Wonderfood Museum Penang
“Kesiannya kan… kita yang diberikan rezeki makanan berlebih ni, janganlah membazir.”
Didik anak-anak juga untuk menghargai setiap apa jua makanan yang dihidangkan.
Sebenarnya ini adalah salah satu gambar yang Sis Dila dan family ambil masa kami ke Wonderfood Museum Penang.
Nampak real kan gambar ni.
Tiket masuk ke sini hanya RM9.50 untuk kanak-kanak dan dewasa RM14
Tak perlu beratur, beli tiket secara online terus kat sini
Kalau korang nak tau, ini adalah muzium makanan yang pertama di dunia dan ada perlbagai replika makanan dari pelbagai kaum termasuk India, Cina dan Melayu.
Walau dah tau semua ni replika, tapi bila tengok, auto perut terasa lapar. Sebab ia nampak real dan nampak sangat sedap.
Dah masuk dalam ni, apa lagi, mulakan operasi bergambar bersama segala jenis replika makanan yang ada dalam ni.
Jangan risau bab gambar sebab pencahayaan dalam muzium ni memang terbaik. Setiap gambar yang kami ambil, memang cantik dan sangat puas hati.
Anak-anak pun teruja. Kami siap sarungkan pelbagai jenis baju ikut tema semasa replika makanan.
Nak bergambar tu, korang kena pandai-pandai posing tau…supaya nampak real.
Dalam ni ada bermacam makanan, tradisional, moden dan makanan yang lama-lama yang dah tak kelihatan pun ada juga.
Jangan lupa singgah di tempat menarik di Penang kat sini
Kalau ke Penang, pastikan bawa anak-anak ke sini.
p/s- Jangan lupa clearkan memori fon siap-siap ye 😍