World of Phalaenopsis merupakan syurga buat peminat bunga orkid.
Ia terletak di Ulu Yam Selangor, kira-kira satu jam memandu dari Kuala Lumpur. Ramai peminat orkid sanggup datang dari jauh untuk terapi mata dan hati.
Ladang orkid premium berkonsepkan agrotourism ini menyajikan persekitaran yang berwarna-warni dan sangat insta-worthy. Ladang ini berkeluasan 1.6 ekar dan merupakan ladang orkid yang terbesar di Malaysia.
Ini bukan ladang orkid biasa-biasa tau. Bila korang datang sini, korang mesti tak sangka dengan apa yang ada di sini. Silap-silap yang tak minat orkid pun akan akan terjebak dan selalu datang. Jom kita tengok apa yang istimewa sangat kat sini.
Sebelum itu, kenali dulu phalaenopsis. Phalaenopsis atau nama lain anggerik bulan merupakan spesis orkid yang unik. Bentuknya seperti sayap kupu-kupu dan berwarna unggu, oren, kuning, merah dan biru. Orkid jenis ini popular dijadikan hiasan mewah dan diberi sebagai hadiah dimajlis kenamaan.
Di sini ada bermacam-macam informasi mengenai orkid – daripada benih, penanaman, tanah dan baja yang sesuai. Sambil membeli orkid, ‘florist’ professional bersedia menjawab setiap soalan korang termasuk cara penjagaannya.
Bukan sekadar ladang, di sini juga tersembunyi kafe yang menghadap kolam.
Kat kolam ini ada itik, ikan dan bunga kiambang. Jadi memang suasana kafenya redup dan tenang saja.
Korang nak duduk atas kerusi boleh, nak duduk bersila pun boleh.
Dan nikmatilah secawan kopi O panas dan nasi lemak rendang ayam yang super sedap dan dikelilingi oleh gantungan bunga-bunga orkid.
World of Phalaenopsis juga pernah dijadikan tempat untuk meraikan majlis perkahwinan kerana tempatnya yang unik.
Di sini juga ada menjual sabun orkid yang dibuat sendiri oleh pemilik taman orkid ini.
Yang nak ambil hati mak dan mak mertua tu, silalah bawa diaorang ke sini.
Mak-mak ni kan suka bunga, apatah lagi orkid phalaenopsis lambang kemewahan dan eksklusif.
Sepasu bunga orkid tiruan pun dah beratus-ratus harganya.
Apa kata hadiahkan diaorang sepasu dua orkid phalaenopsis yang original, tentu hati berbunga riang macam bunga orkid tu juga.
Ladang ini menjual segala-galanya mengenai orkid, daripada anak pokok, baja, tanah, pasu hinggalah pokok orkid yang dah besar dan berbunga dengan pelbagai saiz.
Harga anak pokok orkid boleh dibeli dengan pakej RM15 untuk 3 pasu. Yang matang berharga puluhan dan ratusan ringgit.
Untuk melihat sendiri kecantikan tempat tersebut, korang klik di sini untuk tunjuk arah lokasi.
Jika korang ingin menuju ke Genting Highland atau ingin bercuti di sekitar Ulu Yam Bharu atau Batang Kali bolehlah singgah sejam dua di sini.
Yang sukakan keindahan taman hijau, korang boleh juga Taman Saujana Hijau ni
Nama Tempat : World Of Phalaenopsis Ulu Yam Baru
Alamat : 1017, Jalan Batang Kali – Hulu Yam Bharu, Kampung Sungai Kamin, 44300 Batang Kali, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 8.00 – 5.00 petang
Nombor Yang Boleh dihubungi : 03-60751133