Ada banyak pulau menarik di Johor. Di sini saya listkan 5 yang jadi tumpuan.
Kebiruan laut, kejernihan airnya dan ketenangannya pasti membuat korang terpanggil untuk membuat percutian di pulau. Pulau adalah sebuah tempat yang dikelilingi air, dan bot serta feri menjadi salah satu pengangkutan penduduknya.
Negeri Johor memiliki beberapa buah pulau yang menarik untuk korang kunjunginya.
Pulau-pulau ini di jaga dengan rapi agar tidak menjejaskan hidupan marin yang terdapat di setiap kepulauan tersebut.
Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di Johor. Ini kerana Mersing mempunyai kawasan yang strategik sebagai pusat pelepasan bot.
Mari kita lihat beberapa pulau menarik di Johor yang kaya dengan hidupan marin dan keindahan flora serta fauna.
Kandungan
5 pulau menarik di Johor
1- Pulau Rawa
Pulau Rawa merupakan sebuah pulau yang terkenal dengan pantai berpasir putih dan perairan yang jernih. Ianya juga dikenali sebagai Maldives, Malaysia.
Keistimewaan Pulau Rawa adalah luncuran air oren yang besar dan ikonik. Korang pasti akan berasa gembira jika korang dapat meluncur ke laut dan menikmatinya sekali seumur hidup.
Keindahan Pulau Rawa dapat dilihat jika korang berkanu di sekitarnya ketika air laut tenang. Persisiran pantai Johor juga dapat dilihat jika korang mendaki 270 anak tangga di bahagian timur pulau.
Kepenatan korang pasti hilang kerana setelah sampai di puncak, korang akan dapat melihat matahari terbenam jika korang mendaki pada waktu petang.
2- Pulau Aur
Pulau Aur merupakan pulau yang terletak 80km dari Mersing. Pulau Aur adalah sebahagian daripada Taman Laut Johor. Menariknya Pulau Aur ini menjadi semakin popular kerana terdapat kolam semula jadi di luar persisir pantai.
Baca juga tempat menarik di Johor di sini
Sangat sesuai untuk kaki selam scuba kerana kawasannya yang jauh dari pantai dan pastinya korang dapat melihat banyak hidupan marin yang berwarna-warna.
3- Pulau Pemanggil
Tempat ini terletak di dalam daerah Mersing, Johor. Jarak antara Mersing ke Pulau Pemanggil 53KM. Kebanyakkan pelancong datang untuk memancing.
Kaya dengan hasil laut yang pastinya akan membuat para pemancing tertarik untuk datang ke sini sambil bercuti dan menikmati makanan laut yang ditangkap sendiri.
Di sini ada banyak lubok ikan. Antara ikan yang ada di Pulau Pemanggil ialah ikan barakuda, ikan tenggiri, ikan tongkol, ikan kerapu, ikan merah, dan pelbagai lagi. Bagi korang yang suka makan sotong, anda boleh datang ketika musim mencadat sotong antara pertengahan bulan Ogos dan akhir September.
4- Pulau Tinggi
Juga dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral. Pulau ini dahulunya menjadi tempat persinggahan para pedagang yang berlayar.
Merupakan tempat bagi program penternakan kerang gergasi dan penetasan penyu. Tarikan yang terdapat di pulau ini adalah pantai yang bersih, pusat hidupan marin dan hutan yang tebal sesuai untuk dakian ringan.
5- Pulau Dayang
Terletak bersebelahan Pulau Aur, pulau ini merupakan spot terbaik untuk melihat hidupan marin. Pulau ini juga korang boleh buat tempat bercuti sambil menenangkan diri korang.
Di Pulau Dayang juga terdapat kursus menyelam yang biasanya dijalankan pada bulan Februari sehingga November.
Korang tak akan rugilah jika masuk kelas menyelam ni. Beruntung korang kalau dapat jumpa ikan yu, paus dan pari jika sedang belajar menyelam.
So, dah boleh mula rancang percutian, jika nak bercuti di pulau-pulau menarik yang terdapat di Johor.
Pastikan korang buat tempahan awal untuk mengelakkan sebarang kesukaran nanti. Merancang lebih baik tau.
Harap perkongsian ini dapat membantu korang.