
Alamat : Jalan Permai, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang.
Booking dengan cepat dah mudah, dengan harga yang murah di sini