Korang ada urusan di Ampang dan perlukan homestay di Ampang untuk penginapan? Ada sebuah homestay yang sangat selesa dan sesuai untuk korang yang perlukan penginapan di sini.
Tentang Homestay di Ampang
Homestay ini menggabungkan elemen keselesaan dan kemudahan dan dikenali sebagai Wadies @ Reizz Residence. Ianya merupakan sebuah apartmen perkhidmatan mewah dengan 2 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air yang terletak di hujung Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Lokasi
Lokasinya sangat strategik. Korang boleh temui pelbagai tempat menarik yang sering menjadi tarikan di Kuala Lumpur, antaranya Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC dan Petrosains Kuala Lumpur. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang mudah untuk diakses. So amat sesuai bagi korang yang berhajat menerokai bandar Kuala Lumpur untuk tinggal di homestay ni!
Kemudahan
Kemudahan yang ada disediakan sangat mesra keluarga. Ianya sempurna untuk korang sekeluarga, tempat penginapan ini mempunyai WiFi percuma, taman permainan kanak-kanak dan kawasan bermain dalaman. Korang boleh biarkan anak korang bermain sepuasnya tau.
Bukan itu saja, terdapat juga kolam rendang berbumbung dengan pemandangan yang cantik. Bayangkan korang boleh berenang di kolam renang berbumbung sambil menikmati pemandangan sekeliling yang menakjubkan.
Apartment yang luas ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur, TV skrin rata dengan saluran kabel, dan dapur yang dilengkapi sepenuhnya dengan ketuhar dan ketuhar gelombang mikro. Meskipun berada jauh dari rumah, menginap di sini bakal berikan korang vibes tidur di rumah sendiri. Oh, seronoknya!
Ada ke yang perlukan rehat setelah penat bekerja dan berurusan? Kalau ya, ini point yang best untuk korang menginap di sini. Apartment ini dilengkapi dengan sauna, memberikan cara yang sempurna untuk berehat selepas seharian yang penat penuh pengembaraan.
Bagi memudahkan para tamu, korang bakal menikmati tempat letak kereta peribadi percuma dan tak perlu bayar apa-apa. Wah, ini bonus kan?,
Satu lagi ciri yang best ada pada homestay ini ialah minimarket yang tersedia. Kalau korang tiba-tiba perlukan sesuatu, mudah saja untuk korang dapatkan di sini. Tak perlu nak keluar dari kawasan kondominium dan mengadap jem yang menyesakkan.
Oh ya! Sesuatu yang sangat istimewa tentang homestay ini ialah korang juga boleh berehat dan santai-santai di taman yang tersedia. Ambil masa berehat di taman, tempat yang damai untuk korang menikmati alam dan ketenangan. Boleh juga saksikan keindahan malam kota metropolitan ini!
Sama ada korang sekeluarga yang bercuti atau pasangan yang mencari percutian romantis, Wadies @ Reizz Residence menawarkan penginapan yang ideal. Tempah sekarang dan jadikan pengalaman penginapan Kuala Lumpur korang luar biasa!