Homestay Menarik Di Melaka – Homestay Bajet Untuk Keluarga

Bandaraya Bersejarah ini memang sentiasa menjadi tempat kunjungan ramai. Siapa tak tahu tentang coconut shake Klebang, kuih keria dan asam pedas ikan pari yang menjadi menu wajib dicari bila berkunjung ke sini.

Alang-alang dah jejak kaki ke sini, ada baiknya kita menginap semalam dua untuk bercuti di sekitar bandar yang penuh bersejarah ini kan.

Jadi, kami nak kongsikan dengan anda senarai homestay menarik di Melaka. Mungkin ia dapat bantu anda untuk buat pilihan penginapan nanti.

Kandungan

4. Joyous Lodge

Sumber : https://joyous-lodge.malaccahotel.org/en/#photo

Joyous Lodge atau nama lainnya Mahkota Hotel Melaka terletak di lokasi yang strategik. Ia berhampiran dengan Menara Taming Sari, St John’s Fort and Baba & Nyonya Heritage Museum.

Ia sememangnya berikan kemudahan dan keseronokan kerana hanya dalam 5 minit berjalan kaki sahaja anda boleh sampai ke pusat membeli-belah dan tempat menarik di Melaka.

Pelbagai fasiliti menarik ditawarkan untuk kegunaan anda yang menginap di sini. Antaranya ialah pusat kecergasan, gelanggang tenis dan kolam renang.

Penginapannya pula lengkap dengan dapur, manakala untuk hiburan sewaktu bersantai anda boleh menggunakan Smart TV yang disediakan, memang cool!

Anda yang plan untuk bercuti bersama keluarga, boleh cuba untuk menginap di sini. Ia boleh menampung sehingga 5 orang untuk 1 bilik penginapan.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: Mahkota Hotel Jasmine Wing 4, 75000 Melaka

3. Saffron Stay Melaka

Sumber : Booking.com

Saffron Stay Melaka terletak tidak jauh dari Dataran Pahlawan Megamall dan Mahkota Parade. Dengan perjalanan kurang daripada 10 minit, anda boleh berhibur dan membeli-belah bersama keluarga disini.

Homestay ini juga terletak berhampiran degnan 7E dan 99Speedmart. Anda tak perlu bersusah payah nak memandu keluar, hanya berjalan kaki sahaja sudah sampai.

Ia memudahkan anda untuk beli barangan makanan dan juga keperluan semasa bercuti di sini. Lokasi yang sangat best, semestinya penginapannya pun menarik juga. Jom kita tengok.

Masuk sahaja homestay ini, anda akan dapat rasa suasana yang sangat tenang. Dekorasi dalaman homestay ini sangat cool!

Anda akan dapat lihat kombinasi warna perabot, cat dinding dan lantainya yang bertemakan natural living. Memang sejuk mata memandang.

Anda yang gemar memasak sendiri semasa bercuti, memang sesuai sangat menginap di sini. Ia boleh muatkan sehingga 6 orang. Cukuplah untuk menginap satu keluarga.

Harga: Dari RM188+ Semalaman

Alamat: Pangsapuri Hilir Kota 1, Jalan Melaka Raya 23, Off Jalan Merdeka, 75000 Melaka

2. Sunflower Villas Melaka

Sumber : Booking.com

Sunflower Villas sesuai untuk anda yang merancang untuk bercuti bersama keluarga besar. Ia menawarkan penginapan dengan ruang yang luas.

Bukan sahaja bilik-biliknya luas malahan setiap bilik ini juga memiliki tandas masing-masing. Best kan?

Selain itu, Sunflower Villas Melaka juga turut lengkap dengan kemudahan seperti microwave dan mesin basuh.

Bukan itu sahaja, lokasi penginapan ini juga terletak berdekatan dengan kedai-kedai makan. Kalau tak mahu memsak, boleh terus tempah di kedai makan sahaja.

Homestay ini mesti dijadikan salah satu daripada pilihan anda.

Harga: Dari RM280+ Semalaman

Alamat: No 57, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, Padang Temu, 75050 Melaka

1. Triple Leaf Homestay

Sumber : https://triple-leaf-homestay-malacca.booked.net/

Triple Leaf Homestay ialah sebuah penginapan yang menarik dengan pemandangan yang menyejukkan mata. kolam renang, Triple Leaf Homestay pasti dapat memberikan anda sekeluarga sebuah pengalaman percutian yang indah.

Homestay ini boleh menampung sehingga 6 orang penghuni. Memang sesuai untuk datang bercuti satu keluarga.

Anda pasti tidur lena di malam hari kerana ruangan bilik tidur di homestay ini dilengkapi dinding kalis bunyi. Selain itu, ia turut dilengkapi kemudahan pendingin udara dan katil yang bersaiz besar.

Anda mesti cuba untuk menginap di sini nanti. Ia antara homestay Melaka murah.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Lorong Kampung Sembilan Jalan Siantan Sek 2,7-12, 75200 Melaka, 75200 Melaka

Kalau anda perhatikan, homestay di Melaka ini semuanya harga mampu milik. Homestay rentals semuanya di bawah RM300 untuk 1 malam. Memang berbaloi untuk percutian satu keluarga.

Kita nak bercuti dalam keadaan yang menggembirakan. Jadi, pemilihan tempat menginap ini memang wajib jadi keutamaan. Semoga perkongsian ini dapat bantu anda untuk buat pilihan homestay menarik di Melaka.

Comments (0)
Add Comment