Putrajaya bukan sahaja terkenal sebagai pusat pemerintahan negara Malaysia, malah ianya turut mempunyai pelbagai lagi tarikan tersendiri yang semakin popular di kalangan pelancong, salah satunya yang terkini ialah Putrajaya Secret Garden.
Taman rahsia Putrajaya ini kini bukan lagi rahsia. Ianya semakin hari semakin dikenali sebagai salah satu port lepak dan santai terbaik ketika hujun minggu.
Apa yang istimewanya taman ini? Jom bersama kami, kita korek rahsia taman ini.
Kandungan
Lokasi Putrajaya Secret Garden
Tak sukar mana pun nak cari lokasi taman ini.
Lokasinya sangat hampir dengan Putrajaya Steps, tangga riadah yang terdapat di Putrajaya. Untuk sampai ke taman rahsia ini, korang boleh mendaki Putrajaya Steps. Tiba sahaja ke puncak, korang pasti akan sampai ke taman ini.
Tak nak mendaki tangga, tak apa. Jangan risau, sebab ada laluan lain yang boleh korang gunakan untuk sampai ke sini. Boleh waze arah untuk ke Hotel Pulse Grande, Presint 1.
Ianya terletak di Taman Putra Perdana Presint 1, betul-betul berhadapan dengan Hotel Pulse Grande.
Tarikan di Putrajaya Secret Garden
Menjelang malam, taman ini cukup indah dan cantik bercahaya. Lampu-lampu yang menerangi taman ini dengan bermacam warna dan cahaya menjadikan ianya kelihatan sangat ceria di waktu malam. Seakan berada di alam fantasi!
Begitulah tarikan yang cukup kuat sekali di taman rahsia ini.
Dekorasi di taman ini yang dihias indah menggunakan lampu-lampu LED yang pelbagai. Setiap pokok-pokok, laluan-laluan dan infrastruktur yang ada di sini dilingkari lampu-lampu yang terang bercahaya.
Juntaian lampu-lampu LED yang dipasang di pokok-pokok yang ada di sini juga menambah seri suasana taman ini. Bukan itu sahaja, ada juga lampu-lampu yang dipasang di bush-bush taman ini. Menjadikan ianya kelihatan seakan-akan bunga yang bercahaya.
Suasana yang ada di sekitar taman ini memang menarik sekali. Jika bergambar di sini, korang akan dapati gambar yang di snap di sini unik dan cantik. Dan memang ramai pun yang datang ke taman ini semata-mata ingin bergambar dengan latar belakang taman yang indah bercahaya ini.
Keunikan taman rahsia ini menjadikan ianya pilihan terbaik bagi pasangan pengantin yang ingin merakamkan memori indah bergelar pengantin. Bukan itu sahaja, taman yang indah ini pasti menjadi tarikan pengunjung untuk datang ke Putrajaya menikmati suasana penuh unik dan romantik ini.
Berada di taman yang penuh dengan cahaya ini pasti akan meninggalkan memori indah bersama pasangan mahupun keluarga. Jika datang bersama anak-anak kecil, mereka juga pasti golongan yang teruja dengan warna-warni cahaya yang menyilau.
Ada banyak lagi tempat menarik di Putrajaya ni, tengok kat sini ye…
Kemudahan di Putrajaya Secret Garden
Memandangkan taman ini baru sahaja dibuka kepada awam, tidak banyak lagi kemudahan yang tersedia.
Namun dari segi kemudahan asas seperti tandas, korang boleh didapati di tempat letak kereta awam yang berdekatan taman ini.
Untuk makluman, buat masa ini masuk ke taman ini percuma sahaja. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Sementara masih lagi percuma ni, datanglah ke sini bawa keluarga bersama.
Tips
Sedikit tips untuk korang yang bercadang datang ke sini :Untuk menikmati pemandangan dengan cahaya lampu yang indah bersinar, digalakkan datang pada waktu malam selepas selesai solat Maghrib. Ini kerana, lampu-lampu LED yang ada di taman ini dibuka pada jam 7 malam ke atas.
Memandangkan tiada gerai makanan atau minuman yang ada di taman ini, korang digalakkan membawa sendiri snek dan minuman. Ataupun datang sahaja selepas selesai menjamu selera di kawasan berdekatan.
Banyak sebenarnya pilihan tempat menjamu selera yang ada, korang boleh ke Ayer 8, Laman Selera Putra yang terletak bersebelahan Masjid Putra, atau pun ke IOI City Mall dan Alamanda Shopping Centre.
Nak lebih menarik, boleh juga menjamu selera di Pulse Grande Hotel. Selesai bersantap boleh turun menikmati keindahan pemandangan taman rahsia ini pula.
Oh ya, pastikan telefon bimbit korang penuh baterinya ya. Boleh bergambar dan bervideo sepuas hati nanti.
Inilah dia antara yang menarik tentang Putrajaya Secret Garden yang kini semakin mendapat tempat sebagai pilihan taman untuk bersantai bersama keluarga.
Jangan lupa kunjung ke sini ya!