Janda Baik merupakan satu tempat peranginan yang menjadi tumpuan pengunjung yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Ada banyak homestay atau chalet yang terletak di kawasan lereng bukit di sini.
Kami ingin kongsikan dengan anda, senarai resort menarik di Janda Baik untuk rujukan percutian pada masa akan datang.
Kandungan
4. Aman Rimba Private Estate
Laman di Aman Rimba Private Estate sememangnya berkonsepkan alam semulajadi. Resort Janda Baik ini memang eksklusif.
Menginap di kawasan yang dikelilingi alam belantara yang dingin dan nyaman. Boleh hilangkan penat lelah bekerja.
Ruang makan yang luas dan ada pelbagai menu disediakan. Tengok suasana kat sini, memang rasa terpanggil untuk singgah bercuti.
Ini ruang kamar di Aman Rimba Private Estate. Dekorasi ala-ala bali nusantara dekorasi. Anda nak berbulan madu, sesuai sangat menginap di sini.
Suasana yang nyaman dan bilik yang selesa. Memang jadi pilihan ramai untuk bercuti bersama keluarga. Anda boleh masukkan dalam senarai homestay pilihan tau.
Sumber gambar : amanrimba.com
3. Chalet Mamapapa
Chalet Mamapapa, sesuai dengan namanya. Ini memang chalet untuk bawa keluarga bercuti. Kalau datang dengan keluarga besar, boleh tempah beberapa bilik untuk menginap.
Di sini juga ada disediakan BBQ pit untuk anda yang nak buat BBQ Dinner.
Memang boleh cuba menginap di sini.
Sumber gambar : Facebook Chalet Mamapapa
2. Chengal Hill Retreat
Chengal Hill Retreat antara resort pilihan ramai pengunjung ke Janda Baik. Anda boleh lihat ada pelbagai variasi jenis rumah penginapan yang ada di sini.
Pilih sahaja ikut kesesuaian bajet dan juga kapasiti rombongan anda. Ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini. Lagi-lagi aktiviti di dalam air. Sesuai untuk buat aktiviti hari keluarga.
Masukkan resort ini dalam senarai penginapan pilihan anda. Ada peluang untuk singgah di Janda Baik, boleh terus bercuti di sini.
Sumber gambar : Facebook Chengal Resort
1. Saujana Janda Baik Homestay
Nyaman tengok homestay tepi sungai ini. Ia memang menarik minat anak-anak untuk mandi-manda dan bersuka ria di dalam air.
Anda yang gemarkan aktiviti air tetapi tak mahu jumpa ramai orang, boleh singgah di sini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama anak-anak.
Inilah suasana balik kampung. Menginap di rumah papan yang ada ruang beranda. Luas dan selesa untuk mensyuarat keluarga.
Anda yang nak rasai pengalaman balik ke kampung, wajib booking homestay ini.
Sumber gambar : saujanajandabaik.com
Kesimpulannya, banyak resort menarik di Janda Baik. Anda sebagai pengunjung perlu bijak buat pilihan nak menginap di mana.