Homestay Di Kuala Pilah – D’Fahmy Eco Garden

Jika korang mencari tempat penginapan yang sesuai untuk berkumpul beramai-ramai, D’Fahmy Eco Garden yang merupakan sebuah homestay di Kuala Pilah adalah jawapannya.

Homestay dengan konsep penginapan di kampung ini sangat terbaik sekali buat korang yang ingin berkumpul bersama keluarga yang besar atau rakan-rakan lama.

Kandungan

Menarik Tentang Homestay di Kuala Pilah

Apa yang menarik sangat tentang homestay ini sehingga patut menjadi pilihan korang untuk menginap?

Lokasi

Homestay D’Fahmy Eco Garden ini terletak di Kampung Ulu Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ia merupakan sebuah homestay dua tingkat yang terletak di atas tanah dengan keluasan 1 ekar kaki persegi.

Penginapan Homestay di Kuala Pilah

Kawasan homestay ini agak besar dan boleh memuatkan kira-kira 30 orang dalam satu masa yang sama. Besar kan?

Sumber : Facebook

Baju mandi kanak-kanak yang berkualiti tapi murah boleh tengok kat sini ye

Ianya dibina di kawasan perkampungan dengan berlatarbelakangkan hutan-hutan yang indah menghijau. Persekitarannya juga sentiasa redup dan tidak berbahang.

Terdapat dua buah rumah pilihan untuk penginapan. Sebuah rumah dua tingkat dan juga sebuah rumah pool house berkonsepkan studio dua tingkat.

1- Rumah Dua Tingkat

Jika menginap di rumah yang lebih besar, korang boleh memilih untuk menyewa tingkat bawah sahaja atau kedua-dua tingkat sekaligus.

2- Bahagian Tingkat Bawah

Di bahagian tingkat bawah rumah ini terdapat 3 buah bilik berpenghawa dingin dengan katil bersaiz queen. Dua buah bilik air juga disediakan bagi penghuni tingkat bawah.

Sumber : Facebook

Sebuah dapur yang lengkap dengan segala peralatan memasak juga ada bagi memudahkan urusan tetamu yang ingin memasak dan menjamu selera.

Sebagai penambah elemen hiburan, sebuah televisyen dengan siaran Astro juga menanti penghuni yang bakal menginap di sini.

3- Bahagian Tingkat Atas

Tingkat atas pula mempunyai tiga buah bilik. Dua buah bilik dilengkapi dua buah sofabed, manakala satu lagi bilik disediakan dengan sebuah sofabed.

Sumber : Facebook

Terdapat ruang surau yang juga boleh digunakan sebagai ruang untuk tidur beramai-ramai dan sebuah bilik air.

Rumah ini boleh memuatkan kira-kira 20-23 orang dewasa dalam satu masa yang sama.

4- Pool House Studio 2 Tingkat

Bagi pool house pula, ruangnya agak sedikit kecil dengan konsep rumah studio. Kedua-dua tingkat rumah studio ini dilengkapi dengan sebuah katil queen dan juga sebuah sofa bed.

Sumber : Facebook

Rumah studio ini hanya mempunyai kipas dinding dan kipas berdiri sahaja. Minibar bersama kettle juga ada disediakan sekiranya tetamu ingin membancuh air sendiri.

Sepertimana rumah dua tingkat, rumah studio ini juga mempunyai televisyen dengan channel astro.

Untuk rumah studio ini ianya boleh memuatkan empat dewasa dan empat kanak-kanak.

Fasiliti dan Kemudahan

Antara fasiliti yang tersedia di sini ialah :

Sumber : Facebook
  • Kolam Renang Moden
  • Kolam Renang Semulajadi (Air Bukit)
  • Kolam Ikan
  • BBQ Area
  • Ping Pong
  • Permainan papan karom

Di Negeri Sembilan pun ada resort yang di kelilingi dengan hutan dan bukit bukau. Boleh releks-releks dan tenangkan minda.

Comments (0)
Add Comment