Homestay Menarik Dan Selesa Di Bachok, Kelantan

Kelantan, sebuah negeri di pantai timur Malaysia, kaya dengan tradisi dan kebudayaan yang unik. Seronok juga rupanya tau bercuti di negeri Kelantan ni terutamanya di Bachok. Dan homestay di Bachok pula sangat banyak pilihan yang best-best. Korang boleh pilih yang mana satu sesuai dengan bajet dan prioriti korang.

Kandungan

Pilihan Homestay di Bachok

1- ALA Beach Lodge – Markisa Homestay

ALA Beach Lodge – Markisa Homestay terletak di Kampong Kubang Golok, Bachok, Kelantan Darul Naim. Tempat ni memang pilihan terbaik untuk korang yang suka travel. Paling best tentang homestay ni, buka je pintu korang akan terus nampak pantai!

Korang boleh feeling healing di sini tau. Memandangkan ianya sangat dekat dengan pantai, korang boleh lepak di serambi homestay sambil tengok matahari naik. Sejuk angin laut, pasir lembut, semua ada!

Dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi, homestay ni memang style habis. Dekorasinya simple hasil gabungan tradisional dengan moden, tapi cukup selesa.

Nak ke Kemayan Beach, Bandar Bachok, atau tempat menarik lain? Senang je, ALA Beach Lodge ni dekat sangat dengan semua tempat. Jalan sikit je dah sampai!

Korang juga boleh buat pelbagai aktiviti air. Berenang, main ombak, memancing, semua ada. Seronok habis!

Tapi biasanya air laut Pantai Timur ni agak kuat dan deras. Korang wajib dapatkan dulu nasihat orang setempat. Kalau tak boleh mandi laut, lebih baik korang batalkan niat tu. Korang boleh je mandi di kolam renang homestay depan pantai.

Jangan lupa bawak barang BBQ sebab ALA Beach Lodge ni dah sediakan tempat untuk BBQ. Makan malam sambil ditemani deruan bunyi ombak, wah heaven betul!

2- Homestay Seri Pengkalan

Homestay Seri Pengkalan di Bachok, dengan ciri-ciri yang menyenangkan, merupakan destinasi penginapan ideal untuk korang menikmati keselesaan dan keindahan persekitaran. Tempat letak kenderaan persendirian disediakan untuk korang yang membawa kenderaan sendiri.

Setiap bilik tidur dilengkapi dengan kelengkapan tidur yang selesa. Tambahan pula penginapannya yang berhawa dingin menambah keselesaan pada waktu-waktu panas.

Homestay ini menawarkan tiga bilik tidur yang luas, ruang tamu selesa, dan TV skrin rata untuk hiburan. Dapur lengkap dengan peti sejuk dan peralatan dapur membolehkan korang membuat hidangan sendiri. Terdapat juga dua bilik mandi dengan pancuran mandian untuk kemudahan tetamu.

Yang best lagi di homestay ini, korang boleh berehat di laman homestay sambil menikmati suasana alam sekitar. Terdapat juga kemudahan barbeku. Homestay ini juga memberikan akses kepada pelbagai aktiviti di sekitar Bachok, termasuk memancing.

Dengan gabungan kemudahan yang lengkap dan lokasi strategik, Seri Pengkalan Homestay di Bachok ni memang menawarkan pengalaman penginapan yang memuaskan, sesuai untuk pelancong yang mencari keselesaan dan ketenangan semasa melancong di kawasan ini.

3- Arwaa Homestay Beachview

Kalau korang nak bangun tidur dengan bunyi ombak yang best dan view laut yang menenangkan, Arwaa Homestay Beachview kat Bachok ni memang sangat sesuai sekali. Homestay ni bukan biasa-biasa, depan pintu villa je dah nampak Pantai Irama Bachok yang cantik.

Untuk korang yang suka dengan tempat yang masih belum tercemar dengan pembangunan, korang pasti sukakan suasana sekitarnya. Memang best dan tempat yang sesuai untuk lari sebentar dari kesibukan kota dan kerja.

Setiap bilik dalam homestay ni direka untuk memberi rasa selesa. Bilik berhawa, ruang duduk yang comfy, dan TV skrin rata dengan streaming, semua ada. Dapur dan tempat makan yang lengkap bakal membuatkan korang rasa macam berada di rumah sendiri.

Di sini korang berpeluang explore budaya tempatan dengan Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf yang terletak cuma 19 km dari sini. Kalau korang suka main golf, boleh try main di Kelantan Golf & Country Club, dekat je, dalam 18 km dari homestay.

Bagi korang yang datang dengan kenderaan sendiri, tempat letak kereta disediakan secara percuma, WiFi juga percuma. Kelengkapan dan kebersiahan homestay boleh dikatakan lengkap dan terbaik!

Bagi korang yang tiba dengan kapal terbang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terletak cuma 16 km je dari homestay ni, so no hassle.

4- Bunga Homestay Kelantan

Kalau korang tengah plan nak cari tempat penginapan yang sejuk dan relax, jangan lepaskan peluang untuk stay kat Bunga Homestay Kelantan di Bachok. Dengan jarak hanya 14 km dari Kota Bharu, tempat ni memang tempat idaman untuk yang nak lari dari kesibukan bandar.

Bunga Homestay Kelantan ni ada 3 bilik tidur, so kalau korang nak bawak family atau kawan-kawan ramai, memang sesuai sangat. Lagi satu yang best, dapur dia lengkap dengan peralatan masak, jadi korang boleh masak apa-apa je yang korang nak.

Sambil bercuti, korang boleh relax depan TV skrin rata sambil berhawa dingin. Ruang tamu pun selesa, buat korang rasa macam berada kat rumah sendiri. Dengan 1 bilik mandi yang ada pancuran mandian, korang memang boleh enjoy masa mandi dengan puas hati.

Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan antaranya korang boleh lepak-lepak dengan family atau kawan-kawan sambil berbual di ruang tamu. Nak buat aktiviti lain pun banyak pilihan – boleh berbasikal atau memancing kat kawasan berdekatan. Seronok betul!

Bunga Homestay Kelantan ni memang perfect choice untuk korang yang nak suasana sejuk dan tenang. Dekat dengan Kota Bharu tapi jauh dari kesibukan, tempat ni sesuai untuk family retreat atau gathering dengan kawan-kawan. Jadi, book sekarang sebelum tempat penuh!

5- RizQin Homestay Bachok

Untuk homestay di Bachok yang seterusnya, jom kita check out RizQin Homestay Bachok. Dengan jarak hanya 1.7 km dari Pantai Irama Bachok, tempat ni bukan saja dekat dengan pantai, tapi juga menawarkan pelbagai kemudahan yang membuatkan penginapan korang lebih bermakna.

Dalam RizQin Homestay Bachok, korang boleh berehat dengan selesa dalam 4 bilik tidur yang disediakan. Ada TV skrin rata dengan saluran satelit, jadi korang boleh catch up dengan rancangan kegemaran korang selepas seharian berjalan-jalan. Dengan dapur yang lengkap, termasuk microwave dan peti sejuk, korang boleh masak apa saja yang terlintas dalam kepala.

Bukan itu saja, tempat ni memang juga lengkap dengan kemudahan taman, lounge berkongsi, dan tempat barbeku. Jadi, kalau korang nak buat gathering kecil atau BBQ bersama family atau kawan-kawan, semuanya ada disediakan. Suasana pantai bakal buatkan semua aktiviti ni jadi lebih best!

Bagi yang bawa kenderaan sendiri, jangan risau. RizQin Homestay Bachok menyediakan kemudahan parking peribadi secara percuma. Senang lah nak masuk dan keluar tanpa fikir pasal parking.

RizQin Homestay Bachok adalah pilihan yang tepat kalau korang nak kombinasi penginapan selesa dengan dekatnya dengan keindahan pantai. Jadi, kalau korang tengah plan nak melancong ke Bachok, pastikan tempat ni dalam senarai korang!

6- NQ Jelawat HOMESTAY

NQ Jelawat Homestay, terletak di pusat Bachok, menawarkan ketenangan dengan tempat letak kenderaan percuma. Parking depan rumah je!

Dengan tiga bilik tidur berhawa dingin, dapur lengkap, dan dua bilik mandi, penginapan ini pasti menjamin keselesaan untuk korang sebagai tetamu. Ianya juga dekat dengan tarikan tempatan seperti Kampung Kraftangan dan Kelab Golf & Desa Kelantan, lokasinya memudahkan peluang untuk korang meneroka.

7- Ummu Siroj Bachok Homestay

Ummu Siroj Bachok Homestay menawarkan pengalaman pantai santai dengan akses mudah kepada Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf, yang hanya 17 km jauhnya. Dengan pantai persendirian, ruang tamu yang luas dan dapur, penginapan ini khas untuk korang yang menghargai ketenangan pantai.

Dengan 3 bilik tidur berhawa dingin, dapur lengkap, dan kawasan bebas rokok, Ummu Siroj Bachok Homestay memastikan keselesaan sepanjang penginapan korang di homestay ini.

Korang juga dapat menikmati aktiviti luar seperti aktiviti pantai dan berkelah. Dengan lokasi strategik, terletak 15 km dari Kelantan Golf & Country Club, tempat ini juga sesuai untuk peminat golf. Lapangan terbang terdekat, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, hanya 12 km jauhnya.

Jadi, bagi korang yang mencari kombinasi pengalaman pantai yang santai dan keselesaan rumah di Bachok, Ummu Siroj Bachok Homestay adalah pilihan yang ideal. Jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan dan merasai pengalaman percutian yang tak terlupakan!

Apa yang bestnya bila melancong di Kelantan ni ianya menawarkan pengalaman yang unik dengan gaya hidup dan budaya tempatan. Jadi, pastikan korang menginap di salah satu homestay yang kami pilih untuk korang kali ini!

Comments (0)
Add Comment