Malaysia sentiasa menjadi tumpuan para pelancong asing. Bukan sahaja kerana makanan yang sedap. Tapi kerana tempat menarik di Malaysia yang menjadi perhatian orang luar untuk lebih mengenali Malaysia.
Di sini kami kongsikan dengan anda, tempat menarik untuk melancong dalam negara yang boleh dikunjungi di seluruh Malaysia.
Kandungan
1. Cottage Homes PD
Sekali pandang, rasa seperti berada di taman tema disney anak-anak pun ada juga. Penginapan di Cottage Homes PD yang berwarna-warni ini memang menceriakan suasana dan menaikkan mood pengunjung.
Lebih menyeronokkan jika anda datang bersama keluarga dan anak-anak kecil. Ia pasti menjadi sebuah percutian yang sangat membahagiakan mereka kerana suasana tenang dan nyaman di sini.
Ada 4 jenis penginapan yang ditawarkan di sini iaitu Mini Banglo Daisy Cottage, Bluebell Cottage, Studio Suite Cottage dan Sunflower Cottage. Nama penginapan pun comel sahaja kan. Anda pilih ikut kesesuaian, nak menginap di cottage yang mana.
Kalau lihat dekorasi dalaman cottage ini, tak ubah seperti anda masuk ke gedung ikea. Konsep minimalist tetapi sedap mata memandang. Memang wajib cuba!
Ada pelbagai fasiliti disediakan untuk kemudahan para pengunjung. Kolam renang (dewasa dan kanak-kanak) adalah daya tarikan utama apabila anda tiba di kawasan cottage ini.
Selain itu juga, ada meja makan dan kerusi di ruangan patio, air filter cuckoo, bbq pit, sun lounger, kawasan untuk beraktiviti, tempat letak kenderaan yang luas dan juga gazebo untuk berehat santai.
Makna kata, memang boleh tersenyum lebar kalau buat aktiviti keluarga disini. Semuanya ada disediakan.
Alamat: Cottage Homes PD, Kg Sawah Sunggala Port Dickson
Sumber gambar: Facebook Cottagehomespd
2. Japamala Resort
Penginapan yang diselubungi oleh keindahan alam semulajadi memang sesuatu yang sangat menakjubkan. Anda faham apa perasaan bila malam ada bunyi bisik-bisik haiwan di rimba yang menghijau ini.Serius, pengalaman bercuti begini kita patut cuba rasai sendiri.
Japamala Resort yang terletak di Pulau Tioman ini sentiasa menjadi pilihan mereka yang inginkan privasi. Ia merupakan sebuah ‘eco-luxe’ resort yang dibina di atas tanah berkeluasan 11 ekar dengan mengekalkan keindahan alam semulajadi.
Untungnya jika menginap di sini, anda memang ada ruang privasi untuk berehat dan bersantai. Petang hari boleh luangkan masa untuk lihat matahari terbenam. Memang seronok dapat menginap di resort yang berhampiran dengan pantai ini.
Anda juga boleh lakukan aktiviti lain seperti menyelam skuba, buat rawatan spa dan mandi manda di kolam resort ini. Jadi, untuk anda yang inginkan percutian privasi, wajib cuba untuk menginap di Japamala Resort ini.
Laman Web: japamalaresorts.com
Alamat: JapaMala Resort, Pulau Tioman, Pahang
Sumber gambar: Facebook Japamala Resort (Tioman Island)
3. Kuang Kampung Retreat
Ada di antara kita yang mungkin tak ada kampung seperti kebanyakan orang. Kampung halamannya di Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Sedih kan bila tak dapat merasa nikmatnya suasana desa di kampung.
Tapi, dengan adanya Kuang Kampung Retreat, ia bukan lagi halangan. Hanya 30 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur, anda akan sampai ke Kuang Kampung Retreat yang terletak di Sungai Buloh.
Rumah ini diperbuat daripada kayu istana lama Kuala Lipis yang dikitar semula dan dibina oleh tukang rumah yang dibawa khas daripada Kelantan. Ada 1 bilik utama dan 2 bilik tetamu yang boleh memuatkan sehingga 7 orang penginap dalam satu-satu masa.
Anda yang teringin nak mencuba untuk menginap di sini, boleh terus hubungi pihak yang berkenaan.
Laman Web: avillionprivatecollection.com
Alamat: Lorong Orkid, Kuang, 47000 Sungai Buloh, KL, Malaysia
Sumber gambar: Airbnb Kuang Kampung Retreat
4. The Cedar at Bidor
Villa besar di Bidor Perak ini memang menggamit kita untuk bawa keluarga besar bercuti. Terasa betapa tenang dan nyamannya andai dapat menginap di villa yang berada di tengah-tengah hutan menghijau ini.
The Cedar at Bidor ini memang sesuai untuk ada yang inginkan privasi. Villa ini mampu beri keselesaan untuk jumlah penginap yang ramai (20 orang maksimum). Ada 8 bilik tidur, 8 bilik air dan 2 tandas. Memang selesa sangat!
Selain itu juga, ada pelbagai fasiliti lain yang disediakan. Antaranya ialah ruang tamu atau boleh di tukar menjadi ruang karaoke, ruang makan outdoor, kawasan bbq dan ruang dapur untuk memasak.
Jika anda bawa anak-anak kecil, jangan risau kerana ada disediakan kids playroom. Nak ajar anak main pool pun boleh sebab ada juga pool table. Paling best sebab ada kolam renang infiniti yang sentiasa jadi buruan anak-anak bila bercuti.
Apa yang lebih menarik, villa ini terletak berhampiran dengan Air Terjun Gepai. Hanya 5 minit perjalanan, anda boleh rancang untuk berkelah di sana. Selain itu juga, anda boleh tengok pemandangan matahari naik dan juga terbenam daripada villa ini.
Jadi, jika anda ada merancang untuk bercuti di utara Malaysia, boleh lah rancang untuk menginap di sini.
Telefon: +6012-683-9979
Laman Web: thecedarbidor.com
Alamat: Lot 1852, Jalan Paku, Kampung Chang, 35500 Bidor, Perak
Sumber gambar: Facebook The Cedar at Bidor
5. The Kabin
Anda yang nak merasa pengalaman menginap di dalam kabin, boleh cuba untuk ke Kuala Selangor. Hotel yang diperbuat daripada kontena lama dan diubahsuai ini memang mencipta kelainan dalam industri perhotelan.
Anda bayangkan, macam mana kontena yang kita nampak biasa sahaja itu itu diubahsuai menjadi bilik hotel yang sangat selesa dan menakjubkan. Ada pintu sliding dan dinding kaca juga di hotel ini. Memang menyeronokkan.
The Kabin ini terletak di kawasan Pantai Remis. Jadinya alang-alang dah sampai sini, boleh cuba menginap di dalam kontena pula.
Telefon : +60332640578 | +60176783825
Laman Web: thekabin.com.my
Alamat : The Kabin, Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia.
Sumber gambar: Facebook The Kabin Malaysia
Anda yang sedang mencari tempat menarik di Malaysia untuk dikunjungi, boleh pilih mana-mana yang bersesuaian.