Tempat Menarik Di Pahang Darul Makmur

Negeri Pahang Darul Makmur adalah negeri yang ketiga terbesar di Malaysia dengan keluasan sebanyak 35,960 kilometer persegi. Kalau nak melawat tempat menarik di Pahang memang perlukan masa yang panjang.

Di sini kami kongsikan dengan anda antara tempat pilihan yang boleh dikunjungi. Semoga percutian anda di Negeri Pahang akan lebih bermanfaat.

Kandungan

4. Air Terjun Pelangi

Air Terjun Pelangi yang terletak di Sungai Lembing ini memancarkan sinar pelanginya hampir setiap hari. Fenomena ini berlaku sekitar jam 8 ke 11 pagi. Anda yang gemarkan aktiviti air, boleh berkunjung ke sini. 

Perjalanannya agak mencabar sedikit kerana anda perlu menaiki pacuan 4 roda. Kemudian, anda perlu berjalan kaki dan meredah anak sungai. Selanjutnya, anda perlu mendaki bukit sebelum tiba di kawasan air terjun ini.

Pastikan anda bawa bekalan makanan dan pakaian yang bersesuaian untuk meredah perjalanan mencari pelangi ini.

Alamat: Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Pahang

Sumber gambar: Facebook Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

3. Bukit Gambang Safari

Bukit Gambang Safari wajib dikunjungi jika anda bercuti bersama keluarga. Anak-anak pasti gembira dapat lihat pelbagai jenis haiwan di sini. Antaranya ialah singa, beruang, burung-burung dan bermacam lagi hidupan liar.

Ada beberapa district yang berbeza untuk anda lihat haiwan-haiwan yang dipelihara di sini. Antaranya ialah Simba Hill, Forest Land, Jungle Trail,Foreign Village dan banyak lagi.

Penat berjalan di dalam safari park ini, anda boleh makan dan minum di Summer Season. Ada pelbagai makanan dijual di food court ini.

Alang-alang dah ke sini, boleh terus bercuti di Bukit Gambang Resort City dan mandi manda di Bukit Gambang Water Park.

Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Pahang

Waktu Operasi: Selasa – Khamis (1.00 pm – 9.00 pm) | Jumaat – Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum (11.00 am – 9.00 pm) | Isnin (Tutup Kecuali Cuti Umum/ Cuti Sekolah)

Bayaran Masuk: Dewasa RM32 | Kanak-Kanak RM22 | 3 Tahun & Kebawah Percuma

Sumber gambar: bgrc.com.my

2. Cameron Highland

Cameron Highland sering menjadi pilihan utama untuk orang ramai adakan percutian pendek bersama keluarga. Ini kerana kawasannya yang tidaklah terlalu besar dan sesuai untuk dilawati dalam jangka masa yang pendek.

Kebanyakan orang yang bercuti di Cameron Highland akan bermalam satu malam di sini. Ada banyak hotel dan homestay menarik di Cameron Highland.

Lebih menyeronokkan kerana terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland yang boleh kita kunjungi. Antaranya ialah Lavender Garden, Kea Farm, Honeybee Farm, Strawberry Farm dan bermacam-macam lagi.

Alamat:  Cameron Highland, Pahang

1. Genting Highland

Sebut sahaja Genting Highland, terbayangkan roller coaster di Genting Theme Park. Anak-anak kecil memang suka kalau dapat peluang bermain dan bersuka ria di taman tema ini.

Suasana sejuk di atas bukit tinggi ini menjadikan anak-anak leka. Dapat pula bermalam di Hotel Genting Resort. Memang syok sangat!

Oh ya, ibu-ibu pun tak kurang juga kalau dapat singgah di Genting Premium Outlet. Memang rambang mata dibuatnya. Semua benda pun nak beli walaupun tak perlu. 

Anda yang jadi ayah, sediakan wang secukupnya sebelum bercuti di Genting.Kiranya percutian di ini memang boleh menggembirakan seisi keluarga walaupun poket anda mungkin akan kekeringan apabila pulang.

Alamat: Genting Highland, Pahang

Sumber gambar: www.kuala-lumpur.ws

Untuk yang nak layan game, korang boleh dapatkan tiket secara online kat sini sahaja. Beli online lagi mudah, tak perlu beratur.

Okey, semua tempat pun kelihatan menarik. Anda pilih sahaja nak bercuti di mana. Pastikan poket penuh, semua aktiviti dapat dilakukan dengan mudah sahaja.

Percutian ini memang menyeronokkan kerana banyak tempat menarik di Pahang.

Comments (0)
Add Comment